Friday, September 16, 2005

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org
tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes
dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat syaitan. (isk amalan hangus.. akhirat nanti badan pun hangus...)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia
tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci
orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
makhluk.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

Ingat!! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai
atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu
sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain voguewalau keja
bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
(yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap
keegoan tersebut...

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang
untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah
kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah...

Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas"
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat
dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia, buruklah padahnya...

WaLlahu Ta'ala A'lam....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home