Friday, December 02, 2005

MENGHAYATI KONSEP KORBAN

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Syariat KORBAN bermula semenjak perintah melaksanakan korban ini
diturunkan kapada Nabi Allah Ibrahim A.S. Dalam hal melaksanakan korban
kita harus mengikuti contoh korban melalui kisah Nabi Ibrahim A.S dan
keluarganya dimana :-

1) Nabi Ibrahim dengan bertawakal kapada Allah sanggup tinggalkan isteri
dan anaknya Ismail dilembah kontang tanpa air dan makanan (sekarang
terkenal dengan pusat tempat umat Islam seluruh dunia menunaikan fardhu
haji dan umrah).
2) Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar bersama anaknya Ismail rela
ditinggalkan suaminya ditempat yang lembah kontang dan sanggup berlari-
lari dari Bukit Safar ke Bukit Marwah berulang-alik mencari air kerana
anaknya kehausan.

Disusuli pula dangan peristiwa berikut dimana:-

3) Nabi Ibrahim A.S telah menerima perintah dari Allah S.W.T. melalui
mimpi untuk mengorbankan zuriatnya. Mimpi seorang nabi adalah mimpi
benar. Dengan penuh yakin, tanpa sebarang keraguan, Nabi Allah Ibrahim
melaksanakan perintah korban ini keatas putra kesayangannya Ismail.
Isterinya Siti Hajar walaupun hatinya berasa berat tetapi mempunyai
penuh keyakinan dengan rela hati menerima perintah korban ini dan rela
menunaikannya. Begitu juga Ismail, selaku anak telah merelakan dirinya
untuk dikorbankan. Dengan menangkis segala godaan syaitan keatas mereka
dilaksanakan perintah korban ini dimana pada masa penyembelihan itu
Allah menggantikannya dengan satu penyembelihan yang besar iaitu
menggantikan dengan seekor kibas.

Pengorbanan yang dilakukan olih ketiga-tiga hamba Allah ini adalah
berasaskan keteguhan iman dan membuktikan keimanan yang amat tinggi disisi
Allah S.W.T.

Dalam menghayati konsep korban, apa yang perlu kita lakukan bukan sekadar
korban zahir bahkan hakikatnya lebih dari itu. Pengorbanan kerana Allah
memerlukan kekuatan iman, keyakinan, kesungguhan dan tawakkal yang tinggi,
iaitu mengorbankan kehendak nafsu kita, kerana nafsu inilah yang sering
menjadikan kita terkorban.

Ekoran dari peristiwa mimpi Nabi Allah Ibrahim ini maka umat Islam
disyariatkan melakukan korban yang hukumnya SUNAT MUAKKADAH iaitu sunat
yang sangat dituntut. Dalam hal ini Baginda Rasullullah S.A.W bersabda
(maksud hadith) ;

"TIDAK BERIMAN DENGAN AKU (didalam satu riwayat lain:bukan dari kalangan
mukminin) ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN KENYANG SEDANGKAN JIRAN YANG
DISEBELAHNYA LAPAR DAN DIA MENGETAHUINYA."

- ( Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Al-Bazar )

Korban tidak terletak pada penyembelihan binatang dengan menumpahkan darah
semata-mata. Korban binatang adalah bukti penyerahan diri, bukti ketaqwaan
dan bukti ketaatan kita kapada Allah S.W.T.

Firman Allah dalam Surah Al-Hajj Ayat 37 bermaksud ;

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali
akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal
yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu."

Dengan itu tunaikanlah penyembelihan KORBAN atas dasar keikhlasan dan
benar-benar kerana Allah dengan harapan ibadah ini diterima oleh Allah
S.W.T. dan mendapat ganjaran pahala, INSYA ALLAH.

Wassalam.

