GOLONGAN SESAT - SUKA QADA SOLAT
Sebahagian umat Islam begitu cuai dengan solat. Mereka suka
menangguh-nangguhkan solat serta mengqadanya pada waktu lapang.
Allah berfirman (maksudnya) : -
" MAKA DATANGLAH SELEPAS MEREKA PENGGANTI (yang keji) YANG
MENSIA-SIAKAN SOLAT MEREKA SERTA MENGIKUT HAWA NAFSU,
MAKA KELAK MEREKA AKAN MENEMUI KESESATAN..."
( Maryam : 19:59 )
Berhubung dengan ayat ini, Abdullah ibn Abbas r.a. berkata :-
Maksud "mensia-siakan solat" bukanlah meninggalkan solat sama
sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya. Imam Said ibn
Al-Musayyab mempunyai pendapat yang sama dengan Ibn Abbas r.a.
beliau berkata: "Mereka melaksanakan solat Zohor didalam waktu
Asar, solat Asar didalam waktu Maghrib, solat Maghrib didalam
waktu Isyak, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh
dan solat Subuh dilaksanakan selepas matahari terbit."
Sesiapa yang mati didalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan
dihumban masuk kedalam sebuah lembah yang berma "Ghay" didalam
Neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik."
-(Muhammad Shamsuddin Az-Zahabi, Al-Kabiir, Al-Maktabah Al-Qimah,
hal. 17)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home