HADIS AKHIR ZAMAN 37 - BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Dari Anas bin Malik R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
"TIDAK BERLAKU (TERJADI) HARI QIAMAT SEHINGGA UMAT KU BERMEGAH-
MEGAH (DENGAN BINAAN) MASJID."
- ( Riwayat Abu Daud )
Keterangan
----------
Salah satu daripada tanda-tanda menjelangnya hari kiamat ialah
kebanyakan umat Islam bermegah-megah dengan keindahan masjid.
Mereka mencantikkan masjid-masjid dengan menghiasnya dengan
bentuk-bentuk ukiran dan warna warni.
Dari Anas R.A., ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda
didalam hadisnya (yang bermaksud):-
"DIANTARA TANDA-TANDA HARI KIAMAT IALAH ORANG BERMEGAH-MEGAH
DALAM MENDIRIKAN MASJID."
Didalam Hadis yang lain pula Rasulullah S.A.W. bersabda (yang
bermakna) :-
"TIDAK AKAN DATANG HARI KIAMAT SEHINGGA MANUSIA BERMEGAH-
MEGAH DENGAN MENDIRIKAN MASJID."
- ( Riwayat Imam Ahmad )
Umar Al-Khattab pernah melarang sahabat-sahabatnya dari
menghiasi masjid dan mencantikkannya kerana ia dapat melalaikan
hati seorang hamba yang sedang solat. Beliau berkata:-
"Lindungilah manusia dari hujan, dan janganlah engkau beri
warna merah atau kuning kerana akan dapat memfitnah
(mengganggu) manusia."
Larangan menghiasi masjid adalah kerana ianya dapat menggoda
hati, merosakkan hati manusia daripada kekusyukan dan
menambahkan kesombongan. Dengan perhiasan-perhiasan yang indah
dan menarik itu sudah tentunya bukan murah harganya.
Sekarang ini kebanyakan masjid-masjid dibina dengan berbagai
bentuk dan fesyen. Didalamnya dipenuhi dengan perhiasan-
perhiasan seperti ukiran-ukiran bunga pada dinding, hamparan
yang tebal dan bercorak warnanya, mimbar yang disalut dengan
emas atau perak, lampu-lampu yang berwarna warni dan sebagainya.
Jika dihitung nilai perhiasan yang terdapat didalam masjid,
sangat mahal perbelanjaannya. Adanya perhiasan yang indah itu
kononnya untuk menarik perhatian manusia supaya suka pergi
ke masjid.
Amalan menghias masjid itu sebenarnya bukanlah jalan untuk
memakmurkan masjid. Sedangkan memakmurkan masjid itu ialah
melakukan amalan ibadah seperti beriktikaf, solat, majlis ilmu
dan membicarakan masaalah masyarakat.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home