HADIS AKHIR ZAMAN 4 - UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH LANGKAH YAHUDI DAN NASHRANI
Dari Abu Sa'id r.a. katanya: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
" KAMU AKAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH UMAT UMAT SEBELUM KAMU,
SEJENGKAL DEMI SEJENGKAL, SEHASTA DEMI SEHASTA, SEHINGGA
JIKALAU MEREKA MASUK KE LUBANG BIAWAK PUN KAMU AKAN MENGIKUTI
MEREKA. " Sahabat bertanya, "Apakah Yahudi dan Nashrani yang
kau maksudkan?". Nabi s.a.w. menjawab, "SIAPA LAGI KALAU BUKAN
MEREKA".
( Riwayat Muslim )
HURAIAN
-------
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan
Rasulullah s.a.w. ini. Ramai orang Islam yang hilang pegangan
dalam kehidupan dan meniru cara hidup Yahudi dan Nashrani samaada
disedari atau pun tidak. Ramai terperangkap dalam tipu helah
Yahudi dan Nashrani dan tidak kurang ramai juga yang menjadi alat
dan tali barut mereka.
Perhatikan petikan petikan dari maksud maksud Ayat Ayat Al-Quran
ini :-
1) HAI ORANG ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL ORANG
ORANG YAHUDI DAN NASHRANI MENJADI PEMIMPIN PEMIMPIN (MU);
SEBAHAGIAN MEREKA ADALAH PEMIMPIN BAGI SEBAHAGIAN YANG LAIN.
BARANGSIAPA DIANTARA KAMU MENGAMBIL MEREKA (Yahudi dan Nash-
rani) MENJADI PEMIMPIN (ikutan), MAKA SESUNGGUHNYA ORANG ITU
TERMASUK GOLONGAN MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMBERI
PETUNJUK KEPADA ORANG ORANG YANG ZALIM.
(Al-Maaidah : 51)
2) MAKA KAMU AKAN MELIHAT ORANG ORANG YANG ADA PENYAKIT DALAM
HATINYA (orang orang Munafiq) BERSEGERA MENDEKATI MEREKA
(Yahudi dan Nashrani), SERAYA BERKATA, "KAMI TAKUT AKAN
MENDAPAT BENCANA." MUDAH MUDAHAN ALLAH AKAN MENDATANGKAN
KEMENANGAN KEPADA RASULNYA (dan umat Islam) ATAU SUATU
HUKUMAN DARI SISINYA. MAKA KERANA ITU, MEREKA MENJADI
PENYESAL TERHADAP APA YANG MEREKA RAHSIAKAN DALAM DIRI
MEREKA.
(Al-Maaidah : 52)
Dalam 2 maksud ayat Al-Maaidah diatas, Allah telah memberi amaran
kepada kita supaya jangan mengambil mereka sebagai pemimpin,
penolong atau juga teman rapat kita, kerana mereka adalah musuh
yang nyata.
Ramai diantara kita dizaman ini suka terikut ikut dengan cara
hidup orang orang Yahudi dan Nashrani sebagai contoh,
1) terlalu suka berhiburan dan bernyanyian berpekik terlolong
bagaikan dirasuk syaitan sepertimana banyak yang dilakukan
oleh para para artis kita yang sering kita sanjungi.
2) suka minum arak yang telah jelas di HARAMkan oleh Allah
hinggakan menjadi gelap dan busuk hati hati peminum peminum
dan terjauh dari hidayah petunjuk Allah.
3) suka makan RIBA yang juga menjadikan hati hati kita dan
keluarga kita jauh dari mengingati Allah.
4) berkejar kejar cari dunia hingga lupa akan mati yang begitu
hampir dengan kita.
Inilah contoh contoh perkara keji yang diistilahkan oleh
Rasulullah s.a.w. kita mengikuti mereka sejengkal demi sejengkal
hingga masuk lubang biawak pun kita ikut.
Fahamilah bahawa Yahudi dan Nashrani menolak Islam secara total
dan mengambil pendita pendita mereka sebagai tuhan tuhan mereka,
sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. apabila
Rasulullah membaca Firman Allah s.w.t. (yang bermaksud);
"MEREKA MENJADIKAN ORANG ORANG ALIMNYA, DAN RAHIB RAHIB MEREKA
SEBAGAI TUHAN SELAIN ALLAH DAN JUGA MEMPERTUHANKAN AL-MASIH
PUTERA MARYAM, PADA HAL MEREKA HANYA DISURUH MENGEMBAH ALLAH
YANG MAHA ESA; TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN DIA. MAHA SUCI
ALLAH DARI APA YANG MEREKA PERSEKUTUKAN."
(At-Taubah : 31)
Datanglah Adi bin Hatim yang memeluk agama Nashrani (iaitu
seorang sahabat Rasulullah pada ketika ini belum masuk Islam)
lalu berkata Ya Rasulullah, kami tak pernah menyembah mereka!"
Jawab Rasulullah s.a.w. "TETAPI MEREKA HALALKAN APA YANG DIHARAM
-KAN ALLAH DAN MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN OLEH ALLAH DAN
KAMU TAATI. DENGAN DEMIKIAN KAMU MENYEMBAH MEREKA."
(Riwayat Termizi &
Ibnu Jan'r)
Perhatikanlah jika kita mentaati Yahudi dan Nashrani dan juga
sesiapa pun yang menghalalkan yang Haram dan yang mengharamkan
yang Halal, maka ia juga dikira kita meletakkan orang yang diberi
kuasa itu setaraf dengan Allah dan dianggap menyembahNya.
Renongkanlah perkara perkara diatas agar kita dibangunkan diakhi-
rat kelak bersama sama dengan Rasulullah dan para ulama dan
BUKAN bersama Yahudi dan Nashrani dan juga kaum munafiq dan
kafirun.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home