HADIS AKHIR ZAMAN 30 - ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda; "YA ALLAH ! JANGAN KAU TEMUKAN AKU DAN MUDAH-MUDAHAN
KAMU (Sahabat) TIDAK BERTEMU DENGAN SUATU ZAMAN DIMANA PARA
ULAMA SUDAK TIDAK DIIKUT LAGI, DAN ORANG YANG PENYANTUN SUDAH
TIDAK DISEGANI LAGI. HATI MEREKA SEPERTI HATI ORANG AJAM
(pada fasiqnya), LIDAH MEREKA SEPERTI LIDAH ORANG ARAB (pada
fasihnya)."
- ( Hadis riwayat Ahmad )
Keterangan
----------
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah
digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. ini.
Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama menyebabkan berlakunya
berbagai-bagai kemaksiatan, kefasikan dan kedurhakaan kepada
Allah s.w.t. dengan bertuhankan hawa nafsu mereka. Mereka takut
mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan di-
tegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun dihadapan
orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat
itu dilakukan dihadapan para ulama untuk menyatakan rasa ego dan
sekali gus untuk menyinggong perasaan mereka. Golongan ini juga
pandai bercakap dan sering memutar-belitkan kenyataan. Percakapan
mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka
adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam mangsa dan musuh-
nya.
Allah telah berfirman (maksudnya) :-
"(Dengan sebab keingkaran mereka), ALLAH METERAIKAN ATAS HATI
MEREKA SERTA PENDENGARAN MEREKA, DAN PADA PENGLIHATAN MEREKA
ADA PENUTUPNYA; DAN BAGI MEREKA PULA DISEDIAKAN AZAB SEKSA
YANG AMAT BESAR."
- ( Al-Baqarah : 7 )
dan
"KEHIDUPAN DUNIA (dan kemewahannya) DIPERHIASKAN (dan dijadikan
amat indah) PADA (pandangan) ORANG-ORANG KAFIR, SEHINGGA MEREKA
(berlagak sombong dan) MEMANDANG RENDAH KEPADA ORANG-ORANG YANG
BERIMAN. PADA HAL ORANG-ORANG YANG BERTAQWA (dengan imannya)
LEBIH TINGGI (martabatnya) DARIPADA MEREKA (yang kafir itu)
PADA HARI KIAMAT KELAK. DAN (ingatlah) ALLAH MEMBERI REZEKI
KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DENGAN TIDAK TERKIRA (menurut
undang-undang peraturanNya)."
- ( Al-Baqarah : 212 )
Sesungguhnya dengan mengenali tanda-tanda hari kiamat itu dapat
mengingatkan manusia daripada lupa kepada Tuhannya. Ia memberikan
kesedaran yang mendalam kepada manusia supaya hidup dengan
menyediakan bekalan amal untuk dibawa kepada Tuhannya dihari
akhirat kelak.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home