IBADAT HAJI

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ;

"DAN SERUKANLAH UMAT MANUSIA UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI,
NESCAYA MEREKA AKAN DATANG KE (rumah Tuhan) MU DENGAN
BERJALAN KAKI, DAN DENGAN MENUNGGANG BERJENIS-JENIS UNTA
YANG KURUS, YANG DATANGNYA DARI BERBAGAI JALAN (dan ceruk
rantau) YANG JAUH."
- ( Surah Al-Hajj : Ayat 27 )

Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Ianya wajib ditunaikan
oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Menunaikan haji
merupakan lambang kepatuhan dan ketaatan terhadap perintah
Allah S.W.T. Ibadat haji juga merupakan lambang hubungan antara
manusia zaman sekarang dengan Nabi Ibrahim A.S., dimana bertawaf
di Kaabah yang dibina oleh Baginda dan anaknya Nabi Ismail A.S.
Selain dari itu ibadat haji juga merupakan lambang kesatuan
ummah, tanpa mengira bangsa, jenis keturunan dan warna kulit,
semuanya sama sahaja.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ;

"Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)."
- ( Surah Al-Hujurat : Ayat 13 )

Fardhu Haji juga merupakan sebuah institusi latihan bagi
beberapa sifat mahmudah, khususnya sifat sabar, rendah diri dan
kesungguhan. Ia merupakan sekolah untuk meningkatkan amal
ibadat dan sekolah untuk mengajar pengabdian mutlak kepada
Allah S.W.T.

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda ;

"DARI SATU UMRAH KE UMRAH YANG LAIN DITEBUS SEGALA DOSA.
IBADAT HAJI YANG MABRUR TIADA BALASAN YANG SETIMPAL
MELAINKAN SYURGA."

Bersegeralah kita menunaikan haji, jangan tunggu dan tangguh-
tangguh. Kerja bertangguh tak menjadi. Oleh kerana kemampuan
itu menjadi sebahagian syarat untuk menunaikan haji, maka ramai
orang Islam berkata mereka masih belum mampu sedangkan kita mampu
membeli rumah, kereta, perabut antik dan melancung dengan kos
puluhan ribu ringgit. Sebahagiannya pula berkata masih belum
sampai seru sedangkan seruan haji telah disemboyankan sejak lebih
1400 tahun yang lalu.

Bagaimana harus kita mengaku sebagai orang Islam sejati, sedangkan
rukunnya masih belum tertunai sepenuhnya. Tanamkan tekad,
kuatkan azam dan bertawakkallah kepada Allah, nescaya Allah akan
membuka jalan dan memudahkannya.

Apabila kamu berazam untuk melakukan sesuatu maka berserah dan
bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah kasih kepada
orang-orang yang bertawakkal.

Untuk menunaikan ibadat haji memerlukan kekuatan rohani dan
jasmani. Para ulama bersepakat bahawa orang yang mampu
menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya adalah berdosa.
Apatah lagi orang yang mempersendakannya.

Berbahagialah bagi mereka yang sudah menunaikan haji. Bagi mereka
yang bakal menunaikan haji, perbanyakkanlah amalan semasa ditanah
haram. Tumpukan perhatian untuk mendapat keredhaan dan keampunan
Allah S.W.T.

Wassalam.
Ustaz Nasarudin Ali

IBADAT HAJI DAN KORBAN

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;

"DAN SERUKANLAH UMAT MANUSIA UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI,
NESCAYA MEREKA AKAN DATANG KE (rumah Tuhan) MU DENGAN
BERJALAN KAKI, DAN DENGAN MENUNGGANG BERJENIS-JENIS UNTA
YANG KURUS, YANG DATANGNYA DARI BERBAGAI JALAN (dan ceruk
rantau) YANG JAUH."
- ( Surah Al-Hajj : Ayat 27 )

Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Ianya wajib ditunaikan
oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Menunaikan haji
merupakan lambang kepatuhan dan ketaatan terhadap perintah
Allah S.W.T. Ibadat haji juga merupakan lambang hubungan antara
manusia zaman sekarang dengan Nabi Ibrahim A.S, dimana bertawaf
di Kaabah yang dibina oleh baginda dan anaknya Nabi Ismail A.S.
Selain dari itu ibadat haji juga merupakan lambang kesatuan
ummah, tanpa mengira bangsa, jenis keturunan dan warna kulit,
semuanya sama sahaja.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ;

"Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)."
- ( Surah Al-Hujurat : Ayat 13 )

Fardhu Haji juga merupakan sebuah institusi latihan bagi
beberapa sifat mahmudah, khususnya sifat sabar, rendah diri dan
kesungguhan. Ia merupakan sekolah untuk meningkatkan amal
ibadat dan sekolah untuk mengajar pengabdian mutlak kepada
Allah S.W.T.

