HADIS AKHIR ZAMAN 19 - HAMBA SAHAYA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN MENCAKAR LANGIT
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang
panjang) .... Kemudian Jibrail berkata kepada Rasulullah saw;
"Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat ?". Lalu Nabi saw
menjawab... "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada
orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu
cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", Maka Nabi saw menjawab,
"BAHAWA HAMBA SAHAYA AKAN MELAHIRKAN TUANNYA DAN ENGKAU MELIHAT
ORANG BERJALAN TANPA KASUT DAN ORANG YANG BERTELANJANG LAGI
MISKIN DAN HANYA MENGEMBALA KAMBING ITU BERLUMBA-LUMBA UNTUK
MEMBUAT BINAAN."
- ( Riwayat Muslim )
Keterangannya
-------------
Hari Qiamat sebagaimana yang disebutkan oleh Jibrail dalam
pertanyaan kepada Rasul ialah satu hari yang pasti datang. Hanya
waktu tidak diketahui oleh sesiapa pun sehingga Rasul sendiri
tidak mengetahuinya, sebagaimana dalam hadis di atas.
Hari Qiamat ialah hari yang Allah saja mengetahuinya waktunya
dan Ia yang menentukannya. Tidak ada ilmu pengetahuan yang dapat
digunakan untuk mengetahuinya, kecuali Allah sahaja.
Allah telah berfirman (yang bermaksud):
"MEREKA AKAN BERTANYA KEPADA ENGKAU TENTANG HARI QIAMAT. BILAKAH
DATANGNYA ? Katakanlah: HANYA PENGETAHUAN MENGENAINYA (adalah)
DI SISI TUHAN KU, TIDAK ADA YANG DAPAT MENERANGKAN DIA PADA WAKTU
-NYA KECUALI IA (ALLAH). BESAR (URUSANNYA) PADA LANGIT DAN BUMI.
IA TIADA DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN DENGAN TIBA TIBA. MEREKA
AKAN BERTANYA KEPADA ENGKAU (DARI HAL ITU) SEOLAH-OLAH ENGKAU TAHU
AKAN DIA. Katakanlah: HANYA PENGETAHUAN DI SISI ALLAH. TETAPI,
KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI."
Kesimpulan
==========
Tidaklah ada orang yang mengetahui waktu kedatangan Hari Qiamat.
Sebab itu jika ada orang yang mengira bahawa umur dunia hanya 70
ribu tahun sahaja lagi, kemudian qiamat atau qiamat itu akan
berlaku pada tahun sekian, tidaklah boleh dipercayai sama sekali.
Hari Qiamat tidak diketahui bila datangnya walaupun ia pasti tibe.
Tetapi tanda-tandanya telah pun ada menurut sebagaimana yang
dikatakan Rasul dalam jawapan kepada Jibrail iaitu:-
"Bila hamba sudah melahirkan tuan."
Maksudnya banyak hamba sahaya. Kemudian hamba itu digauli oleh
tuannya dan melahirkan anak. Maka anak itu berpangkat ayahnya,
iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri.
Kalau kita lihat di hari ini, ramai di kalangan kita yang emak
menjaga anak kepada anaknya (cucu) dan sebagainya sedangkan
menjaga ibubapa adalah tanggungjawab anaknya.
Banyak terjadi kerosakan dan kekacauan dan banyak berlaku
kedurhakaan terhadap ibubapa. Ada jua sebahagian yang memberi
pandangan bahawa contoh ini juga sebagai simbolik, di mana hamba
menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah
terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya
jahat dikatakan baik.
Di dalam hadith lain Nabi saw. bersabda yang bermaksud:-
i) "Adalah di hadapan Hari Qiamat beberapa fitnah seperti
tompok-tompok malam yang gelap gelita. Seorang lelaki beriman
pada paginya dan kafir petangnya, dan seorang lelaki beriman
pada petangnya dan kefir pada paginya dan ada beberapa kaum
yang menjual agama mereka dengan harta benda dunia".
ii) "Tidak berdiri )datang) Hati Qiamat sehingga berdekatan zaman
(masa) setahun (rasa) seperti sebulan, dan sebulan seperti
satu Jumaat (seminggu) dan satu Jumaat seperti satu hari dan
satu hari seperti satu saah (satu jam) dan satu saah sperti
sekali nyalaan daripada api".
Dikehendaki dengan yang kedua ialah orang-orang miskin sengsara
yang dahulunya tidak pernah berpakaian dan berkasut, sekarang
telah dapat menegakkan binaan dan gedung-gedung yang tinggi dan
indah permai serta mendiaminya dengan kemegahan. Dan telah
memiliki pula segala kekayaan dunia dengan kebanggaannya.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home