Friday, October 28, 2005

RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Riwayat,Ali bin Abi Talib r.a berkata :

"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin
dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak
tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah
kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para
Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:

'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada
kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam
A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah
akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para
Rasul-Rasul sebelumku,

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana
apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk
syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.
maka mereka berkata:

'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu
akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari
Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:

'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar
akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat
Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan
sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah
akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap
dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang
berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang
Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api
neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya:

'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang
subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T.
dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.
maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu
wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua
kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon
yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam
A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas
keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan
diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada
makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu.

Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari
puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh
Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging
yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk
menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya
untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa
saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari
kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini
kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa
annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah
dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an.
Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah
: 155)

==================================================================

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK
MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka
putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat
datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan
mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu
ialah debu. KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga
mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa
mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang
mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh
asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam
kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam
keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala
makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru , wahai sekelian kawan- kawan dan
semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan
membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan
bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat
dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu
kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah
swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

10 LALUAN

10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat,
bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)
.
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram


LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Kasihilah NAbi ALLAH
b. KAsihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.A.W


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.

PERINGATAN BUAT KAUM WANITA

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul
Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk
aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti
Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi
SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau
ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami
dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang
sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya,
Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa
perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka
sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang
menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat
siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka
itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya
dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan


Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan
mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan
yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat
dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan
minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam
lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan
buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah
zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan
apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)
segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan
keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan
ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan
daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat
oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan
ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas
badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan
ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan
darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal
keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam
hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar
(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke
belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;
dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti
kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu
beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka
itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api}
daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan
kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa
mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan
berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup
rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka
sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di
dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia
keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka
bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua
susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan
kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas
dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa
sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya
hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil
daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke
dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa
sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia
(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki
mendengki

Allahu A'lam

Tuesday, October 11, 2005

CINTA ALLAH

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 1/7
------------------------------
Seseorang itu hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang
enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad saw bersabda: "Siapa yang
ingin bertemu Allah, Allah ingin bertemunya." Memang benar ada juga orang
yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingatkan
kedatangan mati sebelum ia bersedia untuk pulang ke akhirat. Tetapi jika
ia betul-betul ikhlas, ia akan bertambah rajin berusaha untuk membuat
persediaan itu.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 2/7
------------------------------
Seseorang itu mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk mengikut
kehendak Allah. Ia cuba sedaya upaya untuk menghampirkan diri kepada Allah
dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dari Allah. Dosa yang
dilakukan oleh seseorang itu tidaklah menandakan ia tidak cintakanlah Allah
sama sekali, tetapi itu menunjukkan bahawa ia tidak mencintai Allah sepenuh
jiwa raga. Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang: "Jika sesiapa
bertanya kepadamu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam.
Jika kamu berkata: 'Saya tidak cinta kepadaNya', maka kamu kafir. Tetapi
jika kamu berkata: 'Saya cinta', maka perbuatan kamu berlawanan dengan
kata-katamu."

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 3/7
------------------------------
Ingat kepada Allah sentiasa ada dalam hati seseorang, tanpa ditekan atau
diusahakan benar. Ini kerana apa yang kita cintai itu sentiasa kita ingat.
Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada
juga kemungkinan bahawa sentiasa cinta kepada Allah itu tidak mengambil
tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada mencintai
Allah itu mungkin mengambil tempat jua. Cinta itu satu perkara dan cinta
kepada cinta itu adalah seperkara yang lain pula.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 4/7
------------------------------
Seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah dan cinta kepada
Nabi Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia
akan cinta kepada semua manusia kerana mereka semuanya hamba Allah.
Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang cinta kepada
seseorang itu tentulah kasih juga kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh
kekasihnya itu termasuklah tulisan atau karangannya.