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ;

"DARI SATU UMRAH KE UMRAH YANG LAIN DITEBUS SEGALA DOSA.
IBADAT HAJI YANG MABRUR TIADA BALASAN YANG SETIMPAL
MELAINKAN SYURGA."

Bersegaralah kita menunaikan haji, jangan tunggu dan tangguh-
tangguh. Kerja bertangguh tak menjadi. Oleh kerana kemampuan
itu menjadi sebahagian syarat untuk menunaikan haji, maka ramai
orang Islam berkata mereka masih belum mampu sedangkan kita mampu
membeli rumah, kereta, perabut antik dan melancung dengan kos
puluhan ribu ringgit. Sebahagiannya pula berkata masih belum
sampai seru sedangkan seruan haji telah disemboyankan sejak lebih
1400 tahun yang lalu.

Bagaimana harus kita mengaku sebagai orang Islam sejati, sedangkan
rukunnya masih belum tertunai sepenuhnya. Tanamkan tekad,
kuatkan azam dan bertawakkallah kepada Allah, nescaya Allah akan
membuka jalan dan memudahkannya.

Apabila kamu berazam untuk melakukan sesuatu maka berserah dan
bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah kasih kepada
orang-orang yang bertawakkal.

Untuk menunaikan ibadat haji memerlukan kekuatan rohani dan
jasmani. Para ulama bersepakat bahawa orang yang mampu
menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya adalah berdosa.
Apatah lagi orang yang mempersendakannya.

Daripada Ibn Umar R.A, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W.
telah didatangi oleh 2 orang pemuda, seorang dari golongan Ansar
dan seorang lagi dari bani Thaqif. Mereka berkata: "Wahai
Rasulullah, kami datang untuk bertanya." Maka jawab Rasulullah,
"tanyalah". Maka lelaki Ansar berkata; "Pemergian kamu dengan
meninggalkan rumah mu ke kaabah, apa yang kamu dapat ? Tentang
2 rakaat selepas tawaf, apa yang kamu dapat ? Tentang saie
diantara safa dan marwah, apa yang kamu dapat ? Tentang melontar
pula, apa yang kamu dapat ? Tentang sembelihan, apa yang kamu
dapat ? Tentang mencukur rambut, apa yang kamu dapat ? Tentang
tawaf, apa yang kamu dapat ? Demi Allah inilah tujuan kedatangan
kami."

Lalu Rasulullah S.A.W menjawab; "Apabila kamu keluar menuju
ke Baitullah, maka Allah S.W.T akan memberi ganjaran satu kebaikan
yang dapat memadamkan kejahatan. Ada pun 2 rakaat selepas tawaf
ganjarannya sama dengan membebaskan hamba abdi berketurunan bani
Ismail, manakala saie pula, sama dengan pembebasan 70 hamba abdi.
Wukuf di Arafah pula, Allah akan menurunkan malaikat dari langit
untuk menghiasi kamu. Maka Allah akan berkata; Wahai hamba ku !
kamu datang dari jauh dengan penuh kesusahan, semata-mata
mengharap syurga ku. Andaikata dosa-dosa mu seperti bilangan
pasir banyaknya, atau titisan hujan atau buih di lautan nescaya
Ku ampun segala dosa. Ada pun lontaran (jumrah), setiap batu yang
dilontar menghapuskan dosa besar. Sembelihan korban pula menjadi
tabung simpanan pahala di sisi Allah S.W.T. Manakala bercukur
pula, setiap helai rambut dibalas dengan kebaikan yang menghapus-
kan setiap dosa dan kesalahan. Tawaf pula menjadikan kamu bersih
dari segala dosa, dan akan datang malaikat yang akan meletakkan
tangannya diatas bahu kamu sambil berkata; Beramallah untuk masa
depan kamu, sesungguhnya dosa mu yang lepas sudah terampun."
- ( Hadis riwayat Tabrani dan Al-Bazzar )

