Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 7 - PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "UMAT KU AKAN DITIMPA PENYAKIT PENYAKIT YANG PERNAH
MENIMPA UMAT UMAT DAHULU." Sahabat bertanya; Apakah penyakit-
penyakit itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "PENYAKIT PENYAKIT ITU
IALAH: (1) TERLALU BANYAK SERONOK, (2) TERLALU MEWAH,
(3) MENGHIMPUN HARTA SEBANYAK MUNGKIN, (4) TIPU-MENIPU DALAM
MEREBUT HARTA BENDA DUNIA, (5) SALING MEMARAHI, (6) HASUT MENG-
HASUT SEHINGGA MENJADI ZALIM MENZALIMI."
( Riwayat Hakim )
Huraian
-------
Memang amat benarlah apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah
s.a.w, iaitu umatnya akan ditimpa penyakit penyakit umat umat
terdahulu.
Sekarang ini cubalah kita perhatikan pada sekitaran kita, rumah
tangga kita dan khususnya diri kita sendiri, jika tidak semua,
tapi hampir keseluruhan penyakit penyakit tersebut terdapat pada
diri diri kita.
Islam tidak melarang kita untuk kaya dan mewah, tetapi janganlah
dengan kekayaan dan kemewahan, kita lupa masjid masjid, majlis
majlis ilmu, membaca Al-Quran, tidak mengamalkan amal maaruf nahi
mungkar dsbnya.
Islam tidak melarang kita berseronok, tetapi bukan berseronok
sehingga lupa solat dan ibadat ibadat lain, serta mencampur aduk-
kan halal dan haram, berpesta pesta sepanjang tahun hingga lupa
halal dan haramnya, auratnya dsbnya.
Ramai dari kalangan kita suka tipu menipu antara satu sama lain
asalkan mendapat kekayaan sehingga terputus persahabatan, persau-
daraan dsbnya.
Kita juga sekarang ini amat cepat memarahi antara satu sama lain,
contoh; pekerja memarahi majikan, majikan memarahi pekerja, ibu
bapa marah anak, anak memarahi ibu bapa, imam dan ulama memarahi
jemaah kariah, jemaah kariah memarahi imam dan ulama dsbnya.
Hampir keseluruhan marah memarahi antara satu sama lain ini ada-
lah semata mata kerana kejahilan dan tidak mahu menuntut ilmu
serta mengamalkannya. Kita, khususnya masyarakat Melayu, suka
marah pada perkara dunia yang remeh temeh, soal peribadi, soal
cabang cabang, tetapi bukan pada tempat tempat yang perlu marah
dan sensitif seperti contoh; kita sepatutnya marah bila Islam
atau Rasulullah atau Allah dihina, Islam ditekan, umat Islam
dizalimi, hukum hukum Allah diperkecil-kecilkan dsbnya.
Paling popular dikalangan kita ialah suka hasut menghasut dalam
perkara perkara untuk kepentingan diri sendiri, kumpulan kumpulan
dan puak puak dsbnya. Kita sering hasut menghasut untuk seseorang
yang dibenci, walau pun orang itu berilmu, ulama dsbnya.
Menurut seorang ulama terkemuka dizaman lampau selepas zaman
Rasulullah, iaitu Ibrahim bin Adham; "Kita boleh buat maksiat,
jika kita boleh memenuhi 5 syarat berikut:-
1) jangan makan dan guna nikmat Allah serta menghirup udara Allah
2) jangan tinggal dibumi serta alam ciptaan Allah dan buatlah
alam sendiri.
3) jangan buat maksiat ditempat yang Allah boleh melihat kita.
4) bila malaikat maut datang, minta tempoh daripadanya.
5) bila malaikat nak bawa kita ke neraka, jangan turutinya."
Jika kita tidak boleh memenuhi syarat syarat diatas, tidak malu-
kah kita hendak buat maksiat dihadapan Allah dan para para
malaikatnya khususnya yang sedang berada dikanan dan kiri kita.
Renongkanlah maksud maksud dari ayat ayat Allah berikut sebagai
pedoman kita semua :-
"PADA HARI ITU, MANUSIA DIBERITAHU AKAN APA YANG IA TELAH
LAKUKAN, DAN APA YANG IA TELAH TINGGALKAN."
( Al-Qiaamah : 13 )
"BAHKAN MANUSIA ITU, (ANGGOTA-NYA) MENJADI
SAKSI TERHADAP DIRINYA SENDIRI." ( Al-Qiaamah : 14 )
"WALAUPUN IA MEMBERIKAN ALASAN-ALASANNYA
(UNTUK MEMBELA DIRI)." ( Al-Qiaamah : 15 )
"DAN DEMIKIANLAH KAMI ADAKAN DALAM TIAP TIAP NEGERI ORANG ORANG
BESAR YANG JAHAT SUPAYA MEREKA MELAKUKAN TIPU DAYA DI NEGERI
ITU, PADAHAL TIADALAH MEREKA MEMPERDAYAKAN SELAIN DARI DIRINYA
SENDIRI (KERANA MEREKALAH YANG AKAN MENERIMA AKIBATNYA YANG
BURUK), SEDANG MEREKA TIDAK MENYEDARINYA."
( Al-An'aam : 123 )
"SESUNGGUHNYA SYAITAN ADALAH MUSUH BAGI KAMU,
MAKA JADIKANLAH DIA MUSUH (YANG MESTI DIJAUHI TIPU DAYANYA);
SEBENARNYA DIA HANYALAH MENGAJAK GOLONGANNYA SUPAYA MENJADI
DARI PENDUDUK NERAKA."
( Faatir : 6 )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home