Wednesday, September 28, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 1 - JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

Terjermahannya : Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda: "JIKA ADA SESEORANG BERKATA: "ORANG RAMAI
(sekarang ini) SUDAH ROSAK", MAKA ORANG YANG BERKATA ITU SENDIRI
YANG PALING ROSAK DIANTARA MEREKA."
(Riwayat Muslim)
Keterangan
----------
Larangan (berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk
orang yang mengatakannya dengan tujuan rasa bangga pada diri
sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan
orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Oleh
yang demikian hukumnya ialah haram.
Tetapi jika berkata demikian kerana ia melihat kurang perhatian
orang ramai terhadap agama mereka dan timbul dari rasa sedih
melihat nasib yang dialami oleh mereka dan dari rasa cemburu
terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.
Demikianlah yang dijelaskan oleh para alim ulama dan begitulah
cara mereka menghuraikan permasaalahannya. Diantara alim ulama
yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas,al-Khath-thabi,
al-Humaidi dan lain lain.
Hadis ini menjadi suatu peringatan kepada kita supaya janganlah
kia merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan
hendaklah kita menegur diri kita masing masing dan jangan suka
menuding orang lain. Kalau pun hal dan kerosakan moral umat
Islam dewasa ini kita ketengahkan, biarlah pendedahan itu dalam
bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan
rasa cemburu terhadap agama. Bukan dengan perasaan bangga diri
dan memandang rendah kepada orang lain.
Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurniaNya mencucuri kita
rahmat, taufiq dan hidayah.

Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home