Friday, September 30, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 22 - GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda,
"LAGI AKAN DATANG KEPADA MANUSIA TAHUN TAHUN YANG TANDUS. DAN
PADA WAKTU ITU ORANG YANG BERDUSTA DI KATAKAN BENAR DAN ORANG
YANG BENAR DI KATAKAN BERDUSTA. ORANG KHIANAT AKAN DI SURUH
MEMEGANG AMANAH DAN ORANG YANG AMANAH DI KATAKAN PENGKHIANAT.
DAN YANG BERPELUANG BERCAKAP HANYALAH GOLONGAN "RUWAIBIDHAH".
Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah ?"
Nabi s.a.w. menjawab "ORANG YANG KERDIL DAN SEBENARNYA HINA DAN
TIDAK MENGERTI URUSAN ORANG RAMAI."
- ( Riwayat Ibnu Majah )
Keterangan
----------
Zaman yang di sebut tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi
material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar
akan di ketepikan dan orang yang khianat dan fasik akan di sanjung
dan di besar-besarkan.
Orang yang benar tidak di beri peluang untuk bercakap. Orang
yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi peribadi yang hina
dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masaalah
yang di hadapi oleh masyarakat. Sebagai contoh, urusan feqah
hendaklah di serahkan kepada orang yang benar benar ahli dalam
bidang hukum feqah. Urusan feqah jangan di serahkan kepada orang
yang sarjana hukum tetapi bukan hukum hukum Islam, sebab akan
mengakibatkan pengambilan hukum mengikut hawa nafsu mereka.
Sebagaimana Sabda Rasulullah dalam hadis sahih :-
"APABILA SUATU ITU DARI PERKARA DUNIA KAMU, MAKA KAMU SEKELIAN
LEBIH MENGETAHUI DENGANNYA. DAN APABILA ADA IA DARI URUSAN
AGAMA KAMU MAKA KEPADA KU (terserah urusan itu)."
Dalam proses menuduh dan memfitnah, berbagai kaedah boleh di guna
-kan. Tidak kira apa pun, asalkan sakit hati, dendam kesumat
dapat di lepaskan. Itu yang penting. Lihatlah betapa rendahnya
martabat si penyebar fitnah, tidak berani berdepan tetapi biasa
-nya memerlukan kuncu kuncu.
Menurut Islam, seorang yang di hina harus mempertahankan diri.
Kalau di fitnah, sunat mempertahankan diri dan maruah. Tetapi
kalau di tuduh sesat, wajib mempertahankan diri. Islam mensyariat
-kan yang di fitnah itu hendaklah menolak fitnah.
Oleh itu bila sesuatu berita sensasi di hidangkan di tengah tengah
masyarakat, orang yang bijak tidak akan terus menelan bulat bulat
berita itu. Allah memerintahkan supaya di selidek, di halusi,
di carikan bukti sama ada benar atau pun tidak. Jangan terus
menghukum tanpa tahu perkara yang sebenarnya. Kelak kalau
tersilap membuat hukuman, amat besar kemurkaan Allah terhadap
kita. Ketahuilah doa orang yang teraniaya itu tiada hijab di
sisi Allah. Sepertimana rintihan Saidatina Aishah ketika menerima
musibah fitnah "ALLAH MAHA MENGETAHUI BAHAWA AKU MEMANG BERSIH
DAN DIA PASTI AKAN MEMBERSIHKAN DAKU."
Dan ingatlah dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh. Jika
kita tidak tahu, jangan malu malu mengkaji, bukan sakit hati,
lalu membuat sesuatu yang menjatuhkan maruah diri sendiri.
Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home