HADIS AKHIR ZAMAN 31 - ISLAM NAMA SAHAJA
Dari Ali bin Abi Talin r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah
s.a.w.; "SUDAH HAMPIR SAMPAI SUATU MASA DIMANA TIDAK TINGGAL LAGI
DARIPADA ISLAM ITU KECUALI HANYA PADA NAMA SAHAJA, DAN TIDAK
TINGGAL DARIPADA AL-QURAN ITU KECUALI HANYA TULISANNYA. MASJID-
MASJID MEREKA TERSERGAM INDAH, TETAPI IA KOSONG DARIPADA HIDAYAH,
ULAMA MEREKA ADALAH SEJAHAT-JAHAT MAKHLUK YANG ADA DIBAWAH
KOLONG LANGIT). DARI MEREKA BERPUNCA FITNAH, DAN KEPADA MEREKA
FITNAH ITU AKAN KEMBALI."
- ( Hadis riwayat Al-Baihaqi )
Keterangan
----------
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, nampaknya tidak
begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati kesana.
Islam pada nama sahaja. Kebanyakan manusia sudah tidak ikut
peraturan Islam lagi. Orang orang alim dan orang yang soleh
sudah berkurangan. Allah telah mengambil mereka dan yang tinggal
kebanyakannya orang orang fasik dan kafir. Ketika itu hanya
segelintir sahaja didapati orang yang baik dan mereka berpecah
diantara satu sama lain.
Kedapatan ramai orang Islam tidak tahu membaca Al-Quran. Al-Quran
hanya tinggal pada tulisan-tulisan dan pada namanya sahaja.
Segala peraturan dan undang-undang sudah tidak dipeduli lagi.
Al-Quran hanya dipertandingkan dan dilagu-lagukan sahaja.
Dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda (yang bermaksud): "TIDAK AKAN DATANG HARI KIAMAT
SEHINGGA ALLAH MENGAMBIL ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN ORANG ALIM
AGAMA DIMUKA BUMI, MAKA TIDAK ADA YANG TINGGAL PADANYA KECUALI
ORANG-ORANG YANG BURUK, YANG TIDAK MENGENAL PERKARA YANG MAKRUF."
- ( Riwayat Ahmad )
Kebanyakan masjid-masjid tersergam indah dan dihiasi berbagai-
bagai perhiasan tetapi isinya kosong tiada orang yang ingin
mengimarah masjid. Amalan menghiaskan masjid itu sebenarnya
bukanlah jalan untuk memakmurkannya. Sedangkan memakmurkan
masjid itu ialah melakukan amalan ibadah seperti beriktikaf,
solat, majlis ilmu dan membicarakan masaalah masyarakat.
Kekuatan Al-Quran dan Sunnah sudah tidak kelihatan lagi apabila
ia dikuasai oleh orang-orang yang melakukan perkara bida'ah
dan khurafat. Kejahilan semakin meluas dimuka bumi, lebih-lebih
lagi apabila ulama ulama Islam dan orang alim ramai yang mati.
Jika terdapatnya orang orang alim pada masa itu, mereka hanya
dapat diibaratkan sebagai anjing menyalak bukit dan ulama bisu.
Dalam hal ini, Amru Al-Ash berkata: Aku pernah mendengar bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "SESUNGGUHNYA ALLAH
TIDAK MENCABUT ILMU (tentang ad-din) DENGAN SERTA MERTA DARIPADA
HAMBANYA, TETAPI IA MENCABUT ILMU DENGAN MEMATIKAN PARA ULAMA.
SEHINGGA APABILA TIDAK ADA LAGI ORANG YANG ALIM (arif tentang
agama), MAKA ORANG-ORANG YANG SELEPASNYA PUN MEMILIH PEMIMPIN-
PEMIMPIN YANG JAHIL. LALU MEREKA DITANYA KEMUDIAN MEMBERIKAN
FATWA TANPA BERDASARKAN ILMU SEHINGGA MEREKA SENDIRI SESAT DAN
MENYESATKAN." - ( Riwayat Bukhari & Muslim )
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home