Friday, September 30, 2005

HADIS AKHIR ZAMAN 25 - MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Dari Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa kehadapan
Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat
yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani
Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:
"Hai Rasulullah ! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu
Nabi s.a.w. menjawab, "NANTI KAMU AKAN DAPATI BANYAK GALIAN
GALIAN, DAN YANG AKAN MENGURUSKANNYA ADALAH ORANG ORANG YANG
JAHAT."
- ( Riwayat Baihaqi )
Keterangan
----------
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
sejak 15 abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan
galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain
tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang
yang bukan Islam. Ini adalah disebabkan oleh kelemahan umat
Islam sendiri, yang mana dengan hasil kekayaan bumi itu digunakan
oleh orang bukan Islam bagi memusnahkan umat Islam.
Lukman Al-Hakim pernah mengingatkan kepada anaknya dengan berkata:
"Hai anak ku ! carilah kekayaan dengan bekerja yang halal untuk
menjaga kefakiran kerana orang yang lebih fakir itu tak lain akan
mendapatkan tiga perkara, iaitu 1) LEMAH DALAM AGAMANYA, 2) LEMAH
DALAM AKAL DAN 3) HILANG MALUNYA. Dan yang lebih besar dari tiga
itu ialah Manusia memandangnya dengan pandangan yang rendah.
Apabila kita perhatikan sekarang ini, bahawa kelemahan Islam
tidaklah sehebat sepertimana dizaman keagungan Islam diwaktu
silam. Keagongan Islam tidak akan kembali menyerlah apabila umat
manusia tidak mahu mengambil Al-Quran sebagai panduan didalam
kehidupannya. Sesungguhnya tidak ada suatu pegangan yang dapat
menyelamatkan diri manusia melainkan Al-Quran yang mengandungi
beberapa hikmah yang sangat tinggi. Kekuatan sesuatu ummah itu
bergantung kepada mereka yang mendokongnya. Begitu juga agama
Islam, ia tidak akan berkembang dengan meluas jika umatnya enggan
melaksanakan apa yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.
Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home