HADIS AKHIR ZAMAN 3 - HILANGNYA ILMU PENGETAHUAN
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda; "BAHAWASANYA ALLAH S.W.T. TIDAK
MENCABUT (MENGHILANGKAN) AKAN ILMU ITU DENGAN SEKALI GUS DARI
(DADA) MANUSIA. TETAPI ALLAH S.W.T. MENGHILANGKAN ILMU ITU
DENGAN MEMATIKAN ALIM ULAMA. MAKA APABILA SUDAH DIHABISKAN ALIM
ULAMA, ORANG RAMAI AKAN MEMILIH ORANG ORANG YANG JAHIL SEBAGAI
PEMIMPIN MEREKA. MAKA APABILA PEMIMPIN YANG JAHIL ITU DITANYA,
MEREKA AKAN BERFATWA TANPA ILMU PENGETAHUAN. MEREKA AKAN SESAT
DAN MENYESATKAN ORANG LAIN. "
( Riwayat Muslim )
Keterangan
----------
Sekarang ini alim ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi
meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan "patah
tumbuh, hilang berganti",peribahasa ini tidak akan berlaku kepada
alim ulama. Mereka patah payah tumbuh. Mereka hilang dan payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi akan kosong
dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan
didunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia juga kehilangan
nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim ulamalah yang memberi-
kan makna dan erti pada kehidupan manusia dipermukaan bumi ini.
Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu
yang bernilai.
Diakhir akhir ini kita telah melihat gejala gejala yang menunjuk-
kan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw itu tadi.
Dimana alim ulama hanya tinggal sedikit, dan usaha untuk melahir-
kannya tidak mendapat perhatian yang wajar. Pondok pondok dan
sekolah sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian pengajian dibidang
urusan keduniaan yang dapat meraih untung harta benda dunia.
Yang lebih merisaukan ialah peningkatan dari golongan golongan
yang menghina, memperlekeh serta memfitnah para ulama.
Sudah terlalu banyakkah ilmu dan amalan kita sehingga sanggup
kita merendah-rendahkan para ulama. Perhatikanlah maksud dari
firman Allah ini;
1. (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi)
bahkan ia ayat ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpeli-
hara didalam dada orang orang yang berilmu (ulama) dan tiada-
lah yang mengingkari ayat ayat keterangan kami melainkan orang
orang yang zalim.
(Al-Ankabut : 49)
2. Dan demikian pula diantara manusia dan binatang binatang yang
melata serta binatang binatang ternak, ada yang berlainan
jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut
(melanggar perintah) Allah dari kalangan hambaNYA hanyalah
orang orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa lagi Maha Pengampun.
(Al-Faatir : 28)
3. Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu
dengan golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai
akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah
Allah.
(Al-Zumar : 9)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home