HADIS AKHIR ZAMAN 29 - KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda; "LAGI AKAN DATANG SUATU MASA ORANG
RAMAI BERDIRI TEGAK BEBERAPA MASA. MEREKA TIDAK MENDAPATKAN
ORANG YANG BOLEH MENGIMAMI MEREKA SEMBAHYANG."
- ( Riwayat Ibnu Majah )
Keterangan
----------
Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai
keperingkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. tadi,
namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala kesana.
Isyarat Rasulullah s.a.w. dalam hadis itu menunjukkan bahawa akan
datang satu masa dimana pada masa itu ilmu agama hilang dari
permukaan bumi dan yang ada ialah kebodohan. Akibatnya orang
tidak lagi mengetahui mana yang halal dan mana yang haram.
Banyak kampung-kampung dan taman-taman perumahan yang tidak
mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan
imam yang sebenarnya.
Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:-
"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCABUT ILMU (pengetahuan) DARI
HAMBANYA MELAINKAN DENGAN MEMATIKAN ULAMA SEHINGGA TIDAK ADA
SEORANG YANG ALIM. ORANG-ORANG AKAN MENGANGKAT PEMIMPIN-
PEMIMPIN (Imam) YANG JAHIL. APABILA MEREKA DITANYA, KEMUDIAN
MEMBERI FATWA (nasihat) TANPA ILMU PENGETAHUAN, MAKA MEREKA
SESAT LAGI MENYESATKAN."
Matinya ulama dan orang-orang yang soleh tidak banyak meninggal-
kan warisan yang baik-baik selepasnya. Jika ada pun, mereka
hanya mengamalkan ilmu dan kebaikan secara individu. Pada ketika
itu tidak ada orang yang mahu mendapatkan ilmu pengetahuan agama
melainkan ilmu-ilmu yang berkaitan duniawi.
Amir bin Sy'ab meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud :-
"AKAN DATANG SUATU GOLONGAN UMAT MANUSIA YANG PADA WAKTU ITU
MEREKA DITAPIS SEHINGGA TINGGALLAH HAMPASNYA. JANJI-JANJI
DAN AMANAT MEREKA BERCAMPUR-BAUR DAN MEREKA BERPECAH-BELAH
SEPERTI INI, LALU BAGINDA MERENGGANGKAN ANTARA JARI-JARI
BAGINDA."
Pada masa sekarang ini ketandusan orang-orang alim dan orang-
orang soleh. Jelas sekali kelihatan orang yang benar-benar arif
didalam bidang agama dan warak sudah berkurangan.
Orang-orang yang memegang urusan agama kebanyakannya kurang
berpengetahuan dan kurang keilmuannya. Akibatnya kelihatan
masyarakat kita hari ini kurang perhatian kepada ilmu-ilmu
syariat. Dan yang sudah ada ilmu pun banyak yang tidak
menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang
jahil.
Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti
akan sampai juga keperingkat keadaan yang telah dinyatakan oleh
Rasulullah s.a.w. tadi.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home