*************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 5/7
------------------------------
Seseorang itu suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat. Ia suka
malam itu lekas datang agar ia dapat berbicara dengan sahabatnya tanpa
gangguan. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malamnya
maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada
Nabi Daud:
"Janganlah terlampau karib dengan manusia kerana ada dua jenis manusia
tersingkir dari majlisKu: iaitu mereka yang bertungkus lumus mencari
ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan
mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melupai Aku.
Tanda tidak redanya Aku ialah Aku biarkan mereka begitu."
Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat
seluruhnya di dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada yang lain itu
tidak akan dapat mengambil tempat langsung di dalam hati itu. Diceritakan
bahawa seorang daripada Bani Israel berkebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu
sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati
nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud berjumpa dia dan berkata:
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta
kepadaKu. Martabat engkau di kalangan auliya Allah telah diturunkan."
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah. Di suatu hari
sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah, rumahnya terbakar. Ia tidak
nampak atau menyedari akan kejadian itu.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 6/7
------------------------------
Ibadat seseorang itu senang sekali. Seorang wali Allah berkata: "Dalam tiga
puluh tahun yang pertama aku melakukan sembahyang malam dengan susah payah
sekali. Dalam tiga puluh tahun yang kedua pula sembahyang itu menjadi
seronok dan lazat pula." Apabila cinta kepada Allah itu sempurna, maka
tidak ada keseronokan yang setanding dengan keseronokan ibadat.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 7/7
------------------------------
Seseorang itu cinta kepada orang yang taat kepada Allah dan benci kepada
orang-orang kafir dan orang-orang yang durhaka kepada Allah. Al-Quran
menyatakan: "Mereka itu berkasih sayang terhadap orang mukmin dan bersikap
keras terhadap orang-orang kafir."

Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihMu?"
Terdengarlah jawapan, "Sesiapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi
dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan mengingatiKu seperti burung
mencari perlindungan di sarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti
singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Dipetik dari buku : Kimia'u Sa'adah (Kimia Kebahagian)

6 SOALAN

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan
diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan
kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati".
Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa
pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua."Apa yang
paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari,
dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua
jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar
adalah masa lalu.Bagaimanapun kita,apapun kendaraan kita,tetap
kita tidak akan kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa
yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi,dan matahari.Semua
jawaban itu benar kata ImamGhozali.Tapi yang paling besar dari
yang ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita
harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.Semua jawaban adalah
benar,kata Imam Ghozali,tapi yang paling berat adalah "memegang
AMANAH"(Al Ahzab 72).Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung,dan malaikat
semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi
kalifah (pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya
menyanggupi permintaan Allah SWT,sehingga banyak dari manusia
masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,"Apa yang paling ringan di dunia
ini ?"
Ada yang menjawab kapas,angin,debu,dan daun-daunan.Semua itu
benar kata Imam Ghozali,tapi yang paling ringan didunia ini
adalahmeninggalkan Sholat.Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan
sholat,
gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah,"Apakah yang paling tajam
diduniaini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata
ImamGhozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, Manusia dengan senang menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu'alam.

LUASNYA NERAKA JAHANAM

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku
melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa
kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka
ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan
di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang
laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:
iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan
pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian
Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu
yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan
orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan
dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Monday, October 10, 2005

Wednesday, October 05, 2005

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan
mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta`ala
membalasnya dengan satu hari yang dinamakan `Idulfitri atau Hari
Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta`ala menghalalkan mereka
berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar
ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara`
dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang
atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan
dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya
merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta`ala khusus kepada hamba-
hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang
bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika
menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya.
Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang
telah digariskan oleh Syara` untuk kita melakukannya ialah
menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat
seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan
sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan
melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta`ala telah menegaskan bahawa
malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah
diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya
Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan,
sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam
Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam
Rajab dan malam Nisfu Sya`ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu
tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan
sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat
yang shahih.

