HADIS AKHIR ZAMAN 2 - SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda;
" HAMPIR TIBA SUATU MASA DIMANA BANGSA BANGSA DARI SELURUH DUNIA
AKAN DATANG MENGERUMUNI KAMU BAGAIKAN ORANG ORANG YANG HENDAK
MAKAN MENGERUMUNI TALAM HIDANGAN MEREKA. Maka salah seorang
sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?
Nabi s.a.w. menjawab, BAHKAN KAMU PADA HARI ITU BANYAK SEKALI,
TETAPI KAMU UMPAMA BUIH DIWAKTU BANJIR. DAN ALLAH AKAN MENCABUT
RASA GERUN TERHADAP KAMU DARI HATI MUSUH MUSUH KAMU. DAN ALLAH
AKAN MENCAMPAKKAN KEDALAM HATI KAMU PENYAKIT 'WAHAN'. Seorang
sahabat bertanya: Apakah wahan itu hai Rasulullah ?" Nabi kita
menjawab: "CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT PADA MATI."
( Riwayat Abu Daud )
Keterangan
----------
Keadaan umat Islam pada hari ini menggambarkan kebenaran apa
yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
Umat Islam walau pun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu
1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersenda-
kan dan menjadi alat permainan bangsa bangsa lain. Mereka ditin-
das, di injak injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa
bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza beza agama, mereka
bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Maka kita yang senantiasa mengakui diri kita sebagai orang Islam
tidak hendak mengambil iktibar dari hadis ini. Ketahuilah bahawa
pihak orientalis barat telah meneliti Al-Quran dan Hadis Hadis
Rasulullah dan menggunakan ilmu yang diperolehi untuk menghentam
umat Islam, tetapi kita masih nyenyak tidur lena selamanya meng-
habiskan masa luang kita ditempat tempat yang tidak bermanfaat
dan masih berpoya poya. Masihkah tidak kita ingin kembali kepada
Al-Quran & Hadis Rasul serta menghayatinya dalam kehidupan kita ?
Marilah kita lengkapkan diri diri kita serta keluarga kita dengan
ilmu yang bermanfaat, ikatkanlah kekuatan jemaah Islam, hadirlah
ke Majlis majlis ilmu, bacalah buku buku ilmiah dan khusus Al-
Quran serta terjemahannya disetiap hari dsb-nya.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home