Tuesday, November 29, 2005

AWAS DENGAN SYAITAN

Untuk cemerlang manusia perlu memahami serta mengawasi langkah-
langkah syaitan kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan untuk
menyerang dan merosakkan hati-hati manusia. Mengikut Imam
Al-Ghazali, antara pintu yang digunakan syaitan ialah ;

- Perasaan marah.
- Nafsu syahwat.
- Perasaan tamak dan dengki.
- Kekenyangan.
- Kecintaan kepada perhiasan dan harta benda.
- Pergantungan kepada manusia.
- Gopoh gapah dan terburu nafsu.
- Kecintaan kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit).
- Sikap kedekut dan bakhil.
- Fanatik mazhab dan kelompok.
- Berfikir tentang zat, sifat dan af'al Allah tanpa ilmu.
- Sikap mudah buruk sangka terhadap orang-orang Islam.
- (Ihya Ulumuddin)

Hati yang cemerlang ialah hati yang suci bersih yang mampu
melihat alam rahsia sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang
keraguan. Di zaman nabi seorang lelaki telah bertanya nabi,
"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?" Nabi menjawab,
"Mereka ialah orang mukmin yang berhati makhmum." Orang itu
bertanya lagi, "Apakah hati yang makhmum itu?" Nabi bersabda,
"Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya
penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad."
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaraf sahih.

Hati yang bersih amat ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah
bersabda, "Tidak berjalan Omar di suatu lorong melainkan syaitan
akan memilih jalan yang lain (agar tidak bertembung dengan Omar)."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Wassalam.

AMALAN HARIAN

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucapkan diakhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya dan par malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke Syurga.

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina
Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an
dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sesang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatanya itu
lantasSaiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3X

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai
membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis
di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wassalam.

AHLI SYURGA

SEJARAH Islam mencatat bahawa terdapat sepuluh orang
sahabat Nabi s.a.w dijamin masuk syurga. Mereka terdiri
daripada empat Khalifah Ar-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Omar,
Uthman, Ali dan diikuti Talhah bin Ubaidillah, Az Zubir bin
Al-Awwam, Saad bin Abu Waqqas, Said bin Zaid, Abu Ubaidah
Al-Jarrah, Abdul Rahman bin Aus. Demikian juga para sahabat
yang terlibat dalam Perang Badar, juga Fatimah Az-Zahra,
Hassan bin Ali, Hussin bin Ali, Tsabit bin Qais, Bilal bin Rabah
dan kemudian disusul pula para sahabat yang menghadiri Bait
Ar-Ridhwan yang berjumlah seribu empat ratus sahabat r.a.

Dalam perjuangan mempertahankan agama Islam, keutamaan
mereka adalah berbeza dengan kaum Muslim yang lain dan
ketinggian darjat mereka ditentukan oleh siapa di antara
mereka yang paling dahulu masuk Islam.

Pengetahuan Nabi s.a.w. ke atas keistimewaan sahabat-sahabat
yang dijamin syurga ini berasaskan kepada wahyu Ilahi
bukan sekadar meneka-neka atau tafsiran nafsu semata-mata.
Apatah lagi kita manusia biasa atau yang memperoleh ilmu
Laduni sekalipun tidak mampu untuk menentukan seseorang
itu masuk syurga atau neraka kerana hak ini dalam
pengetahuan Allah s.w.t.

Rasulullah dan para sahabat walaupun sudah dijamin
syurga, namun hakikatnya mereka sentiasa menangis siang
malam memikirkan persoalan umat. Malah dari segi ibadah
ritual, mereka cukup hebat jika hendak dibandingkan dengan
kita amat jauh sekali. Malam mereka beribadah, siang mereka
berperang.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan
An-Nasai, Anas bin Malik menceritakan satu kejadian yang
dialami dalam satu majlis bersama Nabi s.a.w.

Suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w. duduk di masjid dan
berbincang-bincang dengan sahabatnya, tiba-tiba beliau
bersabda maksudnya:
Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk ke mari.
Beberapa saat kemudian masuklah seorang lelaki dengan air
wuduk yang masih membasahi wajahnya. Apakah gerangan
keistimewaan lelaki ini sehingga mendapat jaminan syurga.
Dipendekkan cerita, Abdullah Ibnu Amr yang ingin mengetahui
dan mencungkil rahsia keistimewaan lelaki ini kemudian
menemuinya dan menceritakan masalahnya dan memohon
untuk menumpang tidur di rumah lelaki tersebut.

Namun apa yang dilihat oleh Abdullah sepanjang tinggal
bersama lelaki tersebut ialah sama seperti orang lain yang
menjalani rutin kehidupan. Akhirnya Abdullah terpaksa
berterus terang dan lalu bertanya kepada lelaki
tersebut apakah yang diperbuat sehingga ia mendapat jaminan
syurga. Katanya tidak lain ialah saya tidak pernah
menyimpan niat buruk terhadap kaum Muslim dan merasa
iri hati terhadap seseorang yang dianugerah nikmat oleh
Allah. Tidak pernah pula saya melakukan penipuan dalam
setiap aktiviti saya. Itu saja kelebihannya dan yang lain-lain
samalah seperti orang ramai.

