Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 17 - ORANG MEMINUM KHAMAR (ARAK) DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR

Daripada Abu Malik Al-Ans'ari r.a. Bahawasanya ia mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda; "SESUNGGUHNYA ADA SEBAHAGIAN DARI
UMAT KU YANG AKAN MEMINUM KHAMAR, DAN MEREKA MENAMAKANNYA DENGAN
NAMA YANG LAIN DAN SAMBIL DIALUNKAN KEPADA MEREKA BUNYI MUZIK
DAN SUARA ARTIS-ARTIS. ALLAH SWT AKAN MENENGGELAMKAN MEREKA
KE DALAM BUMI (dengan gempa) DAN ALLAH SWT AKAN MEROBAH MEREKA
MENJADI KERA ATAU BABI." - (H.R. Abu Daud Ibnu Majah)
Keterangan
----------
Khamar (arak) adalah suatu jenis minuman yang diharamkan oleh
Allah swt. Khamar adalah sebenarnya najis yang perlu dihindari
oleh setiap insan yang waras fikirannya. Setiap yang bernajis
wajiblah dibuangkan sejauh-jauhnya samalah juga seperti najis
najis lain.
Oleh itu hanya golongan golongan yang tidak bermoral dan tidak
waras sahaja yang sanggup memasukkan najis kedalam mulutnya.
Sesungguhnya dalam hadis diatas, golongan golongan arak ini akan
ditenggelamkan ke dalam bumi dan merobah mereka menjadi kera atau
babi.
Tidakkah mereka mereka mahu sedar bahawa Allah samakan mereka
seperti kera atau babi. Ketahuilah babi adalah seburuk buruk
haiwan di muka bumi ini. Jadi sanggupkah kita diwajahkan muka
kita jadi babi ?
Dizaman ini ada pula golongan yang cuba menipu dengan menukar
nama nama arak dengan nama nama yang lain yang tujuannya untuk
menghalalkan yang haram, tetapi sesungguhnya ia hanya menipu
diri sendiri dan di akhirat kelak ia akan tergolong dalam
golongan orang orang yang rugi.
Maksud Hadis Rasulullah saw :
"SEMUA YANG MEMABUKKAN BERERTI ARAK DAN SETIAP ARAK ADALAH
HARAM." - ( Riwayat Muslim )
Dalam hadis hadis berikut pula Rasulullah melaknat bukan sekadar
peminum peminum arak tetapi juga orang yang bersangkutan dengan
arak; iaitu juga bererti orang yang mengarah supaya arak dijual,
dipasar dsbnya.
Setiap orang orang yang berkuasa tentang arak, ia bertanggung
jawab penuh tentang setiap yang dibawah jagaannya.
Maksud Hadis :-
"RASULULLAH SAW MELAKNAT TENTANG ARAK, SEPULUH GOLONGAN;
1) YANG MEMERAHNYA
2) YANG MEMINTA DIPERAHKANNYA
3) YANG MEMINUMNYA
4) YANG MEMBAWANYA
5) YANG MINTA DIHANTARINYA
6) YANG MENUANGKANNYA
7) YANG MENJUALNYA
8) YANG MAKAN HARGANYA
9) YANG MEMBELINYA
10) YANG MINTA DIBELIKANNYA."
- ( Riwayat Termizi dan Ibnu Majah )
Arak adalah begitu najis sehinggakan kita dilarang duduk bersama
sama dengan orang yang meminumnya.
Maksud Hadis :-
"BARANGSIAPA BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, MAKA
JANGANLAH DUDUK PADA SUATU HIDANGAN YANG PADANYA DI EDARKAN
ARAK." - ( Riwayat Ahmad )
Hanya yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat sahaja yang
sanggup jauhi arak dan majlis majlis arak; jadi dengan mendalami
maksud Hadis tersebut, orang orang yang meminum arak sebenarnya
tidak beriman (percaya) kepada Allah dan tidak beriman (percaya)
akan adanya hari akhirat. Betapa jahilnya golongan golongan
ini !
Perhatikanlah juga maksud maksud Ayat Ayat Allah berikut dengan
perhatian yang teliti :-
"JANGAN KAMU MENCAMPAKKAN DIRI DIRI KAMU KEPADA
KEBINASAAN." - ( Al-Baqarah : 195 )
"HAI ORANG ORANG YANG BERIMAN ! SESUNGGUHNYA ARAK, JUDI, BERHALA,
DAN UNDIAN ADALAH KOTOR DARI PERBUATAN SYAITAN: OLEH KERANA ITU
JAUHILAH DIA SUPAYA KAMU BAHAGIA. SYAITAN HANYA BERMAKSUD
UNTUK MENDATANGKAN PERMUSUHAN DAN MENGHALANG KAMU DARIPADA
INGAT KEPADA ALLAH DAN SEMBAHYANG. APAKAH KAMU TIDAK MAHU
BERHENTI ?" - ( Al-Maidah : 90-91 )
Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home