Friday, September 30, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 20 - AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA' YANG FASIK

Daripada Anas r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w.:
" SELAGI AKAN ADA DI AKHIR ZAMAN AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN
ULAMA YANG FASIQ. "
- ( Hadis Riwayat Ibnu Ady )
Keterangan
----------
Nabi s.a.w. menerangkan pada akhir zaman nanti akan ada dua
golongan ini, iaitu ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada
pula orang alim yang fasik.
Ini bersesuaian dengan firman Allah swt didalam Al-Quran, yang
bermaksud:-
"WAHAI SEKELIAN MANUSIA, SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR (HAK)
MAKA JANGANLAH SAMPAI KAMU TERPEDAYA OLEH KEHIDUPAN DUNIA, DAN
JANGAN PULA KAMU DIPERDAYA TERHADAP ALLAH OLEH PARA PENDAYA
(syaitan). - ( Al-Fathir : 5 )

Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
"ORANG YANG LUHUR IALAH ORANG YANG DAPAT MENGUASAI HAWA NAFSUNYA
DAN BERAMAL UNTUK BEKALAN SESUDAH MATI. DAN ORANG YANG MALAS
IALAH ORANG YANG MENURUTKAN HAWA NAFSUNYA DAN BERCITA CITA
KOSONG TERHADAP TUHAN."
Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesat
-kan manusia. Dari kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang
berlainan kepada orang orang yang berlainan pula.
Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin beribadat,
kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima
di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin
mengaji/belajar kerana bila ia mengaji/belajar ia akan memperbaiki
ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah s.w.t.,
yang bererti kekalahan dipihak syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
"MENGHADIRKAN DIRI DALAM MAJLIS ILMU ADALAH LEBIH UTAMA DARI
BERSEMBAHYANG SERIBU RAKAAT, MENZIARAHI SERIBU PESAKIT DAN
MENGHANTAR SERIBU JENAZAH."
Sebagaimana Allah s.w.t. telah menempelak didalam Al-Quran yang
bermaksud :
"ADAKAH SAMA ORANG YANG MENGETAHUI DENGAN ORANG YANG TIDAK
MENGETAHUI - TIDAK SAMA."
Begitu pula halnya dengan si alim yang sudah banyak ilmunya.
Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan
bermacam macam alasan, sehingga si alim itu meninggalkan
kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada didalam dadanya
tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari
kiamat nanti. Dan disitulah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Firman Allah swt. Bermaksud:
"BARANGSIAPA YANG MENGAMBIL SYAITAN SEBAGAI PELINDUNGNYA SELAIN
ALLAH, SEBENARNYA IA TELAH RUGI DENGAN KERUGIAN YANG NYATA.
SYAITAN MEMBERIKAN JANJI-JANJI DENGAN ANGAN-ANGAN KOSONG KEPADA
MEREKA, DAN APA YANG DIJANJIKAN SYAITAN ITU TIADA LAIN MELAINKAN
TIPU DAYA BELAKA." - ( An-Nisa : 119-120 )
"MENGAPAKAH KAMU MENYURUH ORANG LAIN MENGERJAKAN KEBAIKAN,
SEDANGKAN KAMU MELUPAKAN DIRI MU SENDIRI. PADA HAL KAMU MEMBACA
AL-KITAB. MAKA TIDAKKAH KAMU BERFIKIR ?" - ( Al-Baqarah : 44 )
"HAI ORANG ORANG YANG BERIMAN, MENGAPA KAMU MENYATAKAN APA YANG
TIDAK KAMU BERBUAT. AMAT BESAR KEBENCIAN DI SISI ALLAH BAHAWA
KAMU MENGATAKAN APA APA YANG TIADA KAMU KERJAKAN."
- ( Ash-Shaff : 2-3 )
Gejala yang sebegini rupa terkadang nampak dalam masyarakat kita,
di mana yang rajin beribadat itu orang yang jahil dan yang
mengabaikan hal hal ibadat itu adalah orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan.
Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home