HADIS AKHIR ZAMAN 28 - LAHIRNYA IMAM MAHADI
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda; "DUNIA TIDAK AKAN HILANG (qiamat) SEHINGGALAH BANGSA
ARAB AKAN DIKUASAI OLEH SEORANG LELAKI DARIPADA KELUARGA KU
(keturunan ku) YANG NAMANYA SAMA DENGAN NAMA KU."
- ( Riwayat Termizi )
Keterangan
----------
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak
akan kiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai
oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah s.a.w. iaitu Imam Mahadi
yang akan melaksanakan keadilan dipermukaan bumi ini dan diikuti
oleh seluruh kaum muslimin.
Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Daud dan Termizi
yang bermaksud :-
IMAM MAHADI ITU AKAN KELUAR DIAKHIR ZAMAN, NAMANYA MUHAMMAD
BIN ABDULLAH atau AHMAD BIN ABDULLAH.
Menurut riwayat, Imam Mahadi itu termasuk dalam lingkungan
Ahlulbait atau keluarga Rasulullah s.a.w. yakni dari puteri
baginda s.a.w. yang bernama Fatimah.
Imam Mahadi akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluar-
lah Dajjal dan turun pula Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berserta
Imam Mahadi saling tolong menolong untuk membunuh Dajjal.
Seterusnya Imam Mahadi meninggal dunia dan disembahyangkan oleh
umat Islam.
Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahadi akan memimpin dunia Islam
disaat umat Islam semua akan bersatu padu dan berjaya menundukkan
seluruh bangsa yang ada didunia ini dibawah kekuasaan Islam.
Allah telah berfirman yang bermaksud :-
" MEREKA BERTANYA KEPADA MU (Wahai Muhammad) TENTANG HARI
KIAMAT: "BILAKAH MASA DATANGNYA?" KATAKANLAH: "SESUNGGUHNYA
PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DISISI TUHAN KU, TIDAK
ADA SESIAPA PUN YANG DAPAT MENERANGKAN KEDATANGANNYA PADA
WAKTUNYA MELAINKAN DIA. (Huru hara) HARI KIAMAT ITU AMATLAH
BERAT (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) DILANGIT DAN
DIBUMI; IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA
MENGEJUT". MEREKA BERTANYA KEPADA MU SEOLAH-OLAH ENGKAU
SEDIA MENGETAHUINYA. KATAKANLAH: "SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN
MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DISISI ALLAH, TETAPI
KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI. "
( Al-A'raaf : 187 )
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home