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema.
Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk
memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat
untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu
wa Ta`ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran
dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita
lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan
`Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan
takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam
matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram
sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta`ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan
hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan
kepadamu, supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Baqarah : 185)

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas dan Al-Fakih bin
Sa`d Radhiallahu `anhum bahawa Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha.
Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang
sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala
bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak
keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya
ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari
untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja`far
bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu `alaihi wasallam memakai kain
yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap
kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi`e dan Al-Baghawi)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat
Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana
mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu
`anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu `alaihi wasallam tidak keluar pada
waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih
dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan
ganjil."
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan,
maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan
tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya
daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang
Tabi`en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu
`alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di
Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya
daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari
Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari`atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa
memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan
dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang
disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang
dii`timadkan.(Al-Mausu`ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama
sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu
tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan
ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan
disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang
diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam masuk
kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi
dengan nyanyian Bu`ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan
memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu
mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat)
Nabi Shallallahu `alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka
berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu
Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah
Hari Raya kita."
(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-`Asqalani menerangkan di dalam kitabnya
Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar
Radhiallahu `anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu `anhu
datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu`ah Al-Fiqhiyyah, Juz
31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan
kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap
etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah
meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan
muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada
di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai
untuk berziarah dan sebagainya.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan
sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta`ala iaitu
mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan
pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya
bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang
lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan
dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta`ala. Semoga kita semuanya
mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta`ala kerana
menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

KEMERIAHAN Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema.
Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk
memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu. Ianya lebih bersifat
untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu
Wataala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran
dan keagungan-Nya dengan mengucapkan takbir.

Wassalam.

KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa
saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh
dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok
kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai
jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah
yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk
di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah
dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang
digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak
perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan
menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi
Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat
Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan
kurma masak.

Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang
khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang
bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan
yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad
mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu `Alaihi
Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar `Ajwah' dia
akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di
atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu
Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang
ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur'an ayat yang menyatakan tentang
kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam
ketika beliau mengandung Nabi Isa `Alaihi Salam sebagaimana
tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia
gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum
wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan
Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang
kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa
perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur'an dan hadis
Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan
yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab
sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan
yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik
daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran
dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma
adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi
Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan
memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya
juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan
pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang
dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling
pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera
dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi
Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma
sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan
beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada
terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi
Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada
anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang
menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
"Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan
barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka
dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar
Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api
neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan
hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada
api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar
sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai
dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di
waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma
juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita
terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas
harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Wassalam.

PUASA ENAM

Bolehkah berpuasa enam jika puasa Ramadhan
tidak dikerjakan sebulan penuh?
-------------------------------------------

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan sebanyak enam hari
berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan Syawal.

Para ulama berselisih pendapat mengenai masa mengerjakan puasa
enam ini. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan
secara terus menerus selepas Hari Raya iaitu mulai Hari Raya kedua
dan seterusnya. Sebahagian ulama muta'akhirin pula berpendapat
puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau
berasingan sepanjang bulan Syawal. Akan tetapi mengerjakannya
berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afhdal.

Soalnya sekarang bolehkah seseorang itu berpuasa enam jika puasa
Ramadhannya tidak dikerjakan sebulan penuh ? Sebelum menjawab
persoalan itu, elok diperhatikan dulu anjuran untuk enam itu.

Sabda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam :
Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian
diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal, itulah puasa
sepanjang masa".
(Hadis riwayat Muslim)

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis :
Maksudnya : "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan
puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan ) dengan dua
bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap
setahun."
(Hadis riwayat ad-Darimi)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal
diibaratkan kita berpuasa sepanjang masa kerana setiap kebajikan
dibalas sepuluh kali ganda. Oleh itu, puasa Ramadhan sebanyak 29
atau 30 hari disamakan dengan 300 hari atau sepuluh bulan puasa,
dan puasa enam disamakan dengan 60 hari atau dua bulan puasa. Jika
dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia
setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi
perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahal seperti
pahala yang didapatinya daripada puasa fardhu, jadi pahala
mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan
pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Puasa Enam

Puasa enam dalam bulan Syawal itu sunat dikerjakan oleh orang yang
telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh. Begitu juga sunat
dikerjakan oleh orang yang tidak dapat mengerjakannya sebulan
penuh disebabkan sesuatu keuzuran syara'. Akan tetapi ganjaran
pahalanya berlainan dengan ganjaran pahalanya berlainan dengan
ganjaran pahala orang yang dapat mengerjakan puasa enam selepas
mengerjakan puasa Ramadhan penuh.

