Friday, September 30, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 21 - ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Daripada Anas r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w.:
" AKAN DATANG KEPADA UMAT KU SUATU ZAMAN DI MANA ORANG YANG
BERPEGANG KEPADA AGAMANYA LAKSANA MENGGENGGAM BARA API."
- ( Hadis Riwayat Tirmizi )
Keterangan
----------
Yang dimaksudkan didalam hadis ini ialah zaman yang sangat
mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya
ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat.
Kalau ia tidak bersungguh-sungguh nescaya agamanya terlepas dari
genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya
tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan
apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan
dan perkara perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan
atau paling kurang menyebabkan kefasikan. Ini juga bermaksud
orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya
disamping tidak mendapat kemudahan. Disana sini kedengaran
perbualan mengenai hiburan, artis itu artis ini, sukan, bola,
motor sport dan sebagainya.
Yang dikerumuni hingga sanggup bersesak-sesak dan berhimpit himpit
ialah di padang padang bola, konsert konsert, pusat pusat membeli
belah, pertunjukan yang dikatakan 'amal', sedikit sekali yang
meramaikan majlis majlis ilmu, fardhu ain, tahlil, zikir, kelas
kelas pengajian agama.
Allah berfirman (bermaksud):
"DAN ORANG ORANG YANG BERTAQWA KEPADA TUHAN MEREKA AKAN DIBAWA
KE SYURGA DENGAN BERPASUK-PASUK, SEHINGGA APABILA MEREKA SAMPAI
KE SYURGA YANG PINTU PINTUNYA SEDIA TERBUKA DAN PENJAGA-PENJAGA
-NYA MENGALU-ALUKAN MEREKA DENGAN KATA-KATA: "SALAM SEJAHTERA
KEPADA KAMU, BERBAHAGIALAH KAMU, MAKA SILALAH MASUK KE DALAM
SYURGA INI DENGAN KEADAAN TINGGAL KEKAL DI DALAMNYA", (MEREKA
PUN MASUK) - " - ( Az-Zumar : 73 )
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"SESIAPA YANG MENGAMALKAN SESUATU DENGAN ILMU YANG TELAH
DIKETAHUINYA, ALLAH AKAN MEWARISKAN ILMU ILMU YANG BELUM
DIKETAHUI KEPADANYA."
Kalau kita lihat dewasa ini program program yang melalaikan
semakin menjadi jadi. Artis artis tumbuh bagaikan cendawan
selepas hujan. Pendedahan aurat wanita disana sini.
Allah swt telah memberi jaminan bahawa mereka yang mendapat
pertolongan Allah hanyalah para RasulNya serta orang orang yang
menjalani kehidupan di dunia ini berlandaskan keimanan yang
sebenar, serta beriman dengan hari akhirat.
Allah telah berfirman (bermaksud):-
"Katakanlah (wahai Muhamad): "SESUNGGUHNYA AKU HANYALAH SEORANG
MANUSIA SEPERTI KAMU, DIWAHIKAN KEPADA KU BAHAWA TUHAN KAMU
HANYALAH TUHAN YANG SATU; OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN
BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN
AMAL YANG SOLEH, DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPA PUN
DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA." - ( Al-Kahfi : 110 )
Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home