HADIS AKHIR ZAMAN 11 - HILANGNYA SIFAT AMANAH
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya: Rasulullah saw
pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian
yang akan berlaku). Yang sebuah sudah saya lihat sedang yang
kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw memberitahu
bahawasanya amanat itu turun kedalam lubuk hati orang orang yang
tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang orang itu lalu
mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui
panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw menceritakan
kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda,
"SESEORANG ITU TIDUR SEKALI TIDUR, LALU DIAMBILALIH AMANAH ITU
DARI DALAM HATINYA, KEMUDIAN TERTINGGALLAH BEKASNYA SEPERTI BEKAS
YANG RINGAN SAHAJA. KEMUDIAN IA TERTIDUR PULA, LALU DIAMBILALIH
AMANAH ITU DARI DALAM HATINYA, MAKA TINGGALLAH BEKASNYA SEPERTI
LEPUH DITANGAN (mengelembung ditangan dari bekas bekerja berat
seperti menggunakan kapak atau cangkul). JADI SEPERTI BARA API
YANG KAU GILINGKAN DENGAN KAKI MU, KEMUDIAN MENGELEMBUNGLAH IA
DAN ENGKAU MELIHAT IA MENINGGI, PADA HAL TIDAK APA APA". Diketika
Rasulullah saw menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji
batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"KEMUDIAN BERPAGI PAGI ORANG RAMAI BERJUAL BELI, MAKA HAMPIR
SAHAJA TIADA SEORANG JUGA PUN YANG SUKA MENUNAIKAN AMANAH, SAMPAI
DIKATAKAN ORANG BAHAWASANYA DIKALANGAN BANI FULAN (di kampung yang
tertentu) ITU ADA SEORANG YANG SANGAT BAIK MEMEGANG AMANAH,SANGAT
TERPERCAYA DAN ORANG RAMAI MENGATAKAN, "ALANGKAH TEKUNNYA DALAM
BEKERJA, ALANGKAH INDAHNYA PEKERJAANNYA, ALANGKAH PULA CERDIK
OTAKNYA. PADA HAL DIDALAM HATINYA SUDAH TIADA LAGI KEIMANAN
SEKALI PUN HANYA SEBERAT TIMBANGAN BIJI SAWI."
"MAKA SESUNGGUHNYA TELAH SAMPAI MASANYA, SAYA PUN TIDAK MEMPEDULI-
KAN MANAKAH DIANTARA KAMU SEMUA YANG SAYA HENDAK BERMU'AMALAH
(berjual beli). JIKALAU IA SEORANG ISLAM MAKA AGAMANYALAH YANG
AKAN MENGEMBALIKAN KEPADA KU (maksudnya agamanyalah yang dapat
menahannya dari khianat). DAN JIKALAU IA SEORANG NASHRANI ATAU
YAHUDI, MAKA PIHAK YANG BERTUGASLAH YANG AKAN MENGEMBALIKANNYA
KEPADA KU (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka
orang yang memegang kekuasaan/pemerintahlah yang dapat membantu
aku untuk mendapatkan semua hak hak ku daripadanya). ADA PUN PADA
HARI INI MAKA SAYA TIDAK PERNAH BERJUAL BELI DENGAN KAMU SEMUA
KECUALI DENGAN FULAN DAN FULAN (orang orang tertentu sahaja)."
- ( riwayat Bukhari Muslim )
Keterangan
----------
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang dari
kalangan kaum Muslimin dengan beransur-ansur, sehinggalah sampai
suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah
pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran kebanyakan masyarakat kita hari ini. Banyak
kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh
untuk memikul amanah, tetapi sebenarnya ia pun telah berlaku
curang juga.
Sedarilah bahawa amanah yang diberikan kepada kita semuanya akan
disoal dihadarat Allah swt di Padang Mahsyar. Amanah amanah
termasuklah amanah suami/isteri, ketua kampong/daerah, pemimpin
disetiap peringkat, ketua ketua jabatan, pemimpin masyarakat
dsbnya. Maksud firman firman Allah:-
"SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH KAMU SUPAYA MENYERAHKAN SEGALA JENIS
AMANAH KEPADA AHLINYA (yang berhak menerimanya), DAN APABILA
KAMU MENJALANKAN HUKUM DIANTARA MANUSIA, (Allah menyuruh) KAMU
MENGHUKUM DENGAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH DENGAN (suruhanNYA)
ITU MEMBERI PENGAJARAN YANG SEBAIKNYA KEPADA KAMU. SESUNGGUHNYA
ALLAH SENTIASA MENDENGAR, LAGI SENTIASA MELIHAT."
( An-Nisaa':58 )
"WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU
MENGKHIANATI (amanah) ALLAH DAN RASULNYA, DAN (janganlah)
KAMU MENGKHIANATI AMANAH AMANAH KAMU, SEDANG KAMU MENGETAHUI
(salahnya)." ( Al-Anfaal:27 )
0 Comments:
Post a Comment
<< Home