ADAB-ADAB DAN TERTIB SEMASA BERDOA
Setiap insan yang bergelar manusia tidak boleh lari dari berdoa
kepada Tuhan masing-masing. Bagi umat Islam ada adab-adab dan
tertibnya semasa berdoa kepada Allah Taala.
Disini terdapat tip-tip atau adab-adab berdoa iaitu:-
1) Sebaik-baiknya kita memilih waktu-waktu yang mulia untuk
memanjatkan Doa kehadhirat Allah Taala. Misalnya di waktu
wukuf di Arafah setahun sekali, atau bulan Ramadhan
di antara bulan-bulan yang lain, atau hari jumaat dari
hari-hari yang lain, dan di waktu tengah malam mulai
jam 0200 pagi sehingga masuknya waktu Subuh.
2) Hendaklah kita mencari masa dan keadaan yang sesuai, seperti
semasa berhadapan dengan peperangan untuk meninggikan syiar
Allah, semasa mendirikan sembahyang fardhu dan selepas selesai
sembahyang, masa diantara azan dengan iqomah, ketika sujud
dalam sembahyang, di waktu tengah malam, ketika itu hati sedang
dalam keadaan bersih suci dan ikhlas serta jauh dari perkara
yang merunsingkan.
3) Hendaklah kita menghadapkan muka kita ke arah Qiblat ketika
memohon sesuatu doa, mengangkat tinggi kedua-dua belah tangan
sehingga boleh terlihat bahagian ketiak bagi orang lelaki,
kemudian selesai berdoa ia pun menyapu kedua belah tangan itu
ke muka.
Berkata Umar Ibnu-Khattab R.A.: Sering kali Rasulullah ketika
mengangkat kedua belah tangannya waktu berdoa tidak akan
meleraikannya sesudah selesai disapukan tangannya ke muka.
4) Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat.
Berkata Siti Aisyah dalam memberi keterangan yang
berpandukan maksud ayat:
" DAN JANGANLAH ENGKAU MENGANGKAT SUARA MU DIDALAM SOLAT
DAN JANGAN PULA MERENDAHKANNYA SANGAT".
(Al-Isra':110)
5) Janganlah sampai memaksa diri kamu dalam berdoa dengan
bersajak-sajak. Sebaik-baiknya janganlah sampai melampaui
doa ma'syurah (doa-doa yang di hafal dari Rasulullah S.A.W)
sebab dikuatiri ia akan melampaui batas di dalam doanya.
Perkara ini perlu di ketahui bahawa bukan semua orang yang
pandai menyusun doa terhadap Allah S.W.T.
6) Hendaklah seseorang itu berdoa dengan penuh perasaan rendah
diri, penuh khusyu', penuh dengan harapan dan kecenderungan
dan juga penuh dengan ketakutan.
Firman Allah yang bermaksud:-
"Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan
suara perlahan-lahan".
(Al-A'raf : 55)
7) Hendaklah bersikap tetap dalam doanya dan menyakini
doanya itu dikabulkan oleh Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah maksudnya:-
"Bila seseorang kamu berdoa, hendaklah ia memperbesarkan
permohonannya, sebab tiada sesuatu pun yang dianggap
besar di sisi Allah s.w.t."
8) Hendaklah kita bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa
dalam setiap kali berdoa. Sebaik-baiknya perkara ini
mesti diulang-ulangkan sampai tiga kali, dan jangan merasa
terlalu lambat menerima pengabulan.
9) Hendaklah kita memulakan sesuatu Doa itu dengan sebutan nama
Allah, dan janganlah sesekali memulakan dengan permintaan dulu
sesudah menyebut nama Allah. Selepas menyebut nama Allah kita
pula mesti berselawat ke atas Rasulullah S.A.W juga.
10) Mengerjakan adab-adab kebatinan iaitu bertaubat dan
memberhentikan segala penganiayaan serta menuju kepada
Allah dengan sepenuh hati dan perasaan. Dengan demikian
mudah-mudahan akan menyebabkan paling hampir pada
terkabulnya segala permintaan seseorang hamba yang
lemah.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home