Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 16 - HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"AKAN TIBA SUATU ZAMAN, TIDAK ADA SEORANG JUGA PUN KECUALI IA
TERLIBAT DALAM MEMAKAN HARTA RIBA. KALAU IA TIDAK MEMAKAN
SECARA LANGSUNG, IA AKAN TERKENA JUGA DEBU DEBU-NYA."
- ( Riwayat Ibnu Majah )
Keterangan
----------
Memang tepat sekali bagi Rasulullah saw yang bersabda seperti
di atas, walau pun sabdaan Baginda sudah pun menjangkau lebih
dari 1400 tahun yang lampau.
Kita semua sedia maklum, bahawa segala segala yang berkaitan
dengan riba adalah haram hukumnya dan olih itu tidak perlulah
dihuraikan tentang hukumnya lagi.
Tetapi persoalannya, dizaman ini tidak sesiapa pun yang akan
terlepas dari cengkaman riba. Setidak-tidaknya terkena juga
debu-debunya sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas.
Didalam sebuah lagi Hadis, Rasulullah saw bersabda dengan
maksudnya:-
"APABILA RIBA DAN ZINA SUDAH MERATA DISUATU DAERAH MAKA MEREKA
AKAN MENGHALALKAN DIRINYA UNTUK MENDAPAT SIKSAAN ALLAH."
- ( Riwayat Hakim & juga Abu Ya'la
dengan sanad yang baik )
Jadi bagi kita, sedaya upayanya perlulah elakkan diri dari
mengamalkan berhutang cara riba seperti contohnya:-
1) Jangan ada baki pembayaran bagi kad kredit.
2) Jangan berhutang untuk membeli perabut/peralatan rumah yang
bukan keperluan terdesak (bukan keperluan asas).
3) Berhutang untuk bercuti.
4) Berhutang untuk buat kenduri besar-besaran (khususnya kenduri
kahwin).
Oleh itu tanyalah kepada diri kita masing masing, apakah langkah-
langkah kita untuk keluarkan diri, keluarga, masyarakat dan
negara ini dari cengkaman riba yang bahang bahayanya amatlah
besar sehinggakan Allah swt telah istiharkan perang kepada
pengamal pengamal riba.
Melalui amalan amalan ribalah pihak orientalis, capitalis dan
yahudi memperalatkan dan memperbodohkan umat umat/negara negara
umat Islam.
Usaha usaha kita untuk elakkan amalan riba mungkin nampak kecil
tetapi jika semua bersatu, implikasinya insyaAllah besar dan yang
lebih utama, kita dijauhkan dari azab Allah dunia dan lebih lebih
lagi akhirat.
Ambillah iktibar dari maksud maksud Ayat Ayat amaran dari Allah
swt :-
"ORANG-ORANG YANG MEMAKAN (mengambil) RIBA ITU TIDAK DAPAT
BERDIRI BETUL MELAINKAN SEPERTI BERDIRINYA ORANG YANG DIRASUK
SYAITAN DENGAN TERHOYONG-HAYANG KERANA SENTUHAN (syaitan) ITU.
YANG DEMIKIAN IALAH DISEBABKAN MEREKA MENGATAKAN: "Bahawa
sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba." PADA
HAL ALLAH TELAH MENGHALALKAN BERJUAL BELI (berniaga) DAN MENG-
HARAMKAN RIBA. OLEH ITU SESIAPA YANG TELAH SAMPAI KEPADANYA
PERINGATAN (larangan) DARI TUHANNYA LALU IA BERHENTI (dari
mengambil riba), MAKA APA YANG TELAH DIAMBILNYA DAHULU (sebelum
pengharaman itu) ADALAH MENJADI HAKNYA, DAN PERKARANYA TERSERAH-
LAH KEPADA ALLAH. DAN SESIAPA YANG MENGULANGI LAGI (perbuatan
mengambil riba itu) MAKA MEREKA ITULAH AHLI NERAKA, MEREKA KEKAL
DI DALAMNYA." ( Al-Baqarah : 275 )
"ALLAH SUSUTKAN (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil)
RIBA, DAN IA PULA MENGEMBANGKAN (berkat harta yang dikeluarkan)
SEDEKAH-SEDEKAH DAN ZAKATNYA. DAN ALLAH TIDAK SUKA KEPADA TIAP
TIAP ORANG YANG KEKAL TERUS DALAM KEKUFURAN, DAN SELALU MELAKU-
KAN DOSA." ( Al-Baqarah : 276 )
"WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN ! BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH
DAN TINGGALKANLAH (jangan menuntut lagi) SAKI BAKI RIBA (yang
masih ada pada orang yang berhutang) ITU, JIKA BENAR KAMU ORANG
ORANG YANG BERIMAN. ( Al-Baqarah : 278 )
"OLEH ITU, KALAU KAMU TIDAK JUGA MELAKUKAN (perintah mengenai
larangan riba itu), MAKA KETAHUILAH KAMU; AKAN ADANYA PEPERANGAN
DARI ALLAH DAN RASULNYA, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).
DAN JIKA KAMU BERTAUBAT, MAKA HAK KAMU (yang sebenarnya) IALAH
POKOK ASAL HARTA KAMU. (Dengan yang demikian) KAMU TIDAK BERLAKU
ZALIM KEPADA SESIAPA, DAN KAMU JUGA TIDAK DIZALIMI OLEH
SESIAPA." ( Al-Baqarah : 279 )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home