Namun begitu, adalah haram mengerjakan puasa enam bagi orang yang
meninggaalan puasa Ramadhan dengan senghaja, kerana puasa Ramadhan
yang ditinggalkannya itu wajib diqadhanya dengan seberapa segera.

Adapun bagi orang yang mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal,
maka dia mendapat pahala puasa sunat enam. Ini adalah pendapat
yang zahir bagi Imam al-Khatib as-Syarbini.

Pendapat yang lain menyatakann bahawa jika dia mengerjakan puasa
qadha pada bulan Syawal, dia tidak mendapat pahala puasa enam, dan
hendaklah dia mengqadha puasa enam itu pada bulan Zulkaedah jika
bulan Syawal sudah selesai.

Puasa enam bolehlah diumpamakan sebagai sembahyang sunat rawatib
yang kita kerjakan selepas sembahyang fardhu untuk menyempurnakan
kekurangan-kekurangan yang terdapat sewaktu mengerjakan sembahyang
fardhu kerana kekurangan dalam amalan fardhu dapat ditutup atau
ditampal dengan amalan sunat pada hari kiamat.

Oleh itu rebutlah peluang yang ada ini demi menyempurnakan ibadat
puasa Ramadhan yang kita kerjakan disamping kita mengharapkan
ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu
Wata'ala.

Wassalam.

CATATAN PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan datang datang lagi. Di bulan ini sejarah telah
mencatatkan pelbagai peristiwa untuk dikenang. Berikut dicatatkan
sebahagian daripada peristiwa itu bagi tatapan dan renungan kita
di bulan Ramadhan yang mulia ini.

1)Di bulan Ramadhan al-Qur'an mula diturunkan dengan turunnya ayat
yang pertama sehingga yang kelima surah al-`Alaq kepada Rasulullah
Sallallahu `Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira'. Dengan
itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur'an, bulan untuk
membaca al-Qur'an sebanyak yang boleh.

2)Tahun kedua Hijriyah, terjadi peperangan Badar al-Kubra. Mengikut
keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam
bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar
pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar
al-Kubra semasa Baginda di gua Hira'. Dengan itu bulan Ramadhan
disebut juga bulan al-Qur'an sebanyak yang boleh.

Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung
pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.

3)Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mula disyariatkan.
Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan
orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang
kecintaan terhadap harta.

4)Di bulan ini tahun kelima Hijriyah, para pejuang Islam membuat
persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan
itu terjad pada bula Syawal pada tahun itu juga. Di dalam
peperangan yang dinamakan juga sebagai peperangan al-Azhab ini
pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

5)Pada 21 Hijriyah Ramadhan tahun kelapan Hijriyah, Allah Ta'ala
memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu `Alaihi
Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada
mulanya Baginda bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah
menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila
sampai di al-Kadid, Baginda berbuka kerana bermusafir, kemudian
pada 21 Ramadhan barulah Baginda memasuki kota Makkah.

6)Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa
kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal
pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala
al-`Uza, Amr bin al-`Ash merobohkan berhala Suwa' dan Sa'd bin
Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

7)Pada tahun ke sembilan Hijriyah terjadi peristiwa peperangan
Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu
juga.

8)Di bulan Ramadhan tahun yang sama rombongan dari kota Taif tiba di
Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan
mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

9)Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di
Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu
Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan
kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting
di dalam sejarah perundangan Islam.

10)Pada tahun ke sepuluh ke Hijriyah Baginda mengutus rombongan yang
diketuai `Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa
bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan
yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.

11)Pada tahun 53 Hijriyah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau
Rudes.

12)Pada tahun 91 Hijriyah pejuang Islam mula mendarat di Selatan
Andalus.

13)Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat
mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

14)Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas
Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-`Abbasiyyah yang
pertama.

15)Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah pemerintahan
Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al `Abbas dilantik
sebagai khalifah al-`Abbasiyyah yang pertama.

16)Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami'ah al-Azhar
selesai dibina untuk kegunaan tempat beribacar dan mengajarkan
ilmu-ilmu Arab dan syara'.

17)Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan
kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang
pernah dikuasai oleh pehak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan
Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi
rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba
terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu,
lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan
kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga
pertengahan bulan ini.

