AWAS DENGAN SYAITAN
Untuk cemerlang manusia perlu memahami serta mengawasi langkah-
langkah syaitan kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan untuk
menyerang dan merosakkan hati-hati manusia. Mengikut Imam
Al-Ghazali, antara pintu yang digunakan syaitan ialah ;
- Perasaan marah.
- Nafsu syahwat.
- Perasaan tamak dan dengki.
- Kekenyangan.
- Kecintaan kepada perhiasan dan harta benda.
- Pergantungan kepada manusia.
- Gopoh gapah dan terburu nafsu.
- Kecintaan kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit).
- Sikap kedekut dan bakhil.
- Fanatik mazhab dan kelompok.
- Berfikir tentang zat, sifat dan af'al Allah tanpa ilmu.
- Sikap mudah buruk sangka terhadap orang-orang Islam.
- (Ihya Ulumuddin)
Hati yang cemerlang ialah hati yang suci bersih yang mampu
melihat alam rahsia sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang
keraguan. Di zaman nabi seorang lelaki telah bertanya nabi,
"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?" Nabi menjawab,
"Mereka ialah orang mukmin yang berhati makhmum." Orang itu
bertanya lagi, "Apakah hati yang makhmum itu?" Nabi bersabda,
"Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya
penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad."
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaraf sahih.
Hati yang bersih amat ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah
bersabda, "Tidak berjalan Omar di suatu lorong melainkan syaitan
akan memilih jalan yang lain (agar tidak bertembung dengan Omar)."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home