Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 14 - DI ANTARA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda;
"ADA DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA YANG BELUM
LAGI AKU LIHAT. PERTAMA, GOLONGAN (Penguasa) YANG MEMPUNYAI
CEMETI-CEMETI BAGAIKAN EKOR LEMBU YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMUKUL
ORANG. KEDUA, PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG,
BERLENGGANG-LENGGOK WAKTU BERJALAN, MENGHAYUN-HAYUN BAHU. KEPALA
MEREKA (sanggul di atas kepala mereka) BAGAIKAN GOMBOL (goh)
UNTA YANG SENGET. KEDUA-DUA GOLONGAN INI TIDAK AKAN MASUK
SYURGA DAN TIDAK AKAN DAPAT MENCIUM BAU WANGINYA. SESUNGGUHNYA
BAU WANGI SYURGA ITU SUDAH TERCIUM DARI PERJALANAN YANG SANGAT
JAUH DARIPADANYA."
- ( Riwayat Muslim )
Keterangan
----------
Dari maksud hadis di atas Rasulullah telah bersabda akan ada 2
golongan yang pasti menjadi ahli neraka yang Rasulullah sendiri
belum melihat.
Golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah saw ialah:-
1) Pemerintah yang zalim
2) Golongan golongan wanita yang tidak tutup aurat.
PEMERINTAH YANG ZALIM
Rasulullah saw gambarkan kepada kita Penguasa yang memukul orang
ramai dengan cemeti cemeti bagaikan ekor lembu/sapi - ialah
pemerintah yang menzalimi rakyat dengan cara yang begitu kejam.
Secara ringkas apa yang di ertikan dengan pemimpin yang zalim
ialah: (beberapa ciri asas);
(i) tidak memerintah mengikut syariat Islam sepertimana yang
dituntut oleh Allah dan RasulNya yang tercatat dalam
Al-Quran dan Sunnah.
(ii) Tidak amanah
(iii) hanya semata-mata menitikberatkan pembangunan jasmani/
fizikal bukan hal hal rohani dan keagamaan.
(iv) ujub, riak, takabur dan sombong
(v) berdusta kepada rakyat
(vi) kepentingan diri diutamakan
(vii) mengaut keuntungan negara untuk kepentingan diri dan
keluarganya dan kumpulannya sendiri
Secara ringkas terdapat beberapa ciri tentang peribadi pemimpin
Islam:-
i) berusaha mendidik dan memimpin pengikutnya menuju
kebahagiaan dunia dan akhirat.
ii) bertaqwa dan beramal soleh.
iii) baik akhlak
iv) taraf hidupnya tidak banyak beza dengan rakyat.
v) dunia pemimpin bukan di istana dan jauh dari rakyat tetapi
mestilah ditengah tengah rakyat.
vi) bagaikan seorang ayah kepada anaknya iaitu dengan rasa
kasih sayang dan lemah lembut dan mesra.
vii) Kepimpinannya bukan hanya pada perkara perkara rasmi semata
mata tetapi hendaklah pergaulan yang mesra. Tidak salahkan
rakyat jika timbul masaalah dan selalu harapkan pertolongan
Allah.
viii) Matlamat utama ialah untuk menegakkan hukum hukum Allah dan
mencari keredhaanNya.
ix) perkara yang dititikberatkan bukan semata tentang soal soal
pembangunan duniawi sahaja tetapi lebih ditekankan tentang
soal soal akhirat.
x) mengambil berat akan masaalah rakyat dan bukan membenci dan
memarahi rakyat jika terdapat sebarang kesulitan dan
masaalah.
xi) pemimpin Islam mudah di ziarah dan sering menziarah.
Jadi persoalannya kita sebagai pengikut wajiblah membuat pilihan
yang tepat dalam sesuatu pemilihan tampok pemerintah tidak kira
pemerintah peringkat mana sekalipun.
Kerana kita akan dipersoalkan tentang pemilihan kita, jika
pemilihan kita adalah orang yang zalim, maka akibatnya keburukan-
lah kita perolehi didunia ini dan lebih lebih lagi di akhirat.
Dalam surah Al-Maaidah ayat 2, Allah menerangkan:-
"DAN TOLONG MENOLONG ENGKAU SEMUA ATAS KEBAIKAN DAN KETAQWAAN,
DAN JANGANLAH KAMU TOLONG MENOLONG PADA MELAKUKAN DOSA (maksiat)
DAN PENCEROBOHAN." ( Al-Maaidah : 2 )
GOLONGAN WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT
Sudah banyak amaran amaran yang telah kita baca, iaitu wanita
wanita yang menampakkan auratnya, maka Allah akan mengazabkannya
dengan azab yang pedih di akhirat kelak.