Membersihkan hati dan tidak menyimpan prasangka buruk
terhadap sesama Muslim nampak senang tetapi hakikatnya
amalan itulah yang amat susah untuk dilakukan.

Betapa sulit kita hendak menghilangkan kedengkian kepada
orang yang tidak sehaluan dengan kita. Atau hanya kerana
dia memperoleh kelebihan yang diberikan Allah dan
kelebihan itu tidak kita miliki. Di hari kiamat kelak tidak ada
orang yang selamat dengan harta dan kekayaan kecuali yang
membawa hati yang bersih.

Pada hari itu tidak ada manfaatnya di hadapan Allah
s.w.t. harta dan anak-anak kecuali orang yang datang
dengan hati yang bersih. (Surah al-Syuara ayat 89).

Banyak jalan untuk ke syurga, demikian juga jalan ke
neraka. Perbuatan menyebarkan berita palsu, memutuskan
silaturahim, mengumpat, mengadu domba, menyakiti orang lain,
membongkar aib orang beriman, semuanya ini jika dilakukan
walaupun kita solat, kita tetap akan dimasukkan ke neraka Saqar.
(Neraka paling bawah iaitu yang paling panas).
Seperti yang digambarkan dalam al-Quran, orang yang
sombong (QS 16:22), Orang yang membanggakan diri
(QS 28:76), Orang yang berlebih-lebihan (QS 6:41), Orang
yang bersifat dusta (QS 9:75), Orang yang membuat
kerosakan (QS 5:64), Orang yang melampau batas (QS 2:140)
semuanya harus dijauhi baik dalam hubungan duniawi apa lagi
dalam persoalan akhirat kerana mereka bagaikan seekor lintah
penghisap darah, apabila menempel pada kulit kehidupan
umat Islam, maka darah keimanan seseorang itu akan
dihisapnya habis-habisan.

Mereka ini dipandu oleh nafsu amarah dan lawammah yang
menjadikan mereka lalai dan sesat.

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan
orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya; Tuhan yang
dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi
pengawas yang menjaganya jangan sesat? (Surah al-Furqan
ayat 43).

Mereka yang bertuhankan hawa nafsunya, akan melakukan
apa sahaja yang dikehendakinya tanpa tersekat-sekat
dan tidak pula mahu mendengar nasihat pengajaran.

Sungguh jelas sekarang bahawa nafsu (nafs) manusia
merupakan persoalan syurga dan neraka. Kedua-dua
bahagian nafsu tersebut (jahat dan baik) masing-masing
boleh membawa manusia ke tempat asalnya yang dijanjikan
(the promising land) atau syurga dan ke tempat hukuman
neraka, kedua-duanya adalah kerajaan Allah s.w.t. yang
berada di dalam dirinya.

Apabila manusia tidak berusaha untuk mengenal diri dan
jiwanya, maka bencana dan kebinasaan akan datang kepadanya.

wASSALAM.

Friday, November 18, 2005

BATU TERAPUNG

PEMIMPIN YANG BERJAYA

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ;

" SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN DAN KAMU AKAN DI SOAL
TENTANG ORANG-ORANG DI BAWAH PIMPINAN MU. "

Huraiannya:
----------

Tugas memimpin di pertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas
setiap bahu kita mengikut kadar kemampuan dan bidang masing-
masing.

Seorang Bapa bertanggungjawab terhadap isterinya dan anak-anaknya.
Ketua Jabatan bertanggungjawab ke atas keluarganya dan orang-
orang di bawahnya. Ketua Negeri bertanggungjawab ke atas dirinya,
keluarganya, jentera kerajaan dan seluruh rakyat di bawahnya.

Tegasnya, setiap kita adalah Pemimpin dan kita akan dipertanggung
-jawabkan oleh Allah SWT di akhirat tentang tugas ini. Oleh itu
kita hendaklah berusaha dan berdoa agar tanggungjawab kita masing
-masing dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang benar-benar dapat
memimpin dirinya mengikut kehendak Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Kalau jiwanya, nafsunya, fikirannya, perasaannya belum dapat
tunduk kepada kekuasaan Allah, masakan ia boleh mengajak orang
lain taat. Memimpin manusia tidak semudah mengembala sekawan
lembu kerana manusia mempunyai pandangan, perasaan, penilaian dan
pemikiran tersendiri. Dengan kata lain, manusia mempunyai jiwa
dan fikiran yang berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang
lain.

Jiwa dan fikiran ini perlu di bina. Pembinaan inilah yang
dikatakan 'Pembangunan Rohani' atau 'Bina Insan'. Tugas inilah
yang di pikul oleh para Rasul, Nabi, Ulama dan Umarak.

