HADIS AKHIR ZAMAN 35 - LIMA MAKSIAT DAN LIMA BALASANNYA
Daripada Ibnu Omar R.A. berkata: berhadap Rasulullah S.A.W.
kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda;
"WAHAI KAUM MUHAJIRIN, LIMA PERKARA KALAU KAMU TELAH DIBALAKAN
DENGANNYA (kalau kamu telah mengerjakannya), MAKA TIADA KEBAIKAN
LAGI BAGI KAMU. DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH S.W.T, SEMOGA
KAMU TIDAK MENEMUI MASA ITU. PERKARA-PERKARA ITU IALAH:-
1. TIADA TERZAHIR (nampak) PERZINAAN PADA SUATU KAUM SEHINGGA
MEREKA BERANI BERTERUS TERANG MELAKUKANNYA, KECUALI MEREKA
AKAN DITIMPA PENYAKIT THA'UN (Aids) YANG CEPAT MEREBAK
DIKALANGAN MEREKA, DAN MEREKA AKAN DITIMPA KEBULURAN YANG
BELUM PERNAH MENIMPA UMAT-UMAT YANG TELAH LALU.
2. DAN TIADA MEREKA MENGURANGKAN SUKATAN DAN TIMBANGAN,
KECUALI MEREKA AKAN DIBALAKAN DENGAN KEMARAU DAN SUSAH
MENCARI REZEKI DAN KEZALIMAN DARIPADA KALANGAN PEMIMPIN
MEREKA.
3. DAN TIADA MENAHAN MEREKA AKAN ZAKAT HARTA BENDA KECUALI
DITAHAN UNTUK MEREKA AIR HUJAN DARI LANGIT. JIKALAU TIADA
BINATANG (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)
TENTUNYA MEREKA TIDAK AKAN DIBERI HUJAN OLEH ALLAH S.W.T.
4. DAN TIADA MEREKA MUNGKIR AKAN JANJI ALLAH DAN RASULNYA
KECUALI ALLAH AKAN MENGUASAKAN KEATAS MEREKA MUSUH MEREKA,
MAKA MUSUH ITU MERAMPAS SEBAHAGIAN DARI KEKAYAAN MEREKA.
5. DAN APABILA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA TIDAK MELAKSANAKAN
HUKUM ALLAH YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN DAN TIDAK MAHU
MENJADIKANNYA SEBAGAI PILIHAN, MAKA (disaat itu) ALLAH AKAN
MENJADIKAN PEPERANGAN DIKALANGAN MEREKA SENDIRI."
- ( Riwayat Ibnu Majah )
Keterangan
----------
1. PERLAKUAN ZINA
--------------
Zina adalah salah satu daripada perbuatan yang sangat dikutuk
oleh Allah dan dibenci oleh semua agama. Perbuatan tersebut
adalah salah satu daripada tanda-tanda akan berlakunya hari
kiamat. Perbuatan zina akan dilakukan dengan tidak ada rasa
segan silu oleh kebanyakan manusia diakhir zaman. Didalam
sebuah Hadis dari Anas R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud :-
"SESUNGGUHNYA DIANTARA TANDA-TANDA AKAN BERLAKUNYA HARI
KIAMAT IALAH AKAN BERLELUASANYA PERBUATAN ZINA."
- ( H.R. Bukhari )
Dan didalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud :-
"DAN JAUHILAH KAMU DARI MENDURHAKAI IBU BAPA, KERANA
SESUNGGUHNYA BAU SYURGA ITU TERCIUM DARI JARAK 1000 TAHUN
PERJALANAN; DAN DEMI ALLAH, TIADALAH DAPAT MENCIUMNYA ORANG-
ORANG YANG MENDURHAKAI IBU BAPA, ORANG-ORANG YANG MEMUTUSKAN
HUBUNGAN KELUARGA, ORANG-ORANG TUA YANG BERZINA DAN ORANG
YANG MELABUHKAN PAKAIANNYA KERANA BERMEGAH-MEGAH."
- ( H.R. At-Tabraani )
2. MENGURANGKAN TIMBANGAN DAN SUKATAN
----------------------------------
Didalam Hadis ini juga Nabi S.A.W. telah mengingatkan kepada
peniaga supaya sempurnakan timbangan dan sukatan, yang mana
berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran yang
bermaksud :-
"NERAKA WAIL BAGI ORANG-ORANG YANG MENGURANGI TIMBANGAN.
