Friday, November 18, 2005

PEMIMPIN YANG BERJAYA

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ;

" SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN DAN KAMU AKAN DI SOAL
TENTANG ORANG-ORANG DI BAWAH PIMPINAN MU. "

Huraiannya:
----------

Tugas memimpin di pertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas
setiap bahu kita mengikut kadar kemampuan dan bidang masing-
masing.

Seorang Bapa bertanggungjawab terhadap isterinya dan anak-anaknya.
Ketua Jabatan bertanggungjawab ke atas keluarganya dan orang-
orang di bawahnya. Ketua Negeri bertanggungjawab ke atas dirinya,
keluarganya, jentera kerajaan dan seluruh rakyat di bawahnya.

Tegasnya, setiap kita adalah Pemimpin dan kita akan dipertanggung
-jawabkan oleh Allah SWT di akhirat tentang tugas ini. Oleh itu
kita hendaklah berusaha dan berdoa agar tanggungjawab kita masing
-masing dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang benar-benar dapat
memimpin dirinya mengikut kehendak Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Kalau jiwanya, nafsunya, fikirannya, perasaannya belum dapat
tunduk kepada kekuasaan Allah, masakan ia boleh mengajak orang
lain taat. Memimpin manusia tidak semudah mengembala sekawan
lembu kerana manusia mempunyai pandangan, perasaan, penilaian dan
pemikiran tersendiri. Dengan kata lain, manusia mempunyai jiwa
dan fikiran yang berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang
lain.

Jiwa dan fikiran ini perlu di bina. Pembinaan inilah yang
dikatakan 'Pembangunan Rohani' atau 'Bina Insan'. Tugas inilah
yang di pikul oleh para Rasul, Nabi, Ulama dan Umarak.

Golongan ini mengajak manusia kepada akhlak mulia, merendah diri,
berkasih sayang sesama manusia lebih-lebih lagi sesama mukmin,
pemurah, baik sangka, pemaaf, lemah lembut. Mereka kemudiannya
mengajak manusia membuang sifat-sifat mazmumah seperti sombong,
takabur, hasad dengki, ujub, riyak, dendam, pemarah, kasar, cinta
dunia, buruk sangka dan lain-lain.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Munafiqun Ayat 9 yang
bermaksud ;

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu di lalaikan
oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan
(ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang-orang yang rugi. "

Dari Abu Hurairah r.a. riwayat Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud ;

" Orang yang pemurah itu dekat hubungannya dengan Allah, dekat
pada syurga, dekat pada manusia, jauh dari neraka. Dan orang
yang bakhil itu jauh hubungannya dengan Allah, jauh pada
syurga, jauh pada manusia, dekat pada neraka. Dan orang yang
bodoh tetapi murah hati itu lebih dicintai oleh Allah
daripada orang yang beribadah tetapi bakhil. "

Inilah barisan pemimpin yang berjaya. Mereka berjaya mengekang
hawa nafsu dengan taqwa. Pemimpin seperti ini hatinya sensitif
dengan Allah. Bila berlaku kemungkaran dalam masyarakatnya, dia
merasa itu berpunca daripada kesalahannya. Golongan ini selalu
menangis dengan Allah dan bertafakur serta bertaubat sepenuh hati.
Mereka mendapat pimpinan Allah dalam memimpin masyarakat. Untuk
mendapat pimpinan Allah, ibadah-ibadah wajib dan sunat mestilah
dibuat secara istiqamah, zikir yang berterusan, bertafakur selalu,
bersedekah dan menghiburkan manusia dengan apa cara yang mampu
selagi masih dalam batas syariat Allah.

Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home