Sebenarnya wanita wanita yang tidak tutup aurat, ia akan memuda-
ratkan walinya iaitu suami atau ayah/penjaganya kerana betapa pun
alim dan beramal soleh suami/ayah/penjaganya, jika wanita yang
dibawah jagaannya tidak menutup aurat dan tiada teguran yang
dibuat, maka dihari akhirat kelak jika sekalipun sisuami/ayah/
penjaganya akan masuk syurga, wanita tersebut akan mendakwa
dihadapan Allah yang beliau tidak diteguri, maka sisuami/ayah/
penjaganya itu akan dihumbankan Allah ke neraka.
Oleh itu jika wanita wanita Islam yang sayang dan cintai dirinya,
suaminya, ayahnya atau pun penjaganya, maka tutuplah aurat dan
bersopanlah.
Perhatikanlah maksud ayat ayat Allah berikut:-
"(Ingatlah) HARI KAMI MENYERU TIAP TIAP KUMPULAN MANUSIA DENGAN
NAMA IMAMNYA (Pemimpinnya): KEMUDIAN SESIAPA YANG DIBERIKAN
KITABNYA DI TANGAN KANANNYA, MAKA MEREKA ITU AKAN MEMBACANYA
(dengan sukacita); DAN MEREKA TIDAK DIKURANGKAN (pahala amal
amalnya yang baik) SEDIKIT PUN." ( Al-Israa' : 71 )
"WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN ! JANGANLAH MENJADIKAN BAPA BAPA
KAMU DAN SAUDARA SAUDARA KAMU SEBAGAI ORANG YANG DI DAMPINGI
(Pemimpin) JIKA MEREKA MEMILIH KUFUR DENGAN MENINGGALKAN IMAN;
DAN SESIAPA DI ANTARA KAMU YANG MENJADIKAN MEREKA ORANG ORANG
YANG DI DAMPINGI (Pemimpin), MAKA MEREKALAH ORANG ORANG YANG
ZALIM." ( At-Taubah : 23 )
"DAN KATAKANLAH KEPADA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN SUPAYA
MENYEKAT PANDANGAN MEREKA (daripada memandang yang haram), DAN
MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA;DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN
PERHIASAN TUBUH MEREKA KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA; DAN
HENDAKLAH MEREKA MENUTUP BELAHAN LEHER BAJUNYA DENGAN TUDUNG
KEPALA MEREKA; DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN
TUBUH MEREKA MELAINKAN KEPADA SUAMI MEREKA, ATAU BAPA MEREKA,
ATAU BAPA MERTUA MEREKA, ATAU ANAK ANAK MEREKA, ATAU ANAK ANAK
TIRI MEREKA, ATAU SAUDARA SAUDARA MEREKA, ATAU ANAK BAGI SAUDARA
SAUDARA MEREKA YANG LELAKI, ATAU ANAK DARI SAUDARA SAUDARA
MEREKA YANG PEREMPUAN,ATAU PEREMPUAN PEREMPUAN ISLAM, ATAU HAMBA
HAMBA MEREKA, ATAU ORANG GAJI DARI ORANG ORANG LELAKI YANG TELAH
TUA DAN TIDAK BERKEINGINAN KEPADA PEREMPUAN, ATAU KANAK KANAK
YANG BELUM MENGERTI LAGI TENTANG AURAT PEREMPUAN; DAN JANGANLAH
MEREKA MENGHENTAKKAN KAKI UNTUK DIKETAHUI ORANG AKAN APA YANG
TERSEMBUNYI DARI PERHIASAN MEREKA; DAN BERTAUBATLAH KAMU
SEKELIAN KEPADA ALLAH, WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN, SUPAYA
KAMU BERJAYA." ( An-Nur : 31 )
"WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN ! PELIHARALAH DIRI KAMU DAN
KELUARGA KAMU DARI NERAKA YANG BAHAN-BAHAN BAKARANNYA: MANUSIA
DAN BATU (berhala); NERAKA ITU DIJAGA DAN DIKAWAL OLEH MALAIKAT
MALAIKAT YANG KERAS KASAR (layanannya); MEREKA TIDAK MENDERHAKA
KEPADA ALLAH DALAM SEGALA YANG DIPERINTAHKANNYA KEPADA MEREKA,
DAN MEREKA PULA TETAP MELAKUKAN SEGALA YANG DIPERINTAHKAN."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home