Berbahagialah bagi mereka yang sudah menunaikan haji. Berbahagia-
lah bagi mereka yang sedang menunaikan haji. Kepada mereka yang
bakal menunaikan haji, perbanyakkanlah amalan semasa ditanah
haram. Satu kebaikan atau kebajikan yang dilakukan akan mendapat
100,000 ganjaran. Elakkan dari berbual kosong, apatah lagi
pertengkaran. Lupakan segala kesenangan, keselesaan dan pangkat
darjat. Sia-sia saja wang ringgit dan tenaga, kalau peluang yang
diperolehi diabaikan. Sekurang-kurangnya bacaan Quran sudah
sekali khatam. Jangan dilayan nafsu makan. Tumpukan perhatian
untuk mendapat keredhaan dan keampunan Allah S.W.T.

Hari raya haji juga dikenali dengan nama hari raya korban. Ini
bersempena dengan peristiwa korban Nabi Ibrahim A.S. Marilah
sejenak kita imbas kembali sejarah silam ini, semoga mendapat
pengajaran.

Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "aku hendak (meninggalkan kamu)
pergi kepada Tuhan ku, Ia akan memimpin ku (ke jalan yang
benar). "Wahai Tuhan ku! kurniakanlah kepada ku anak yang
terhitung dari orang-orang yang salih!". Lalu Kami berikan
kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh
seorang anak yang penyabar.
Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang
membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim
berkata: "Wahai anak kesayangan ku! Sesungguhnya aku melihat
dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu; maka fikirkanlah
apa pendapat mu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah
apa yang diperintahkan kepada mu; Insyaa'llah, ayah akan
mendapati daku dari orang-orang yang sabar."
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah
Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletak-
kan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan
Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan
perintah Kami), serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim ! -
engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat
itu". - Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang
berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan
Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang
besar; dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam
kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera
kepada Nabi Ibrahim!".
Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan
kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami
yang beriman."
- ( Surah As-Saaffaat : Ayat 99 - 111 )

Korban dari segi bahasa ialah menyerahkan sesuatu milik kita
kepada orang lain untuk dimanfaatkan. Dari segi syarak pula
korban ialah perbuatan menyembelih binatang ternakan untuk
diberikan kepada orang lain tanda rasa syukur dan patuh kepada
perintah tuhan dengan mengharapkan takwa.

Berkaitan dengan ayat (99 - 111) tadi, maka jelas kita lihat
pengorbanan diantara seorang ayah dan anak. Ayah mana yang tidak
sayangkan anak, ibu mana yang tidak kasihkan anak. Binatang pun
sayangkan anaknya. Namun dizaman serba canggih ini, walau pun
hampir semua anak-anak mendapat pelajaran dan berjaya menjawat
pelbagai jawatan tapi masih ada yang tidak sayang ibu bapanya,
sanggup menderhaka.

Firman Allah S.W.T ;

"dan Tuhan mu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat
baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau
kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayang mu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): "Wahai Tuhan ku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidik ku semasa kecil."
- ( Surah Al-Israa' Ayat 23-24 )

Lupa kepada ibu yang mengandungkannya, memelihara dengan penuh
kasih dan sayang. Lupa kepada ayah yang telah menghantarnya
ke sekolah. Ayah dan ibu akan berlapang dada, anak menjadi anak
yang soleh. Walau pun berjauhan tapi sering mendapat khabar
berita.

Tetapi sebaliknya jika sianak lupa daratan, menderhaka kepada
ibu bapa, sakit semasa mengandung masih terasa, walau pun
berpuluh tahun lamanya. Hatinya hancur setiap kali takbir raya
berkumandang, anak yang dulu ditatang, ditimang tidak datang
malah kini menjadi racun berbisa.

Tempat bagi anak derhaka hanya dineraka bersama syaitan laknat
durjana. Makanannya adalah darah, nanah dan duri yang tajam.
Minumannya adalah cecair logam yang panas membara. Setiap kali
meneguk, kerongkong, mulut dan dada akan rompong dimakan cecair
logam yang panas. Itulah balasan daripada Allah.

