HADIS AKHIR ZAMAN 6 - GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Dari Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda: "SENTIASA DIKALANGAN KAMU ADA GOLONGAN YANG BERJAYA
(DALAM PERJUANGAN MEREKA), SEHINGGALAH SAMPAI SUATU SAAT YANG
DIKEHENDAKI OLEH ALLAH S.W.T. MEREKA SENTIASA BERJAYA."
( Riwayat Bukhari )
Keterangan
----------
Allah s.w.t. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir
sekali. Oleh itu Allah s.w.t. berjanji akan memelihara kitabnya
(al-Quran) sehingga sampai masa akhir wujudnya umat Islam. Maka
apabila umat Islam sudah pupus maka disaat itulah al-Quran akan
diangkat dari permukaan bumi ini. Kalau pun dihari ini ada
dikalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama
mereka, tapi masih ada golongan yang bersungguh untuk mempelajari
agama dan memperjuangkannya. Kalau pun banyak diantara umat Islam
yang telah hancur moral dan akhlaknya, tapi masih ada lagi
golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Dan kalau
pun syiar syiar Islam diinjak injak disebahagian tempat, ditempat
lain syiar syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Dan kalau pun
aktivis aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat,
tapi ditempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah
seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini
hinggalah sampai masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada
masa itu Allah akan mematikan semua orang orang Islam dengan
tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman. Dan yang
tinggal setelah itu hanyalah orang orang yang jahat atau orang
kafir. Maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.
Sesungguhnya beruntunglah umat Muhammad s.a.w., kerana jika
seseorang ingin membuat sesuatu untuk maslahat Islam atau juga
dirinya sendiri dan berdoa kepada Allah secara ikhlas dan tawaduk
berkenaan hajatnya, maka Allah akan memakbulkan doanya dan jika
ia tidak memperolehi hajatnya didunia, ia akan peroleh yang lebih
baik diakhirat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home