Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 5 - GOLONGAN ANTI HADIS

Dari Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda: " HAMPIR TIBA SUATU MASA DIMANA SEORANG LELAKI
YANG SEDANG DUDUK BERSANDAR DI ATAS KATILNYA SAMBIL MENYEBUT-
NYEBUT HADIS KU. Ia berkata "PEGANGAN KAMI DAN KAMU HANYALAH
KITABULLAH (AL-QURAN) SAHAJA. APA YANG DIHALALKAN OLEH AL-QURAN
KAMI HALALKAN. DAN APA YANG IA HARAMKAN KAMI HARAMKAN".(Kemudian
Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya): "PADA HAL APA YANG DIHARAMKAN
OLEH RASULULLAH S.A.W. SAMALAH HUKUMNYA DENGAN APA YANG DIHARAM-
KAN OLEH ALLAH S.W.T.
( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
Keterangan
----------
Memang benarlah sabda Rasulullah s.a.w. iaitu memang terdapat
di akhir zaman ini golongan golongan yang mendakwa cukuplah
Al-Quran menjadi pegangan mereka.
Sebenarnya golongan anti-hadis ini terlupa bahawa Al-Quran yang
diturunkan Allah s.w.t. merangkumi segala aspek kehidupan dan ia
adalah seperti manual lengkap yang ada sesetengah ayatnya perlu
diperincikan, maka disinilah peranan hadis, untuk memperincikan
segala sesuatu. Sebab itulah Rasululullah dijadikan dikalangan
manusia, agar dapat mempraktikkan segala yang diturunkan.
Jika hadis tidak boleh diguna pakai, bayangkanlah bagaimana kita
hendak bersolat, berzakat, berbuat Haji, bermuamalat, munakahat,
mentakbir negara dsbnya.
Banyak terdapat nas nas dalam Al-Quran sendiri, supaya kita taat
kepada Allah dan juga taat kepada Rasulullah, dan sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui. Jika kita tidak taat kepada Rasul maka
sebenarnya kita tolak perintah Allah s.w.t dan jadilah kita kafir
yang nyata.
Golongan anti hadis ini sebenarnya terlalu bodoh dan hanya guna
akalnya yang danggal untuk menterjemah Al-Quran.
Hujjah mereka ialah Rasulullah telah wafat 1400 tahun yang lampau,
tidak logik segala perkataan beliau dihimpunkan secara tersusun
dan baik hingga kehari ini. Imam Imam terkemuka seperti Imam
Bukhari dan Muslim ditolak oleh mereka dengan alasan mereka ini
manusia biasa dan tak lojik boleh menghafal ribuan hadis dan
berjalan beribu batu untuk membuat himpunan hadis.
Sungguh jahil golongan hadis ini kerana mereka lupa yang Allah
Maha berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang Dia
kehendaki.
Mereka juga lupa bahawa Allahlah yang memelihara Al-Quran dan
juga hadis hadis, kerana sesungguhnya setiap perbuatan dan perca-
kapan Rasulullah adalah dorongan dan ilham dari Allah s.w.t.
Rasulullah tidak bertindak berkenaan sesuatu menurut hawa nafsu.
Golongan anti-hadis ini adalah sebenarnya boneka atau juga tali
barut musuh musuh Islam. Dengan menolak sumber perundangan Islam
yang kedua iaitu Hadis, maka kononnya dapatlah musuh musuh Islam
melemahkan Islam itu sendiri.
Perhatikan maksud maksud dari firman firman Allah s.w.t. agar
menjadi pedoman kepada kita.
1) SEGALA HUKUM YANG TERSEBUT ADALAH BATAS BATAS (SYARIAT) ALLAH.
DAN SESIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, AKAN DIMASUK-
KAN OLEH ALLAH KEDALAM SYURGA YANG MENGALIR DIBAWAHNYA BEBE-
RAPA SUNGAI, MEREKA KEKAL DIDALAMNYA, DAN ITULAH KEJAYAAN YANG
AMAT BESAR.
( Al-Nisaa : 13 )
2) SESIAPA YANG TAAT KEPADA RASULULLAH, MAKA SESUNGGUHNYA IA
TELAH TAAT KEPADA ALLAH, DAN SESIAPA YANG BERPALING INGKAR,
MAKA (JANGANLAH ENGKAU BERDUKACITA WAHAI MUHAMMAD) KERANA
KAMI TIDAK MENGUTUS MU UNTUK MENJADI PENGAWAL (YANG MEMELIHARA
MEREKA DARI MELAKUKAN KESALAHAN).
( An-Nisaa : 80 )
3) DAN ORANG ORANG YANG BERIMAN, LELAKI DAN PEREMPUAN, SETENGAHNYA
MENJADI PENOLONG BAGI SETENGAHNYA YANG LAIN; MEREKA MENYURUH
BERBUAT KEBAIKAN, DAN MELARANG DARIPADA BERBUAT KEJAHATAN;
DAN MEREKA MENDIRIKAN SEMBAHYANG DAN MEMBERI ZAKAT, SERTA TAAT
KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. MEREKA ITU AKAN DIBERI RAHMAT OLEH
ALLAH; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.
( At-Taubah : 71 )
DAN SESIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, DAN TAKUT
MELANGGAR PERINTAH ALLAH, SERTA MENJAGA DIRINYA JANGAN TERDEDAH
KEPADA AZAB ALLAH, MAKA MEREKALAH ORANG ORANG YANG BEROLEH
KEMENANGAN.
( An-Nur : 52)
PADA MASA MUKA MEREKA DIBALIK-BALIKKAN DALAM NERAKA, MEREKA
BERKATA (DENGAN SESALNYA): "ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAMI DAHULU
(SEMASA DIDUNIA) TAAT KEPADA ALLAH SERTA TAAT KEPADA RASUL
ALLAH !"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home