Dari Abu Bakar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ;

"Semua dosa ditangguhkan balasannya hingga kiamat, melainkan
dosa derhaka kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah membalas
kepada tuannya semasa hidup didunia lagi sebelum dia mati."


Sempena bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita lupakan
segala perbalahan dan persengketaan. Sekali pun kita merasakan
kebenaran dipihak kita dan kesalahan dipihak ibu bapa, namun
ingatlah kita tetap anak. Lupakan kesalahan-kesalahan tersebut.
Kenanglah jasa bakti kedua ibu bapa. Ingat kembali kesusahan
dan kepayahan mereka. Berbaktilah sementara peluang masih ada.

Dari Abi Umamah R.A. bahawa seorang lelaki bertanya, wahai
Rasulullah, apakah hak dua ibu bapa keatas anaknya, maka sabda
Rasulullah S.A.W. "MEREKA BERDUA IALAH SYURGA MU DAN MEREKA
BERDUALAH NERAKA MU."

Harus diingat bahawa ibu mertua dan bapa mertua sama tarafnya
dengan ibu bapa kita juga. Menderhaka dan membenci mereka sama
hukumnya.

Firman Allah S.W.T ;

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-
kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya
ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-
Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang
sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalnya."
- ( Surah Al-Hajj : Ayat 37 )

Sedikit pedoman bagi menjalankan ibadat korban
----------------------------------------------

Niat melakukannya hendaklah kerana Allah Taala, bukan kerana
rakan taulan, bukan kerana tradisi dan bukan kerana hendak
bertanding dengan masjid lain.

Orang yang berkorban nazar tidak boleh makan daging korban
tersebut, manakala bagi korban sunat pula dibolehkan memakan,
sebaiknya sedikit sahaja dan bakinya diserahkan kepada golongan
yang berhak. Jika ingin mengambilnya maka tidak boleh melebihi
1/3 (satu pertiga). Daging korban disunatkan bersedekah mentah,
manakala aqiqah pula disunatkan masak. Orang kaya juga boleh
menerima daging korban. Pemberian kepadanya bukan atas nama
sedekah tetapi atas nama hadiah untuk menjalin hubungan silatul-
rahim. Anggota binatang korban tidak boleh dicacatkan walau pun
sudah tidak bernyawa, umpamanya matanya dibedah untuk tujuan
eksperimen. Daging korban tidak boleh diberikan kepada orang
bukan Islam dalam apa jua bentuk sekali pun. Ibadat korban hanya
boleh dilakukan selepas solat hari raya dan berakhir pada waktu
Asar 13 Zulhijjah. Bagi orang kaya yang pernah melakukan ibadat
ini adalah lebih baik mereka membiayai sebahagian perbelanjaan
korban untuk orang miskin pula.

Jangan berbangga dengan bilangan korban. Bagi orang yang berkorban
jangan bersedih hati atau marah apabila menerima hanya tulang
atau sedikit daging. Sepatutnya kita bersyukur kerana mampu
berkorban dan daging korban kita telah disedekahkan kepada orang
lain. Berkorban kerana Allah bukan kerana daging. Berkorban
untuk orang lain bukan untuk diri sendiri.

Wassalam.

BOLEHKAN IBADAH HAJI MEMBINA KEUNGGULAN

Sudah pasti, insya Allah. Terlampau banyak hikmah yang boleh
diambil dari ibadah Haji tetapi cukuplah dengan saya fokuskan
kepada tiga aspek sahaja ;

* Aspek Globalisasi Akidah dan Taqwa.
* Aspek Pengorbanan.
* Aspek Kemuliaan Wanita.

