AKHLAK RASULULLAH
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika
itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa
yang
melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah
itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini
tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah
SAW
terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau
itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima
kasih
dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka
bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali
pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara
kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para
sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
WALLAHUA'LAM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home