HADIS AKHIR ZAMAN 13 - ZAMAN YANG MERAGUT IMAN
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda;
"SELAGI AKAN DATANG SUATU MASA DIMANA ORANG YANG BERIMAN TIDAK
AKAN SELAMAT DENGAN IMANNYA, KECUALI ORANG YANG LARI MEMBAWA
IMANNYA DARI SUATU PUNCAK BUKIT KE PUNCAK BUKIT YANG LAIN, DARI
SUATU LUBANG KEPADA LUBANG YANG LAIN. MAKA APABILA ZAMAN ITU
TELAH TERJADI, SEGALA PENCARIAN (pendapatan kehidupan) TIDAK
DAPAT DICAPAI KECUALI DENGAN PERKARA YANG MEMBABITKAN KEMURKAAN
ALLAH SWT. MAKA APABILA INI TELAH TERJADI, KEBINASAAN SESEORANG
ADALAH BERPUNCA DARI MENEPATI KEHENDAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAK-
NYA. KALAU IA TIDAK MEMPUNYAI ISTERINYA DAN ANAK, MAKA KEBINASA-
ANNYA ADALAH BERPUNCA DARI MENEPATI KEHENDAK KEDUA ORANG TUANYA.
DAN JIKALAU ORANG TUANYA SUDAH TIADA LAGI, MAKA KEBINASAANNYA
ADALAH BERPUNCA DARI MENEPATI KEHENDAK KAUM KERABATNYA (adik
beradiknya sendiri) ATAU DARI MENEPATI KEHENDAK JIRANNYA."
Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw; apakah maksud perkataan
engkau itu" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau
anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya).
Nabi saw menjawab, "MEREKA AKAN MENCELANYA DAN MENGAIBKANNYA
DENGAN KESEMPITAN KEHIDUPANNYA. MAKA DARI KERANA ITU IA TERPAKSA
MELAYAN KEHENDAK MEREKA DENGAN MENCEBURKAN DIRINYA DI JURANG
JURANG KEBINASAAN YANG AKAN MENGHANCURKAN DIRINYA."
- ( Riwayat Baihaqi )
Keterangan
----------
Cubalah perhatikan dizaman kita ini sepertimana yang disabdakan
oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lampau bahawa iman seseorang
akan terancam disebabkan terlalu banyak maksiat disekeliling kita
Contoh ramai orang tidak tutup aurat, ramai peminum-peminum arak,
judi, bar, kelab kelab malam, pesta pesta dsbnya bercambah di-
merata tempat sehingga menjadi cubaan bagi orang orang beriman.
Dizaman ini juga kita dapati pendapatan yang diperolehi sedikit
sebanyak terlibat dengan perkara perkara yang haram, atau setidak
-nya perkara perkasa subahat.
Contohnya tempat tempat pekerjaan yang terlibat dengan riba, arak,
jualan jualan yang mempamerkan aurat wanita dsbnya.
Contoh contoh ini sebenarnya memang sedang terjadi ditempat
tempat pekerjaan kita. Soalnya adakah kita harus berdiam dan
berserah agar ada orang lain untuk mengubahnya, atau kita hanya
kata ini "darurat" tanpa berusaha untuk memperbaiki keadaan.
Istilah Darurat sebenarnya ialah setelah berusaha bersungguh-
sungguh dan jika masih tak terhasil atau tak mampu; ambillah
sekadar keperluan dan terus berusaha untuk mengubah keadaan
darurat ke keadaan selamat.
Kebinasaan juga akan menimpa kita jika kita menurut kehendak
kehendak orang orang disekeliling kita tanpa meletakkan batas
batas hukum syarak dihadapan, contohnya kita sanggup berhutang
dan terjebak dengan riba untuk memenuhi kehendak isteri/anak anak
atau sebagainya.
Tambah lagi dengan kemudahan kemudahan kad kad kredit, pinjaman
pinjaman, kita mudah membeli peralatan peralatan rumah seperti
hi-fi, TV, set perabut dengan melibatkan pinjaman riba.
Mungkin orang akan berkata dizaman global ini kita jangan cakap
hal hal riba, arak, aurat dsbnya.
Sebenarnya orang yang bercakap fasal globalisasi adalah orang
yang pendek akal dan mundur kebelakang. Islam mengajak kita ber-
fikir universal (A'Alamin) tidak terhad kepada dunia ini sahaja
dan berkaitan manusia semata-mata. Islam ajak kita berfikir
tentang seluruh alam sehingga ke alam Malaikat, Padang Mahsyar,
Sirat, Syurga dan Neraka, dosa dan pahala dan juga hingga ke
sifat-sifat Allah.
Maka marilah kita berfikir tentang ini sedalam-dalamnya secara
universal bukan global yang sempit.
Perhatikanlah maksud ayat ayat Allah berikut:-
"DAN PERINTAHKANLAH KELUARGA MU SERTA UMAT MU MENGERJAKAN
SEMBAHYANG, DAN HENDAKLAH ENGKAU TEKUN BERSABAR MENUNAIKANNYA.
KAMI TIDAK MEMINTA REZEKI KEPADA MU, (bahkan) KAMILAH YANG
MEMBERI REZEKI KEPADA MU. DAN (ingatlah) KESUDAHAN YANG BAIK
ADALAH BAGI ORANG ORANG YANG BERTAQWA." ( Taha : 132)
"ALLAH MEMEWAHKAN REZEKI BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA
DIANTARA HAMBA-HAMBANYA DAN MENYEMPITKAN (rezeki itu) BAGINYA;
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN TIAP TIAP SESUATU."
( Al-Ankabut : 62 )
"TIAP TIAP DIRI AKAN MERASAI MATI, DAN KAMI MENGUJI KAMU DENGAN
KESUSAHAN DAN KESENANGAN SEBAGAI CUBAAN; DAN KEPADA KAMILAH
KAMU SEMUA AKAN DIKEMBALIKAN." ( Al-Anbiyaa' : 35)
"(Yang demikian) KERANA ALLAH HENDAK MENJADIKAN HASUTAN SYAITAN
ITU SEBAGAI SATU FITNAH CUBAAN BAGI ORANG ORANG YANG ADA
PENYAKIT KUFUR INGKAR DALAM HATI MEREKA, DAN YANG HATINYA KERAS
MEMBATU; DAN SESUNGGUHNYA MEREKA YANG ZALIM ITU SENTIASA BERADA
DALAM PERTENTANGAN YANG JAUH DARI KEBENARAN. ( Al-Hajj : 53 )
0 Comments:
Post a Comment
<< Home