HADIS AKHIR ZAMAN 15 - ZAMAN DI MANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"AKAN DATANG SUATU ZAMAN SESEORANG TIDAK MEMPERDULIKAN DARI MANA
IA MENDAPATKAN HARTA, APAKAH DARI SUMBER YANG HALAL ATAU PUN
YANG HARAM."
- ( Riwayat Nasaai )
Keterangan
----------
Dizaman yang penuh mencabar ini sudah ramai dikalangan kita
sudah tidak pedulikan halalnya atau haramnya segala perbuatan
atau pekerjaannya.
Kalau dizaman Rasulullah s.a.w., sahabat sahabatnya akan bertanya-
kan kepada Baginda sebelum melakukan sesuatu. Olih itu bila
perkara tersebut dikatakan haram olih Rasulullah, lalu dengan
senang hati sahabat yang bertanya akan meninggalkannya. Tetapi
dizaman ini, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dahulu dengan
kemungkinan dengan perbelanjaan yang besar, olih itu bila ada
pihak atau ulama mengatakannya haram, maka orang tersebut akan
mati-matian mempertahankan perbuatannya. Sesuatu pendapatan itu
dikira haram apabila ia terlibat dengan perbuatan atau benda atau
tempat yang haram.
Contoh-contoh pendapatan dari perkara perkara yang haram ialah:-
1) Arak/Dadah - segala-gala yang terlibat seperti menjual,
membeli, menghadiah, promoter jualan, hasil
pengiklanan dsb.
2) Judi/
Bertaruh
3) Rasuah.
4) Tidak bekerja dalam waktu kerja.
5) Tuntutan lebih masa yang disalahgunakan.
Berikut adalah kaedah Feqah yang dipetik dari buku Halal & Haram
dalam Islam - Shekh Yusuf Qardhawi.
1. Asal tiap tiap sesuatu adalah Mubah (Harus).
2. Menentukan Halal-Haram adalah semata-mata hak Allah swt.
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama
dengan syirik.
4. Mengharamkan yang halal akan mengakibatkan timbulnya kejahatan
dan bahaya.
5. Setiap yang halal tidak memerlukan yang haram.
6. Apa saja yang membawa kepada haram adalah haram.
7. Bersiasat terhadap hal yang haram, hukumnya adalah haram.
8. Niat baik tidak dapat melepaskan yang haram.
9. Menjauhkan diri dari syubhat kerana takut terlibat dalam haram.
10.Sesuatu yang haram adalah haram untuk semua orang.
11.Keadaan terpaksa (darurat) membolehkan yang terlarang.
Nota: Kerana kesempitan ruang, ciri-ciri diatas untuk menghuraikan
satu persatu, amatlah diharap saudara saudara pembaca
rujuklah kepada Ustaz-Ustaz dan Imam Imam di Masjid Masjid/
Surau Surau tuan tuan/puan puan.
Perhatikan maksud maksud dari Firman Allah dan Hadis Nabi s.a.w.
berikut sebagai pedoman :-
1) SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEWAJIBKAN BEBERAPA KEWAJIPAN, MAKA
JANGAN KAMU SIA-SIAKAN DIA, DAN ALLAH TELAH MEMBERIKAN
BEBERAPA BATAS, MAKA JANGAN KAMU LANGGAR DIA, DAN ALLAH TELAH
MENGHARAMKAN SESUATU, MAKA JANGAN KAMU PERTENGKARKAN DIA, DAN
ALLAH TELAH MENDIAMKAN BEBERAPA HAL SEBAGAI TANDA KASIHNYA
KEPADA KAMU, DIA TIDAK LUPA, MAKA JANGAN KAMU PERBINCANGKAN
DIA. - Riwayat Daraquthni,
dihasankan olih An-Nawawi
2) DAGING YANG TUMBUH DARI HASIL YANG HARAM MAKA NERAKALAH
LAYAK BAGINYA.
- Riwayat Bukhari & Muslim
" KATAKANLAH: SIAPAKAH YANG BERANI MENGHARAMKAN PERHIASAN ALLAH
YANG TELAH DIKELUARKAN UNTUK HAMBANYA DAN REZEKI-REZEKI YANG
BAIK ITU?" ( Al-A'raf : 32)
"KATAKANLAH ! TUHANKU HANYA MENGHARAMKAN YANG JELEK, BAIK YANG
NAMPAK ATAU PUN YANG TERSEMBUNYI, DAN DOSA, DAN KEJAHATAN YANG
TIDAK BENAR, DAN KAMU MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SUATU YANG ALLAH
SAMA SEKALI TIDAK MENURUNKAN HUJJAH, DAN KAMU MENGATAKAN ATAS
(NAMA) ALLAH SESUATU YANG KAMU TIDAK TAHU."
( Al-A'raf : 33 )
"BELUM TAHUKAH KAMU, BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MUDAHKAN
UNTUK KAMU APA-APA YANG ADA DI LANGIT DAN APA-APA YANG ADA
DI BUMI; DAN IA TELAH SEMPURNAKAN BUAT KAMU NIKMAT-NIKMATNYA
YANG NAMPAK MAHU PUN YANG TIDAK NAMPAK."
( Luqman : 20 )
0 Comments:
Post a Comment
<< Home