MENGHAYATI KONSEP KORBAN
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !
Syariat KORBAN bermula semenjak perintah melaksanakan korban ini
diturunkan kapada Nabi Allah Ibrahim A.S. Dalam hal melaksanakan korban
kita harus mengikuti contoh korban melalui kisah Nabi Ibrahim A.S dan
keluarganya dimana :-
1) Nabi Ibrahim dengan bertawakal kapada Allah sanggup tinggalkan isteri
dan anaknya Ismail dilembah kontang tanpa air dan makanan (sekarang
terkenal dengan pusat tempat umat Islam seluruh dunia menunaikan fardhu
haji dan umrah).
2) Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar bersama anaknya Ismail rela
ditinggalkan suaminya ditempat yang lembah kontang dan sanggup berlari-
lari dari Bukit Safar ke Bukit Marwah berulang-alik mencari air kerana
anaknya kehausan.
Disusuli pula dangan peristiwa berikut dimana:-
3) Nabi Ibrahim A.S telah menerima perintah dari Allah S.W.T. melalui
mimpi untuk mengorbankan zuriatnya. Mimpi seorang nabi adalah mimpi
benar. Dengan penuh yakin, tanpa sebarang keraguan, Nabi Allah Ibrahim
melaksanakan perintah korban ini keatas putra kesayangannya Ismail.
Isterinya Siti Hajar walaupun hatinya berasa berat tetapi mempunyai
penuh keyakinan dengan rela hati menerima perintah korban ini dan rela
menunaikannya. Begitu juga Ismail, selaku anak telah merelakan dirinya
untuk dikorbankan. Dengan menangkis segala godaan syaitan keatas mereka
dilaksanakan perintah korban ini dimana pada masa penyembelihan itu
Allah menggantikannya dengan satu penyembelihan yang besar iaitu
menggantikan dengan seekor kibas.
Pengorbanan yang dilakukan olih ketiga-tiga hamba Allah ini adalah
berasaskan keteguhan iman dan membuktikan keimanan yang amat tinggi disisi
Allah S.W.T.
Dalam menghayati konsep korban, apa yang perlu kita lakukan bukan sekadar
korban zahir bahkan hakikatnya lebih dari itu. Pengorbanan kerana Allah
memerlukan kekuatan iman, keyakinan, kesungguhan dan tawakkal yang tinggi,
iaitu mengorbankan kehendak nafsu kita, kerana nafsu inilah yang sering
menjadikan kita terkorban.
Ekoran dari peristiwa mimpi Nabi Allah Ibrahim ini maka umat Islam
disyariatkan melakukan korban yang hukumnya SUNAT MUAKKADAH iaitu sunat
yang sangat dituntut. Dalam hal ini Baginda Rasullullah S.A.W bersabda
(maksud hadith) ;
"TIDAK BERIMAN DENGAN AKU (didalam satu riwayat lain:bukan dari kalangan
mukminin) ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN KENYANG SEDANGKAN JIRAN YANG
DISEBELAHNYA LAPAR DAN DIA MENGETAHUINYA."
- ( Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Al-Bazar )
Korban tidak terletak pada penyembelihan binatang dengan menumpahkan darah
semata-mata. Korban binatang adalah bukti penyerahan diri, bukti ketaqwaan
dan bukti ketaatan kita kapada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam Surah Al-Hajj Ayat 37 bermaksud ;
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali
akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal
yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu."
Dengan itu tunaikanlah penyembelihan KORBAN atas dasar keikhlasan dan
benar-benar kerana Allah dengan harapan ibadah ini diterima oleh Allah
S.W.T. dan mendapat ganjaran pahala, INSYA ALLAH.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home