Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 12 - ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Daripada Aisyah r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw
bersabda; "TIDAK AKAN BERLAKU HARI QIAMAT SEHINGGA ANAK SESEORANG
MENJADI PUNCA KEMARAHAN (bagi ibubapanya) DAN HUJAN AKAN MENJADI
PANAS (hujan akan berkurangan dan cuaca akan menjadi panas) DAN
AKAN BERTAMBAH BANYAK ORANG YANG JAHAT DAN AKAN BERKURANGAN ORANG
YANG BAIK, DAN ANAK ANAK MENJADI BERANI MELAWAN ORANG ORANG TUA
DAN ORANG YANG JAHAT BERANI MELAWAN ORANG ORANG BAIK."
- ( Riwayat Thabrani )
Keterangan
----------
Nampak jelas sekali kebenaran dari sabda Rasulullah.
Perhatikanlah betapa ramainya anak anak sekarang yang mendurhakai
ibu bapa mereka dan menjadikan ramai dikalangan ibu bapa yang
berputus asa dan berada dalam keadaan tanpa hala tuju. Akhirnya
bertambahlah gejala sosial. Dimanakah silapnya ? adakah anak anak
semata-mata atau pun ibu bapa sahaja atau juga persekitaran yang
dipengaruhi oleh banyak unsur unsur lain termasuklah cara pendi-
dikan sekarang, terlalu banyak hiburan, kelab kelab malam,
karaoke yang bercambah dan juga program TV yang menghidangkan
terlalu banyak unsur unsur budaya budaya barat yang merosakkan.
Keadaan cuaca kita sekarang pun semakin hari semakin panas,
contohnya suhu purata di Malaysia pada tahun tahun 70an ialah
80 deg F tetapi ditahun 90an mulai meningkat ke 90 deg F. Cubalah
fikirkan hal ini, walau pun di konteks sains, kita boleh katakan
disebabkan lapisan ozon mulai menipis dan sebagainya.
Betapa benarnya sabda Rasulullah yang telah berlalu 1400 tahun
yang sudah dan betapa Maha Kuasa Allah yang menyempurnakan agenda
agendaNya.
Perhatikanlah juga bahawa dimasa kini orang orang yang baik baik
amatlah berkurangan, satu demi satu meninggalkan kita; masjid
masjid dan surau surau atau juga dimana program Islam diadakan,
kehadirannya amatlah sedih.
Bandingkanlah pula kalau konsert konsert atau pesta pesta
diadakan ramai sekali pengunjung pengunjungnya, sedangkan di
majlis majlis Islam, tiada bayaran dikenakan berbanding dengan
pertunjukan pertunjukan konsert dan pesta pesta yang kadangkala
bayaran tiket menjangkau ratusan ringgit, tetapi masih ramai
pengunjung.
Dalam hadis diatas juga Rasulullah menyatakan ramai anak anak
berani melawan orang orang tua tua dan yang jahat berani melawan
orang orang baik. Anak anak melawan orang orang tua mereka amat-
lah ramai sekali, sehinggakan ada yang sanggup istihar melawan
ibubapa mereka dikhalayak ramai dan pergi mahkamah.
Banyak perkara perkara yang baik yang dianjurkan oleh ulama ulama
banyak mendapat tentangan dari ramai orang disetiap lapisan
masyarakat dan orang orang yang menentang ini berani menentang
alim ulama malah suruhan Allah s.w.t.itu sendiri demi kepentingan
peribadi.
Perhatikanlah maksud maksud Firman Firman Allah swt berikut:-
"DAN TUHAN MU TELAH PERINTAHKAN, SUPAYA ENGKAU TIDAK MENYEMBAH
MELAINKAN KEPADANYA SEMATA-MATA, DAN HENDAKLAH ENGKAU BERBUAT
BAIK KEPADA IBU BAPA. JIKA SALAH SEORANG DARI KEDUANYA, ATAU
KEDUA-DUANYA SEKALI, SAMPAI KEPADA UMUR TUA DALAM JAGAAN DAN
PELIHARAANMU, MAKA JANGANLAH ENGKAU BERKATA KEPADA MEREKA
(sebarang perkataan kasar) SEKALI PUN PERKATAAN "HA", DAN JANGAN-
LAH ENGKAU MENENGKING MENYERGAH MEREKA, TETAPI KATAKANLAH KEPADA
MEREKA PERKATAAN YANG MULIA (yang bersopan santun)."
( Al-Israa': 23 )
"DAN TIDAK (dinamakan) KEHIDUPAN DUNIA MELAINKAN
PERMAINAN YANG SIA-SIA DAN HIBURAN YANG MELALAIKAN;
DAN DEMI SESUNGGUHNYA NEGERI AKHIRAT ITU LEBIH BAIK BAGI
ORANG ORANG YANG BERTAQWA. OLEH ITU, TIDAKKAH
KAMU MAHU BERFIKIR ?" ( Al-An'aam: 32 )
"DAN MEREKA (yang diredhai Allah itu ialah orang orang)
YANG TIDAK MENGHADIRI TEMPAT-TEMPAT MELAKUKAN PERKARA-
PERKARA YANG DILARANG, DAN APABILA MEREKA BERTEMBUNG
DENGAN SESUATU YANG SIA-SIA, MEREKA MELALUINYA DENGAN
CARA MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADANYA." ( Al-Furqaan: 72 )
"SESUNGGUHNYA BERJAYALAH ORANG YANG BERIMAN, IAITU
MEREKA YANG KHUSYUK DALAM SOLATNYA; DAN MEREKA YANG
MENJAUHKAN DIRI DARI PERBUATAN DAN PERKATAAN
YANG SIA-SIA." ( Al-Mu'minun:1-3 )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home