Wednesday, September 14, 2005

ZIKRULLAH MERANGSANG KEKUATAN

Salah satu amalan yang dapat mengukuhkan 'muraqabah' ialah
mengingati Allah atau zikrullah. Dalam Al-Quran antara golongan
yang amat dipuji oleh Allah ialah golongan yang banyak berzikrul-
lah. Dalam Surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman; "DAN GOLONGAN
LELAKI DAN WANITA YANG BANYAK BERZIKIR KEPADA ALLAH, ALLAH JANJI-
KAN BAGI MEREKA KEAMPUNAN SERTA GANJARAN YANG BESAR." Golongan
ini kadangkala digelar oleh Nabi sebagai Al-Mufarridun berpandu-
kan sebuah hadis yang terdapat dalam sahih Muslim yang bermaksud,
"GOLONGAN AL-MUFARRIDUN AKAN MENDAHULUI". Sahabat-sahabat
bertanya, "Siapakah mereka yang mufarridun itu ya Rasulullah?"
Bersabda Nabi, "LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BANYAK BERZIKIR KEPADA
ALLAH."

Apakah yang perlu kita lakukan untuk tergolong dalam golongan
ini? Mengikut Imam Mujahid, "DENGAN SENTIASA MENGINGATI ALLAH
KETIKA SEDANG BERDIRI, DUDUK DAN BERBARING." Kadar zikir yang
paling minimum yang perlu kita lakukan ialah melaksanakan solat
dengan penuh kusyuk dan rendah hati seperti yang disebutkan oleh
Imam Atha, "SESIAPA YANG MELAKSANAKAN SOLAT YANG LIMA DENGAN
MELAKSANAKAN SEGALA HAK-HAKNYA, DIA TERGOLONG DALAM GOLONGAN
LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BANYAK BERZIKIR KEPADA ALLAH."

Zikrullah yang terbaik ialah yang dilakukan dengan hati dan lidah.
Namun jika hendak dipilih diantara kedua-duanya, zikir dengan
hati adalah pilihan yang lebih baik. Secara dasarnya zikrullah
dengan hati dan lidah dapat dilakukan dalam hampir semua keadaan.
Imam Nawawi dalam Al-Azhar berkata, "Telah ijmak ulama tentang
keharusan berzikir dengan hati dan lidah bagi semua orang
termasuk mereka yang berhadas, yang berjunub, yang haid dan yang
mengalami nifas, tidak kira sama ada zikirnya berbentuk tahlil,
tahmid, takbir, selawat, doa dan yang seumpamanya, kecuali membaca
Al-Quran. Ia diharamkan ke atas mereka yang berjunub, mengalami
haid dan nifas. Namun mereka masih boleh membaca Al-Quran dihati
dan mereka juga boleh melihat mashaf ketika melakukannya. Walau
bagaimanapun, kalimat-kalimat dari Al-Quran yang menjadi amalan
harian boleh terus disebutkan ketika berjunub, mengalami haid dan
nifas, sebagai contoh, Bismillah, kalimat syukur, doa-doa Al-Quran
dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun ketika melafazkannya,
mereka yang berkenaan hendaklah berniat bahawa mereka melakukan-
nya untuk berzikir dan berdoa."

Apabila zikrullah menyinari hati, 'muraqabah' akan hidup dan
bergemerlapan dalam diri seseorang. Ia akan menjadikan seseorang
itu jujur dan beramanah dimana saja dia berada walau pun ketika
itu dia berpeluang untuk mengaut keuntungan secara yang salah
tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun.

Pada tahun 1967 Profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti
Perubatan HARVARD, membuat kajian ke atas 36 orang yang
bermeditasi. Beliau mendapati mereka menggunakan oksigen 17%
lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan
kadar yang juga lebih rendah daripada biasa, dan gelombang theta
dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah
gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang
amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dalam buku
beliau, The Relaxation Response, Dr. Herbert Benson menyatakan
meditasi mampu mengawal tekanan dan menjadikan seseorang lebih
tenang lagi ceria. Beberapa tahun selepas itu kajian susulan
dibuat oleh pakar psikiatri, Dr. Gregg Jacobs, juga dari Fakulti
Perubatan HARVARD. Beliau mendapati ketika bermeditasi aktiviti
di loba otak bahagian frontal (iaitu bahagian yang berkaitan
dengan perancangan, perasaan dan kesedaran) menjadi tidak aktif
dan aktiviti di loba parietal (iaitu bahagian yang menerima
maklumat dari luar disamping memberi kesedaran tentang masa dan
ruang) berkurangan. Ketika itu otak menjadi pasif dan mereka
yang bermeditasi berasa seolah-olahnya sedang bersatu dengan
alam semesta. Majalah The Times bertarikh 4 Ogos, 2003 melapor-
kan beberapa kajian menunjukkan meditasi meningkatkan sistem
pertahanan badan. Peningkatan ini mampu mencegah seseorang dari
pelbagai serangan kuman. Malah salah satu kajian itu menunjuk-
kan sel-sel anti-kanser payudara meningkat selepas bermeditasi.
Penemuan-penemuan ini merangsang ramai orang di Barat, termasuk
para intelek dan ahli-ahli korporat, untuk melakukan meditasi
dari masa ke semasa. Victor Davich dalam bukunya 'EIGHT MINUTES
THAT WILL CHANGE YOUR LIFE' mencadangkan agar setiap individu
bermeditasi selama 8 minit setiap hari untuk mencapai kesejah-
teraan dalam hidupnya.

Solat serta zikir dan khusyuk boleh di ibaratkan seperti meditasi
yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat dan zikir
yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur
meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat
dan zikir yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah.
Kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah pilihan Allah dan
Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang bakal
diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah.

Hati-hati manusia pada hari ini memang sudah hilang sinarnya.
Akhbar bertarikh 13 November, 2003 baru-baru ini bersamaan dengan
18 Ramadhan, 1424H melaporkan tentang kejayaan polis bandaraya
menumpaskan satu sindikat mencuri dan mengeksport sekurang-kurang
-nya 300 kenderaan pelbagai jenis terutamanya kereta-kereta mewah
yang bernilai kira-kira RM36 juta dalam satu operasi yang
dikenali sebagai Ops Kopra Kontena. Polis mengesyaki kegiatan itu
mungkin mendapat kerjasama orang dalam dari kalangan pegawai-
pegawai kastam kerana kenderaan berkenaan dimuatkan dalam kontena
tanpa pemeriksaan pihak kastam. Ini suatu yang aneh lagi pelik.
Bayangkan kereta-kereta yang besar dimasukkan ke dalam kontena
kemudian kontena itu terlepas dari pemeriksaan kastam dengan
begitu mudah sekali. Inilah hasil dan natijahnya jika 'muraqabah'
tidak lagi bertakhta dihati.

Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home