HADIS AKHIR ZAMAN 33 - HILANGNYA AL-QURAN DAN DI ANGKATNYA ILMU
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda; "ISLAM AKAN LUNTUR (lusuh) SEPERTI LUSUHNYA CORAK
(warna-warni) PAKAIAN (bila ia telah lama dipakai), SEHINGGA
(sampai suatu masa nanti) ORANG SUDAH TIDAK MENGERTI APA YANG
DIMAKSUDKAN DENGAN PUASA, DAN APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
SEMBAHYANG DAN APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NUSUK (ibadat) DAN APA
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEDEKAH. DAN AL-QURAN AKAN DIHILANGKAN
SEMUANYA PADA SUATU MALAM SAHAJA, MAKA (pada esok harinya) TIDAK
TINGGAL DIPERMUKAAN BUMI DARIPADANYA WALAU PUN HANYA SATU AYAT.
MAKA YANG TINGGAL HANYA BEBERAPA KELOMPOK DARIPADA MANUSIA,
DIANTARANYA ORANG-ORANG TUA, LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN. MEREKA
HANYA MAMPU BERKATA, "KAMI SEMPAT MENEMUI NENEK MOYANG KAMI
MEMPERKATAKAN KALIMAT "LA ILAHA ILLALLAH", LALU KAMI PUN MENGATA-
KAN JUGA. Maka berkata Shilah (Perawi Hadis daripada Huzaifah),
"Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ila
ha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak
memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk dan
sedekah?". Maka Huzaifah memalingkan muka daripada (Shilah yang
bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali.
Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan
Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya
Huzaifah menjawab, "KALIMAT ITU DAPAT MENYELAMATKAN MEREKA
DARIPADA API NERAKA" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga
kali).
- ( Riwayat Ibnu Majah )
Keterangan
----------
Hadis diatas menerangkan bahawa pada suatu masa nanti :-
(1) Ilmu tentang Islam akan diangkat. Islam akan tinggal nama-
nya sahaja. Ramai orang yang mengaku Islam tetapi perbuatan
seharian tidak mencerminkan Islam. Mereka masih menderhakai
syariatnya. Solat sesuka hati, solat seminggu sekali atau
setahun dua kali. Puasa jarang sekali, dengan pelbagai
alasan yang dibuat-buat. Zakat tidak dikeluarkan dan tidak
mengingati sebahagian hartanya adalah hak anak yatim dan
orang miskin. Minat mempelajari agama Islam berkurangan
berbanding minat mempelajari ilmu yang lain.
Sabda Rasul: "AKAN DATANG KEPADA MANUSIA SUATU ZAMAN, DIKALA
ITU ISLAM TIDAK TINGGAL MELAINKAN NAMANYA SAHAJA, DAN
AL-QURAN TIDAK TINGGAL MELAINKAN TULISANNYA SAHAJA, MASJID-
MASJID INDAH TETAPI KOSONG DARI PETUNJUK, ULAMA-ULAMANYA
TERMASUK MANUSIA PALING BURUK BERADA DIBAWAH LANGIT, KERANA
DARI MEREKA TIMBUL BEBERAPA FITNAH DAN AKAN KEMBALI
KEPADANYA." - ( Riwayat Baihaqi dari Ali )
Ramai yang berbicara tentang Islam tetapi tidak mengamalkan-
nya. Pandai memutarkan lisan bagi menguatkan hujahnya,
supaya orang mempercayainya. Sampai tidak terasa atau
mungkin dengan sengaja merubah Halal menjadi Haram dan
sebaliknya. Baginda bersabda (yang bermaksud) :
"SESUNGGUHNYA YANG SANGAT AKU TAKUTI PADA UMAT KU, IAITU
SETIAP ORANG MUNAFIK YANG PANDAI BERBICARA."
- ( Riwayat Abu Ya'la )
(2) Al-Quran akan diangkat daripada permukaan bumi.
Dalam Sabda Nabi yang lain diterangkan bahawa kelak Al-Quran
akan kembali ketempat asal turunnya, dengan suara yang
mengaum laksana mengaumnya lebah terbang, maka Allah s.w.t.
bertanya "ADA APA ENGKAU?" Ia menjawab: "Ya Tuhan, dari mu
kami turun dan kepada mu kami kembali, kami dibaca tetapi
kami tidak diamalkan."
Dari Sabda Nabi diatas, sekarang sudah dimulai terasa
dikalangan kaum Muslimin, Al-Quran boleh hilang dari
permukaan bumi ini, yang tinggal cuma tulisannya. Bacaannya
diperindah dan dilagukan namun kandungannya tidak diamalkan
dalam kehidupan seharian.
(3) Orang ramai hanyalah mengenali istilah Islam, tetapi tidak
memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.
(4) Mereka hanya sekadar mengucapkan kalimat "La ila haillallah"
tetapi tidak memahami apa tuntutan Kalimah suci itu terhadap
mereka.
Sabda Nabi (yang bermaksud) :
" SESUNGGUHNYA PERUMPAMAAN ULAMA DIBUMI ITU BAGI KU BINTANG-
BINTANG DILANGIT YANG DIAMBIL PETUNJUK OLEH MANUSIA DIGELAPAN
LAUT DAN DARATAN. APABILA BINTANG ITU TERBENAM MAKA MEREKA
AKAN TERSESAT JALAN. "
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home