GEMAR BERFIKIR
Maksud Hadith ;
"TIDURNYA ORANG ALIM ITU LEBIH BAIK DARIPADA IBADAH ORANG JAHIL."
Surah Al-Baqarah ayat 269 bermaksud ;
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya).
Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah
diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya."
Dalam Surah Al-Imran ayat 190-191 maksudnya ;
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian
langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Dari Abi Musa R.A. dia berkata ; Rasulullah S.A.W. bersabda
maksudnya ;
"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan
aku untuk menyampaikannya, adalah seperti hujan jatuh ke bumi.
Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-
tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras,
tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah telah
memberi manfaat dengannya kepada manusia. Mereka dapat minum
dan memberi minum binatang ternak dan untuk bercucuk tanam. Dan
ada hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang
tidak menakungkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitu-
lah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan
apa yang diperintahkannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan
begitulah pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan
mengambil perhatian dengan petunjuk Allah yang aku di utus untuk
menyampaikannya." - ( Hadith riwayat Bukhari )
"Keutamaan seorang yang berilmu dibandingkan dengan seorang ahli
ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu pewaris para Nabi.
Nabi-Nabi tidak mewariskan harta. Mereka hanyalah mewariskan
ilmu, maka siapa saja yang mengambilnya (mempelajarinya) bererti
mengambil bahagian yang banyak."
- ( riwayat Tarmizi )
"Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu
lebih banyak menangis daripada ketawa."
- ( riwayat Bukhari dan Muslim )
Orang yang benar-benar takut kepada Allah ialah yang lebih banyak
menangis daripada ketawa, dan yang lebih banyak diam daripada
berbual-bual kosong apa lagi bertengkar.
Pada suatu hari, Wahab bin Munabih memimpin ibnu Abbas R.A yang
telah tua dan kehilangan penglihatannya, ke masjidil haram.
Sampai disana, Ibnu Abbas mendengar beberapa orang sedang berbual
dengan suara yang lantang dan setengahnya ada yang ketawa keras.
Lalu dia meminta supaya dibawakan kehadapan mereka.
Selepas memberi salam, Ibnu Abbas R.A. berkata: "Izinkan aku
menceritakan dari hal hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takut-
kan Allah. Sungguh pun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat
menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi kerana selalu memuji
Allah, mereka tidak dapat memperkatakan yang demikian rupa,
mereka bersegera ke arah kebaikan. Mengapakah kamu sekelian
telah menyeleweng dari jalan ini ?"
Wahab in Munabih berkata: "Selepas peristiwa itu, aku tidak
melihat manusia berkumpul dan berbual kosong di masjidil haram
apa lagi untuk bertengkar."
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud ;
"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya,
disediakan baginya dua syurga."
- ( Ar-Rahman : 46 )
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ;
"HAI SEKELIAN MANUSIA, TAKUTLAH KAMU KEPADA ALLAH, DAN JIKA
KAMU DIPERINTAH OLEH SEORANG HAMBA BANGSA HABSYI YANG ROMPONG
HIDUNGNYA, MAKA HENDAKLAH KAMU DENGAR DAN TAAT KEPADANYA,
SELAMA IA MENEGAKKAN KITAB ALLAH BAGI KAMU."
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home