Golongan ini mengajak manusia kepada akhlak mulia, merendah diri,
berkasih sayang sesama manusia lebih-lebih lagi sesama mukmin,
pemurah, baik sangka, pemaaf, lemah lembut. Mereka kemudiannya
mengajak manusia membuang sifat-sifat mazmumah seperti sombong,
takabur, hasad dengki, ujub, riyak, dendam, pemarah, kasar, cinta
dunia, buruk sangka dan lain-lain.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Munafiqun Ayat 9 yang
bermaksud ;

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu di lalaikan
oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan
(ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang-orang yang rugi. "

Dari Abu Hurairah r.a. riwayat Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud ;

" Orang yang pemurah itu dekat hubungannya dengan Allah, dekat
pada syurga, dekat pada manusia, jauh dari neraka. Dan orang
yang bakhil itu jauh hubungannya dengan Allah, jauh pada
syurga, jauh pada manusia, dekat pada neraka. Dan orang yang
bodoh tetapi murah hati itu lebih dicintai oleh Allah
daripada orang yang beribadah tetapi bakhil. "

Inilah barisan pemimpin yang berjaya. Mereka berjaya mengekang
hawa nafsu dengan taqwa. Pemimpin seperti ini hatinya sensitif
dengan Allah. Bila berlaku kemungkaran dalam masyarakatnya, dia
merasa itu berpunca daripada kesalahannya. Golongan ini selalu
menangis dengan Allah dan bertafakur serta bertaubat sepenuh hati.
Mereka mendapat pimpinan Allah dalam memimpin masyarakat. Untuk
mendapat pimpinan Allah, ibadah-ibadah wajib dan sunat mestilah
dibuat secara istiqamah, zikir yang berterusan, bertafakur selalu,
bersedekah dan menghiburkan manusia dengan apa cara yang mampu
selagi masih dalam batas syariat Allah.

Wassalam.

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di
masjid
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf
apabila sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak
berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa
kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti berleter yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu
pilihan
> > 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang
mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan
kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan
kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat
lihat pula orang yang lebih berprestasi pada kita
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan
bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena
kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama ,
bangsa dan negara
> > 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang
lain;
> > 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
> > 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
> > 85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
> > 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan
kesenangan;
> > 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan
tidak menyenangkan.
> > 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan
norma-norma agama dan kondisi diri kita;
> > 89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau
mental kita menjadi terganggu;
> > 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
> > 91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai pandailah untuk melupakan dosa kita
> > 92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat orang menyebabkan orang
lain terhina
> > 93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut
teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
> > 94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
> > 95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh
keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
> > 96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan kita
> > 97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
> > 98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan
dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
> > 99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya
dengan memiskinkan orang;

Wassalam.

Tuesday, November 08, 2005

40 KESILAPAN MENDIDIKAN ANAK

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18.Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19.Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.
21.Tidak menggunakan bahasa yang betul
22.Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28.Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39.Tidak tegas mendidik anak-anak
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'

Wassalam.

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar
jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya
ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan
lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam
tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk
tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (
takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat
ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal hal yg tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd
memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu
besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah
bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang
mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan
duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan
itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya
barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat
dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka
setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah
untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk
yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg
busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi
orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu
yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia
siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam
akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak
dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang
dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana
nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya
kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Wassalam.

10 TANDA HATI MATI

10 Tanda Hati Mati
(Menurut Syeikh Ibrahim Adham)

1. Kamu mengaku mengenal Allah swt, tetapi kamu tidak menunaikan
hak-hakNya.

2. Kamu mengaku cinta kepada Rasullulah saw, tetapi kamu
mengabaikan sunnah Baginda.

3. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan
hukum-hukum didalamnya.

4. Kamu memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi kamu tidak
mensyukuri atas pemberianNya.

5. Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.

6. Kamu mengaku adanya nikmat Syurga, tetapi kamu tidak beramal
untuk mendapatkannya.

7. Kamu mengaku adanya siksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha
untuk menjauhinya.

8. Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi
kamu masih tidak bersedia untuknya.

9. Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu
lupa akan keaiban diri sendiri.

10.Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seislam,
tetapi kamu tidak mengambil ikhtibar daripadanya.

Wassalam.

10 PESANAN

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya
serta umat Islam umumnya.

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat
maka hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara :

1. HAK KEPADA DIRI; iaitu mengurangkan tidor, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT; mengqadakan kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi,
membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR; membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat
Tahajjud dan membantu orang yg dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR; tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIAN(NERACA TIMBANGAN AMALAN DI HARI AKHIRAT)
menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menaggung kesulitan.
6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YG MERENTAGI NERAKA); membuang tabi'at
suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka
berjema'ah.
7. HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT MENJAGA NERAKA); menanggis lantaran
takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedeqah
ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA); merasa redha
kepada Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur keatas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI saw; berselawat keatasnya, berpegang kepada
al-sunnah(hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam
mencari kelebihan dari Allah.
10.HAK KEPADA ALLAH swt; mengajak manusia kearah kebaikkan,
mencegah kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan.

SEMOGA KITA DAPAT BERAMAL DENGAN WASIAT YANG AMAT BERGUNA INI.


WASSALAM.