18)Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan mamalik dapat mengalahkan dan
membencung kemaraan tentera Tartar di 'Ain Jalud. Tentera ini
bermaksud menguasai selurh negeri Islam, akan memasuki Mesir dan
negeri-negeri lain melalui Mesir.

Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwa dan ia
memberi ruang dan peluang yang terbaik kepada mereka yang insaf.

Wassalam.

TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 1/7
------------------------------
Seseorang itu hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang
enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad saw bersabda: "Siapa yang
ingin bertemu Allah, Allah ingin bertemunya." Memang benar ada juga orang
yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingatkan
kedatangan mati sebelum ia bersedia untuk pulang ke akhirat. Tetapi jika
ia betul-betul ikhlas, ia akan bertambah rajin berusaha untuk membuat
persediaan itu.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 2/7
------------------------------
Seseorang itu mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk mengikut
kehendak Allah. Ia cuba sedaya upaya untuk menghampirkan diri kepada Allah
dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dari Allah. Dosa yang
dilakukan oleh seseorang itu tidaklah menandakan ia tidak cintakanlah Allah
sama sekali, tetapi itu menunjukkan bahawa ia tidak mencintai Allah sepenuh
jiwa raga. Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang: "Jika sesiapa
bertanya kepadamu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam.
Jika kamu berkata: 'Saya tidak cinta kepadaNya', maka kamu kafir. Tetapi
jika kamu berkata: 'Saya cinta', maka perbuatan kamu berlawanan dengan
kata-katamu."

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 3/7
------------------------------
Ingat kepada Allah sentiasa ada dalam hati seseorang, tanpa ditekan atau
diusahakan benar. Ini kerana apa yang kita cintai itu sentiasa kita ingat.
Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada
juga kemungkinan bahawa sentiasa cinta kepada Allah itu tidak mengambil
tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada mencintai
Allah itu mungkin mengambil tempat jua. Cinta itu satu perkara dan cinta
kepada cinta itu adalah seperkara yang lain pula.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 4/7
------------------------------
Seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah dan cinta kepada
Nabi Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia
akan cinta kepada semua manusia kerana mereka semuanya hamba Allah.
Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang cinta kepada
seseorang itu tentulah kasih juga kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh
kekasihnya itu termasuklah tulisan atau karangannya.

*************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 5/7
------------------------------
Seseorang itu suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat. Ia suka
malam itu lekas datang agar ia dapat berbicara dengan sahabatnya tanpa
gangguan. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malamnya
maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada
Nabi Daud:
"Janganlah terlampau karib dengan manusia kerana ada dua jenis manusia
tersingkir dari majlisKu: iaitu mereka yang bertungkus lumus mencari
ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan
mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melupai Aku.
Tanda tidak redanya Aku ialah Aku biarkan mereka begitu."
Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat
seluruhnya di dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada yang lain itu
tidak akan dapat mengambil tempat langsung di dalam hati itu. Diceritakan
bahawa seorang daripada Bani Israel berkebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu
sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati
nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud berjumpa dia dan berkata:
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta
kepadaKu. Martabat engkau di kalangan auliya Allah telah diturunkan."
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah. Di suatu hari
sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah, rumahnya terbakar. Ia tidak
nampak atau menyedari akan kejadian itu.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 6/7
------------------------------
Ibadat seseorang itu senang sekali. Seorang wali Allah berkata: "Dalam tiga
puluh tahun yang pertama aku melakukan sembahyang malam dengan susah payah
sekali. Dalam tiga puluh tahun yang kedua pula sembahyang itu menjadi
seronok dan lazat pula." Apabila cinta kepada Allah itu sempurna, maka
tidak ada keseronokan yang setanding dengan keseronokan ibadat.

**************************************************************************

Imam Ghazali : Tanda-tanda Cintakan Allah 7/7
------------------------------
Seseorang itu cinta kepada orang yang taat kepada Allah dan benci kepada
orang-orang kafir dan orang-orang yang durhaka kepada Allah. Al-Quran
menyatakan: "Mereka itu berkasih sayang terhadap orang mukmin dan bersikap
keras terhadap orang-orang kafir."

Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihMu?"
Terdengarlah jawapan, "Sesiapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi
dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan mengingatiKu seperti burung
mencari perlindungan di sarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti
singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Dipetik dari buku : Kimia'u Sa'adah (Kimia Kebahagian)

WASIAT-WASIAT PENTING

Wasiat Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Ali ;

" Ya Ali! perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam
membacanya terdapat sepuluh macam keberkatan. Tak ada orang yang
membacanya dalam waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus
kecuali lepas haus. Tidak memiliki pakaian melainkan ia memper-
olehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Dipenjara-
kan melainkan ia akan dikeluarkan dari penjara. Bujang melainkan
akan berkahwin. Semasa musafir matanya terang dalam perjalanan.
Tidak membaca orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan ia
mendapat kembali. Tidak dibaca kepada orang yang hampir ajalnya
melainkan diringankan baginya. Barangsiapa membacanya diwaktu
subuh, nescaya ia akan aman sampai ke petang dan barangsiapa yang
membacanya diwaktu petang, nescaya ia akan berada dalam keadaan
aman sehingga pagi."

Ali bin Abi Thalib berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. berwasiat
kepada ku dengan sabdanya ;

"Ya Ali!, tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada
kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal.
Tak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (kagum kepada
diri sendiri). Tak ada kekuatan yang lebih hebat daripada
musyawarah. Tak ada warak yang lebih baik daripada menahan diri.
Tak ada keindahan selain akhlak dan tak ada ibadah yang melebihi
tafakur."

"Ya Ali!, bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya ;

Penyakit bicara adalah bohong.
Penyakit ilmu adalah lupa.
Penyakit ibadah adalah riak.
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberiannya.
Penyakit bangsawan adalah bangga.
Penyakit malu adalah lemah.
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan dan
Penyakit agama adalah nafsu."

"Ya Ali!, Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhan pada malam Jumaat,
nescaya Tuhan memberi keampunan kepada mu."

"Ya Ali!, Bacalah Surah Tabarako dan As-Sajadah nescaya berkat
keduanya engkau akan diselamatkan Tuhan pada hari kiamat."

"Ya Ali!, Bacalah Qulhuallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhu
nescaya engkau akan diseru pada hari kiamat, Hai Pemuji Tuhan,
bangkitlah, maka kemudian masuklah kedalam syurga."

"Ya Ali!, Bacalah Surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya dalam
membacanya itu ada membawa berkat dan tidak mahu membacanya
membawa kepada penyesalan."

"Ya Ali!, Jauhilah sengketa kerana ianya boleh menghapuskan
amalan-amalan engkau."

"Ya Ali!, Bersegeralah bersedekah kerana bala bencana itu tidak
dapat melangkah mendahului sedekah."

"Ya Ali!, Jauhilah kemarahan kerana syaitan itu dapat menguasai
anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."

"Ya Ali!, Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan
kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."

"Ya Ali!, Jauhilah riba kerana padanya terdapat enam perkara ;
tiga didunia dan tiga diakhirat. Ada pun tiga didunia ; Ia akan
cepat memusnahkan harta, melenyapkan kekayaan dan menghapuskan
rezeki. Ada pun tiga diakhirat ; Ia akan membawa buruk hisab
(perhitungan), kemurkaan Allah dan kekal dalam neraka."

"Ya Ali!, Cintailah fakir miskin nescaya Allah akan cintai mu.
Janganlah engkau bentak fakir miskin nescaya engkau akan dibentak
oleh Malaikat pada hari kiamat."

"Ya Ali!, Keluarkanlah infak harta mu, dan berilah kelapangan
kepada keluarga mu dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang
memilik Arasy - Ia akan menyediakan kurniaan terhadap mu."

"Ya Ali!, Janganlah berdusta kerana dusta itu akan menghitamkan
muka. Bila seseorang sentiasa berdusta ia akan dinamakan disisi
Tuhan 'sipendusta' dan bila dia benar, dinamakan disisi Tuhan
orang yang 'benar' (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan
menjauhkan iman."

"Ya Ali!, Kuasailah lisan mu dan biasakanlah bicara yang baik,
kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari
kiamat melebihi ketajaman lisannya."

"Ya Ali!, Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala
kebajikan sebagaimana api memakan kayu yang kering."

Wassalam.

Tuesday, October 04, 2005

Makkah