HADIS AKHIR ZAMAN 34 -
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. : Rasulullah s.a.w. bersabda;
"APABILA UMAT KU TELAH MEMBUAT LIMA BELAS PERKARA, MAKA BALA
PASTI AKAN TURUN KEPADA MEREKA, IAITU :-
1. APABILA HARTA NEGARA HANYA BEREDAR PADA ORANG-ORANG TERTENTU.
2. APABILA AMANAH DIJADIKAN SUATU SUMBER KEUNTUNGAN.
3. ZAKAT DIJADIKAN HUTANG.
4. SUAMI MEMPERTURUTKAN KEHENDAK ISTERI.
5. ANAK DERHAKA TERHADAP IBUNYA,
6. SEDANGKAN IA BERBAIK-BAIK DENGAN KAWANNYA,
7. IA SUKA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AYAHNYA.
8. SUARA SUDAH DITINGGIKAN DIDALAM MASJID.
9. YANG MENJADI KETUA SATU KAUM ADALAH ORANG YANG TERHINA
DIANTARA MEREKA.
10. SESEORANG DIMULIAKAN KERANA DITAKUTI KEJAHATANNYA.
11. KHAMAR (ARAK) SUDAH DIMINUM DIMERATA TEMPAT.
12. KAIN SUTERA BANYAK DIPAKAI (OLEH KAUM LELAKI).
13. PARA ARTIS-ARTIS DISANJUNG-SANJUNG.
14. MUZIK BANYAK DIMAINKAN.
15. GENERASI AKHIR UMAT INI MELAKNAT (menyalahkan) GENERASI
PERTAMA (Sahabat).
MAKA PADA KETIKA ITU HENDAKLAH MEREKA MENANTI ANGIN MERAH ATAU
GEMPA BUMI ATAU PUN MEREKA AKAN DIROBAH MENJADI MAKHLUK LAIN."
- ( Riwayat Tirmizi )
Keterangan
----------
Apabila kita perhatikan sekarang ini, bahawa kekuatan Islam
tidaklah sehebat dizaman keagungan Islam diwaktu silam. Islam
tidak akan kembali menyerlah apabila umat manusia tidak mahu
mengambil Al-Quran sebagai panduan didalam kehidupannya.
Sesungguhnya tidak ada suatu pegangan yang dapat menyelamatkan
diri manusia melainkan Al-Quran yang mengandungi beberapa hikmah
yang sangat tinggi. Kekuatan sesuatu ummah itu bergantung kepada
mereka yang mendukungnya. Begitu juga dengan Islam, ia tidak
akan berkembang dengan meluasnya jika umatnya enggan melaksanakan
apa yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.
Sinar Islam itu bukan sahaja menjadi kabur, bahkan akan terus
hilang setelah umat manusia hilang panduan. Maka tidak hairanlah
berlaku berbagai kerosakan dimuka bumi ini dengan aneka ragam
kejahatan dan maksiat. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
jika berlaku demikian, manusia benar benar berada di ambang
kehancuran umat. Inilah yang berlaku di akhir zaman nanti,
sebagaimana dinyatakan didalamm hadis di atas.
Memang sudah nyata kenyataan di atas, kebanyakan manusia dizaman
kini sedang menuju kepada dunia hiburan. Setengahnya berfoya-foya
dan bersuka ria dengan keseronokan yang ditegah oleh Islam.
Hiburan yang melalaikan sudah menjadi kesukaan muda mudi yang
kononnya ia dapat menghilangkan perasaan duka. Minuman keras atau
arak diminum dengan bebas. Bahkan ia banyak diperniagakan
dipasaran dengan harga yang murah. Pada zaman ini arak sudah
ditukar dengan jenama jenama lain sehingga setengah umat Islam
menjadi keliru yang mana minuman haram dan minuman halal.
Selain daripada itu, punca kerosakan umat ialah berlakunya zina.
Kebanyakan manusia diakhir zaman nanti akan dikelilingi dengan
gejala kerendahan moral, hilang budi pekerti dan lebih mementing-
kan pemuasan nafsu.
Dari Abi Malik Al-Asy'ary berkata bahawa ia mendengar Rasulullah
s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:-
"SESUNGGUHNYA PADA SUATU MASA NANTI AKAN TERDAPAT UMAT KU
YANG MENGANGGAP HALAL TERHADAP PERBUATAN ZINA, HALAL LELAKI
MEMAKAI SUTERA DAN BUNYI-BUNYIAN MUZIK."
- ( Hadis Riwayat Bukhari )
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home