Allah berfirman (bermaksud):

"BERITAHULAH KEPADA MANUSIA UNTUK MENGERJAKAN HAJI DAN MEREKA
PASTI AKAN DATANG DENGAN BERJALAN KAKI DAN DENGAN BERKENDERAAN
DARI NEGERI-NEGERI YANG JAUH." - ( Al-Haj : 27 )

Aspek Globalisasi Akidah dan Taqwa
----------------------------------
Perhimpunan tahunan di Mekah dihadiri oleh umat Islam dari
seluruh dunia. Perpaduan, keselarasan serta pembinaan kekuatan
berasaskan akidah dan taqwa dapat dibina jika perhimpunan ini
benar-benar dimanfaatkan. Perhimpunan ini menunjukkan, agama
Islam bukanlah agama yang diturunkan untuk bangsa dan golongan
tertentu, sebaliknya risalahnya adalah untuk seluruh manusia.
Konsep kesejagatan ini dimanifestasikan melalui ibadah haji yang
menghimpunkan umat Islam dari seluruh pelosok dunia di Mekah.
Kesedaran dan kekuatan yang diperolehi dari perhimpunan ini dapat
dijadikan titik tolak kepada usaha untuk mengglobalisasikan
akidah dan taqwa.

Aspek Pengorbanan
-----------------
Di Mekah, umat Islam diingatkan tentang pengorbanan dan
perjuangan keluarga Nabi Ibrahim A.S didalam usaha untuk menegak-
kan kalimah Allah. Kisah berhubung kesanggupan Nabi Ibrahim A.S.
menyembelih anaknya Ismail A.S. semata-mata untuk menyahut
perintah Allah diulang-ulangi, kerana ia melambangkan manifestasi
iman dan pengorbanan yang amat tinggi yang perlu dicontohi.
Untuk mencapai hasanah didunia dan akhirat, pengorbanan amat
diperlukan.

Aspek Kemuliaan Wanita
----------------------
Bagi wanita Islam pula, mereka diingatkan tentang pengorbanan
Siti Hajar. Beliau sanggup berkorban walaupun ditinggalkan suami
dibumi Mekah bersama-sama dengan anak beliau yang bernama Ismail
A.S., semata-mata untuk mencari keredaan Ilahi. Sikap tidak
mengenal putus asa ketika mencari air untuk diberikan kepada
anak, melambangkan peribadi yang cekal serta bermotivasi tinggi.
Apabila umat Islam melakukan sa'i dari Safa ke Marwah, mereka
sebenarnya sedang diingatkan tentang pengorbanan dan kecekalan
Siti Hajar. Berhubung dengan ini, Imam Ibn Kathir meriwayatkan
pandangan sahabat Abdullah ibn Abbas R.A. ;

"(Amalan Sa'i dari Safa ke Marwah) pada asalnya dikaitkan
dengan kejadian yang berlaku keatas Siti Hajar. Ketika
mencari air untuk anaknya, beliau telah berlari berulang alik
dari Safa ke Marwah dengan hati yang tunduk, khusyuk serta
mengharapkan rahmat Ilahi. Akhirnya Allah menganugerahkan air
zamzam sebagai makanan dan minuman malah sebagai ubatan kepada
beliau."

Hal ini menampakkan tentang kecantikan ajaran Islam yang telah
menaikkan taraf wanitanya, sehingga menjadikan pengorbanan
seorang wanita sebagai simbol yang dikaitkan dengan ibadah haji.
Konsep pengorbanan dan kecekalan Siti Hajar ini perlu dicontohi
dan diglobalisasikan diseluruh dunia.

~~~~~~~~~

Ibadah Haji yang dilaksanakan dengan kefahaman dan roh yang betul
dapat membina keunggulan umat sejagat. Konsep perpaduan dan
kesejagatan yang berasaskan akidah dan taqwa telah menjadikan
umat Islam satu kuasa besar yang menguasai dunia selama lebih
kurang satu alaf sebelum ini. Apabila penjajah datang, umat Islam
dipecahkan dan dipisahkan mengikut sempadan geografi masing-
masing dan mulai saat itu lahirlah semangat kebangsaan sempit
dijiwa umat Islam sehingga mereka terlupa kepada agenda
perjuangan yang lebih besar. Jiwa dan sempadan sempit inilah
yang mereka bawa ke Mekah ketika melaksanakan ibadah Haji hari
ini sekaligus menutup peluang kepada satu lonjakan yang
bersepadu untuk mengglobalisasikan akidah dan taqwa.

Wassalam.