APABILA MEREKA MENYUKAT UNTUK DIRINYA DARI ORANG LAIN
DICUKUPKANNYA, DAN APABILA MEREKA MENYUKAT UNTUK ORANG
LAIN, ATAU MENIMBANG UNTUK MEREKA, DIKURANGINYA."
Berkata Nabi S.A.W. kepada para pedagang :-
"KAMU TELAH DIBERI KUASA UNTUK MENGURUS SUATU URUSAN,
DIMANA KEBANYAKAN UMAT-UMAT SEBELUM KAMU BINASA KERANANYA,
IAITU SUKATAN DAN TIMBANGAN."
Lantaran itu hendaklah kita berlaku adil dan tidak menganiaya
iaitu apabila menerima samalah dengan memberi, dan hendaklah
berhati-hati dalam soal sukatan dan timbangan.
Berkata para salaf soleh, diantara kata-kata mereka :-
"Saya tidak mahu membeli neraka wail daripada Allah dengan
lebihan sebiji dua."
3. TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT HARTA BENDA
------------------------------------
Sekarang ini ramai dikalangan kita yang berada iaitu golongan
yang berkemampuan mengeluarkan zakat harta benda, lebih rela
menghabiskan wang mereka ditempat-tempat yang tidak berfaedah
untuk dunia dan akhirat. Oleh itu Allah S.W.T telah memberi
amaran keras kepada kita, bahawa jika tiada kerana terdapat
haiwan-haiwan dimuka bumi ini, Allah akan menahan hujan dari
langit iaitu Allah akan menahan rezeki untuk sampai kepada
kita. Jadi betapa hinanya kita yang berkemampuan tetapi
tidak mahu keluarkan zakat yang mana kalaulah tiada Rahmat
Allah kepada haiwan-haiwan, kita akan dijauhkan dari rezeki.
Jadi tak salahlah jika dikatakan orang-orang yang berkemam-
puan tapi tidak mahu berzakat, menumpang rezeki haiwan.
4. MUSUH MERAMPAS KEKAYAAN UMAT ISLAM
-----------------------------------
Begitu jelas sekarang ini, oleh kerana kita memungkiri janji-
janji kita kepada Allah, sebahagian kekayaan kita telah jatuh
kepada musuh-musuh kita.
Contohnya minyak, kebanyakan dari sumber-sumber minyak yang
keluar dari bumi negara-negara Islam telah diusahakan oleh
bangsa-bangsa lain yang boleh dikatakan terdiri dari golongan
kafirun.
Janji-janji kita kepada Allah yang secara jelas diucapkan
(maksud ayat) :-
(i) Doa Iftitah ... Katalah "SESUNGGUHNYA SOLAT KU DAN
IBADAT KU, HIDUP KU DAN MATI KU,
HANYALAH UNTUK ALLAH TUHAN YANG
MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKELIAN
ALAM." ( Al-An'am : 162)
(ii) dalam alam roh- "...KETIKA TUHAN MENGELUARKAN ZURIAT
ANAK-ANAK ADAM, IA JADIKAN MEREKA SAKSI
TERHADAP DIRI MEREKA SENDIRI. YANG
DEMIKIAN SUPAYA KAMU TIDAK BERKATA PADA
HARI KIAMAT KELAK. "SESUNGGUHNYA KAMI
ADALAH LALAI (tidak diberi peringatan)
TENTANG (hakikat tauhid) INI."
- ( Al-A'raaf : 172 )
5. TIADA PELAKSANAAN HUKUM ALLAH S.W.T.
------------------------------------
Tanyalah diri-diri kita sendiri, adakah dunia sekarang
berada dalam keadaan aman ? dan adakah negara-negara yang
didiami majoriti oleh umat Islam mengamalkan undang-undang
Allah sepertimana yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadis
Rasul ? sepertimana (maksud) Firman Allah S.W.T. :-
"DAN (ingatlah) AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA
MELAINKAN UNTUK MEREKA MENYEMBAH DAN BERIBADAT KEPADA KU."
- ( Al-Zariyat : 56 )
"DAN TIDAKLAH HARUS BAGI ORANG YANG BERIMAN, LELAKI DAN
PEREMPUAN - APABILA ALLAH DAN RASULNYA MENETAPKAN KEPUTUSAN
MENGENAI SESUATU PERKARA, MEMPUNYAI HAK MEMILIH KETETAPAN
SENDIRI MENGENAI URUSAN MEREKA."
- ( Al-Ahzab : 36 )
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home