Thursday, September 29, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 18 - SEDIKIT LAKI-LAKI DAN BANYAK PEREMPUANAN

Daripada Anas r.a. berkata; "Akan aku ceritakan kepada kamu
sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya
setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; "DI ANTARA
TANDA QIAMAT, SEDIKIT ILMU, BANYAK KEJAHILAN, BERLAKU BANYAK
PERZINAAN, BANYAK JUMLAH KAUM PEREMPUAN DAN SEDIKIT JUMLAH KAUM
LELAKI, SEHINGGA NANTINYA SEORANG LELAKI AKAN MENGURUS LIMA PULUH
ORANG PEREMPUAN." - ( H.R. Bukhari Muslim )
Keterangan
==========
1) Sedikit Ilmu banyak kejahilan
-----------------------------
Rasulullah saw menyatakan bahawa satu dari tanda qiamat
ialah Allah swt mengangkat ke langit segala ilmu dengan
matinya ulama yang soleh.
Ulama bukanlah semata-mata ahli ilmu, tetapi di samping
menguasai ilmu ilmu yang membawa manusia ke arah taqwa,
mereka juga mengamalkan ilmunya sehingga terbina sifat sifat
taqwa.
Apabila mati ulama bertaqwa itu, bererti terangkat ilmu
disebabkan Allah swt tidak mendatangkan penggantinya.
2) Berlaku banyak perzinaan
------------------------
Di akhir akhir ini kita sering mendengar dan melihat melalui
media media cetak dan elektronik dimana berlakunya pembuangan
bayi bayi di longkang longkang atau pun tempat tempat
pembuangan sampah.
Demikianlah akhirat itu ketibaannya akan didahului oleh
beberapa alamat dan tanda-tandanya. Sekiranya dengan tanda
tanda qiamat itu manusia tidak peka, bererti mereka tidak
mempunyai keyakinan terhadap akhirat yang pasti tiba.
Firman Allah swt bermaksud:
"DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU
ADALAH SATU PERBUATAN YANG KEJI DAN SATU JALAN YANG JAHAT
(yang membawa kerosakan)." - ( Al-Israa' : 32 )
"DAN JUGA MEREKA YANG TIDAK MENYEMBAH SESUATU YANG LAIN BERSAMA
SAMA ALLAH, DAN TIDAK MEMBUNUH JIWA YANG DIHARAMKAN ALLAH
MEMBUNUHNYA, KECUALI DENGAN JALAN YANG HAK (YANG DIBENARKAN
OLEH SYARA'), DAN TIDAK PULA BERZINA; DAN SESIAPA MELAKUKAN
YANG DEMIKIAN, AKAN MENDAPAT BALASAN DOSANYA.
AKAN DIGANDAKAN BAGINYA AZAB SEKSA PADA HARI KIAMAT, DAN IA
PULA AKAN KEKAL DI DALAM AZAB ITU DENGAN MENERIMA KEHINAAN."
- ( Al-Furqaan : 68-69)
"PEREMPUAN YANG BERZINA DAN LELAKI YANG BERZINA, HENDAKLAH
KAMU SEBAT TIAP TIAP SEORANG DARI KEDUANYA SERATUS KALI SEBAT;
DAN JANGANLAH KAMU DIPENGARUHI OLEH PERASAAN BELAS KASIHAN
TERHADAP KEDUANYA DALAM MENJALANKAN HUKUM UGAMA ALLAH, JIKA
BENAR KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT; DAN HENDAK-
LAH DISAKSIKAN HUKUMAN SEKSA YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA
ITU OLEH SEKUMPULAN DARI ORANG ORANG YANG BERIMAN."
- (An-Nur : 2 )
3) Banyak Perempuan Sedikit Lelaki
-------------------------------
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah
kaum perempuan adalah lebih banyak dari jumlah kaum lelaki.
Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki
berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita melihat
di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa
perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab jumlah perempuan lebih banyak dari
kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana
banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki bukan
perempuan....dan juga Allah swt menghendaki kebanyakan yang lahir
di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan
lelaki.
Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home